"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Showing posts with label My Reading. Show all posts
Showing posts with label My Reading. Show all posts

Sunday, July 20, 2014

Resipi ikan stim nyonya chinese style

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...kita dah masuk zon 10 hari terakhir...dan 22 hari sudah kita berpuasa.....

Alhamdulillah ramadhan kali ni boleh kira berapa jer pergi bazar....itupun abang danish yang nak jugak ajak...lain-lain hari semua masak....Tahniah untuk diri sendiri!

Bagaimana dengan tadarus...masih meneruskan walaupun tahun ni pun masih lagi nampak kecundangnya...tetapi saya masih lagi berusaha...bukan saja saya...anak-anak juga....InsyaAllah...

Kali ni nak share menu dari buku Hawkers Fair Sauces lagi....by Alan Kok

Apabila tengok nama resipinya "STEAMED FISH IN NONYA SAMBAL PASTE"....
saya tukar namanya supaya lebih mudah kita faham...Resipi ikan stim nyonya chinese style

Sebenarnya...saya mula menikmati resipi ini ketika tinggal dan bekerja di kuantan...Di sebuah restoran yang selalu penuh di kuantan juga iaitu New Horizon...masa tu dah mula nak cari macamana masakannya...tapi tak tertanya cuma google di internet tapi tak jumpa macam sama jer...sehingga Allah takdirkan saya berkawan dengan baik dengan Steven tan...dia la yang banyak perkenalkan masakan chinese... Bila saya pertama kali mencubanya...kawan sekerja saya vasanty pula mula cakap...ohhh boleh jual ok...lagi-lagi rakan sepejabat juga ada yang menjual rempah basah...dan dia tahu saya suka bisnes...sampai steven pun cakap...perempuan ini memang ada ONN bila bisnes...InsyaAllah...Masih lagi memohon doa daripadaNya....

Ikut buku resipi betul-betul ok...Bahan-bahannya semua la dalam orang putih dan chinese

Ok saya kongsi dalam bahasa inggeris yang sebutir copypaste (boleh belajar orang putih) dan jika rakan-rakan memerlukan dalam bahasa melayu juga......tinggalkan komen..mmm...ingin merasa air tangan kita...saya buatkan untuk puan-puan....hehe

INGREDIENTS A:

8 shallots, chopped
5 pips garlic, chopped
3 stalks lemongrass white part only, chopped
2 stalks ginger flower, sliced
12 chili pada, chopped
20 pieces daun kesum
100ml oil


INGREDIENTS B:

5 tbsp asam paste, mixed with 6 tbsp water and squeezed out juice
1 tbsp sugar
1 tsp toasted belacan powder
1 tsp salt, 3 tbsp lime juice

METHOD:
1)Blend ingredient A
2)Heat up 5 tbsp oil and saute chopped shallots and garlic until fragrant.Add in the remaining ingredient A and stir Well.
3)Add in ingredients A and bring to boil.Remove from heat

Ini ada menu basic sambal,yang mana...sambal ini bukan saja boleh buat sambal ikan stim tapi boleh buat sambal ayam bakar. atau resipi bukunya Nonya spicy roast chicken..MasyaAllah 2 in 1...

Saya juga buat secara banyak...then ada yang saya frozen ada yang simpan kat peti untuk saya guna....

Ok...saya perlu publish gambar kat FB untuk download ke blog...my lappy not friendly
for all application... sekejap jer....

Boleh cuba...suami dan anak-anak pun makan bertambah....

Ok sekadar berkongsi kepada rakan yang suka makan kat kedai (saya la tu suatu hari dulu...) dan ingin mencuba di rumah sendiri...semoga bermanfaat!

 Tadaa...seperti biasa..gambarnya tak la mengancam...bila makan baru tahu...hehe
Saya guna ikan bawal hitam
 Sambal nyonya chinese style yang saya tumis secara banyak...
 MasyaAllah...mudahnya mengukus..tak perlu ada kukusan pun...cara ini saya kembalikan nostagia arwah emak..yang guna kuali..alas kayu 3 segi tu..dulang..air...alas kayu 3 segi tu saya tukarkan dengn chopstik :)
(dan sebenarnya saya malas nak keluarkan periuk kukus)

Ok ini adalah keratan buku resipi Hawkers Fair Sauces ....by Alan Kok
***** untuk chef Alan kok!

Mana kawan group jom kongsi menu saya tak share lagi resipi agar2 santan....selalu tak skunk!


Friday, May 23, 2014

Ya Allah....Ya Rahman, Ya Rahim...

Alhamdulillah...dan terima kasih kepada yang mengingati hari bertambahnya umur saya yang ke 35 tahun.....(Dah barapa tahun saya "HIDE SETTING")

Kata seorang kawan yang mengirimkan WhatsApp...saya kira bukan yang terakhir mengingatkan saya.."Tua doh kita...dulu kita tanya umur orang....sekarang giliran kita pulok...kadang-kadang rasa takut...mati...perkara yang paling pasti...bekalan cukup dok???"

Iyer...dimana kita???

MasyaAllah..kali ini hati saya masih tidak terasa dengan petikan ayat ini...lagi ingin terasa sedih...ianya masih tidak hadir....

"Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:" Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya" (mereka pun masuk) -"

Sehinggalah saya berkongsi..hati menjadi sebak....bolehkah kita berkumpul bersama-sama...dengan ahli keluarga yang kita sayangi...dengan sahabat yang sama-sama kita bercerita suka duka....

Allahuakbar...hati mula berbekas....ketika membaca tulisan roza...
"Hati mula terasa gementar membaca ayat al-A'raf 7:46, Bagaimana sekiranya di celah-celah sebilangan lelaki di atas tembok al-A'raf  itu terselik seorang wanita yang lemah lagi tidak bermaya? Allahuakbar, Allah, Ya, Allah....bagaimana jika wanita itu saya?
Tiba-tiba hati terasa sayu pilu apabila membayangkan sekiranya dari atas tembok al-A'raf itu saya memberi salam kepada penduduk syurga, antaranya beberapa orang yang sangat rapat ketika di dunia.Salah seorang yang menjawab salam itu adalah insan yang pernah dianugerahkan kepada saya.Namanya Muhamad Kamil Ibrahim.Allahuakbar.Beliau suami saya!

Dalam surah Al-Waqi'ah ayat 22-24 pula menceritakan bagaimana keadaan puak yang mendahului yang lain masuk ke syurga.Airmata tidak dapat ditahan-tahan membayangkan bagaimana perasaan hati apabila melihat ahli syurga yang menerima layanan istimewa...cemburukah saya?? apabila melihat suami dilayani oleh bidadari yang cantik jelita kejadiannya??

A022
Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,
A023
Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.
A024
(Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan


Cukup di sini....Cukuplah saya ini sebagai asbab untuk membawa orang lain berubah menjadi lebih baik juga.....Allahurabbi....

Ya Allah, Ya Rabbi...Rahmatilah ahli keluarga kami...sahabat-sahabat kami yang saling ingat-mengingati.....yang selalu mendoakan kami tanpa kami sedari mahu pun ketika ingin dia berbuat demikian....jadikan kami juga ahli syurgaMU....


Thursday, June 7, 2012

Kisah Abu Talib…bapa saudara Rasullullah SAW

Bismillahirahmanirahim….

Alhamdullilah nak share juga KISAH seterusnya bukan sekadar corat coret pengalaman sendiri…ada juga kisah kekasih Allah, Rasullulah kita ; Alkisah "Nabi Muhammad kemudiannya dijaga oleh bapa saudara, Abu Talib Bin Abdul Mutalib selepas kematian datuk kesayangan baginda!" Ini kerana baginda lebih banyak menghabiskan usia mudanya bersama Abu Talib, iaitu sejak berusia lapan tahun sehinggalah baginda menginjak dewasa dan mendirikan rumah tangga pada usia 40 tahun dengan wanita terkemuka Arab pada masa itu, Saidatina Siti Khadijah binti Khuwailid.

Tentunya sepanjang di bawah penjagaan Abu Talib ini, merupakan kesinambungan satu sirah nabi yang menjanjikan pelbagai lagi inti pati pengajaran kepada umat Islam.

 (Wanna..petikan cerita ini dari kisah rasullullah dan bapa saudaranya…inikan kita untuk mengubah orang-orang yang paling disayangi dan jika kita merasakan Orang sudah tidak menghargai kita……Alhamdullilah…berkat sokongan wanna juga suami…dapat juga yatie update…dan yang paling kagum…ketika suami memerhatikan tulisan saya dan risaukan saya agak galak menulis perasaan mahu kaya, Suami menghantar pesan SMS “ My, pagi tadi selepas subuh by baca hadis yang ke 31. Nabi Saw pernah bersabda “ sekiranya kalian tahu apa yang ada disisi Allah untuk kalian, pasti kalian akan lebih suka jika bertambah miskin” : pastu baginda minta kepada Allah, pada hari kiamat kelak baginda dikumpulkan bersama golongan orang miskin.Just nak share sebab awak  tengah baca sirah nabi, MasyaAllah)

Dan Abu Talib, adalah abang kepada bapa Nabi, Abdullah bin Abdul Mutalib. Nama sebenar beliau ialah Imran dan digelar Abu Talib kerana anak sulungnya bernama Talib iaitu hasil perkahwinannya dengan Fatimah binti Asad. Mereka dikurniakan anak-anak yang lain iaitu, Jaafar, Ali dan Aqil serta dua anak perempuan, Fakhitah dan Jumanah (Ummu Hani) binti Abu Talib.

Abdullah Al Khazini dalam bukunya, "Abu Thalib (Talib) Mukmin Quraisy - Paman, sekali gus Pengasuh, Pelindung dan Pembela Rasulullah SAW (Darul Fikir, 1978) menulis, Abu Talib yang juga mendapat julukan Abdul Manaf dikatakan menerima wasiat daripada bapanya, Abdul Mutalib akan tanggungjawabnya untuk memelihara Nabi Muhammad dalam satu bentuk syair, yang berbunyi;
Ku wasiatkan pada mu wahai Abdul Manaf sepeninggalanku,
Akan anak yatim, yang ditinggal ayahnya sendirian.
Ku wasiatkan pada orang yang ku juluki Abdul Manaf
Dialah orangnya yang memiliki banyak pengalaman
Akan anak kekasih, kerabat paling mulia
Anak yang ditinggalkan ayahnya hidup sendiri
Wasiat ini dipikulkan kepada diri Abu Talib
Tempat tinggalnya yang kukuh dan ia menyukainya
Jangan kau wasiat aku dengan keharusan dan kewajiban
Kerana ku dengar keajaiban yang sangat mengkagumkan
Dari semua orang yang berilmu dan cerdik cendekiawan
Hingga jelaslah dengan puji Allah dan ucapan Rahib itu
Wasiat tersebut dilafazkan ketika detik-detik kematian kian menghampiri Abdul Mutalib yang dikatakan meninggal dunia pada usia 120 tahun. Lalu dijawab oleh Abu Talib; "Aku menerimanya. Demi Allah, Dialah yang menjadi saksinya".

Walaupun tidak memiliki kekayaan harta benda yang lumayan dan melimpah, namun kecerdasan dan daya kepimpinan yang tinggi adalah kekayaan yang dimiliki oleh bapa saudara Nabi ini.

Kepimpinan yang jitu ditunjukkan oleh Abu Talib dalam mengambil alih tugas bapanya iaitu sebagai pemberi makan dan minum kepada jemaah yang datang ke Kaabah untuk mengerjakan haji. Sebagai penjaga Telaga Zamzam, Abu Talib akan melemparkan buah kurma dan kismis ke dalam telaga itu supaya air Zamzam terasa manis lagi menyegarkan untuk para jemaah yang menempuh perjalanan jauh dan panas. Apatah lagi melalui padang-padang Sahara yang kering lagi tandus itu.

Jatuh miskin
Namun pada suatu ketika, Abu Talib benar-benar jatuh miskin yang boleh menggugat kemampuannya untuk terus membantu para jemaah itu. Namun bapa saudara Nabi ini tidak sanggup meninggalkan kemuliaan tugas itu hanya kerana kemiskinan.

Demi meneruskan usaha bapanya, Abu Talib kemudiannya menemui saudaranya yang yang lebih kaya dan berharta, iaitu al Abbas. Tanpa segan Abu Talib meminjam wang 10,000 dirham daripada saudaranya itu bagi membolehkan beliau terus menunaikan kewajipannya kepada para jemaah.

Jelas sekali Abu Talib menggambarkan satu daya kepimpinan yang tinggi namun jasa beliau yang sangat dikenang oleh penduduk Mekah dapat kita ikuti melalui satu peristiwa.

Pada satu ketika Mekah benar-benar ditimpa musibah yang amat perit untuk ditanggung oleh para penduduknya apabila berhari-hari tidak hujan menyebabkan berlakunya musim kemarau yang paling buruk.
Ibnu Assakir dalam satu riwayat daripada Julhamah bin Arthafah yang menceritakan Julhamah yang datang ke Mekah yang mendapati penduduk di situ begitu sengsara. Seorang daripada penduduk berkata; "Marilah kita bersandar (memohon pertolongan) kepada Lata dan Uzza (berhala)!" Sementara seorang lagi pula berkata: "Marilah kita bersandar kepada Manat (berhala)," Namun seorang lagi pula berkata: "Mengapa kalian menjadi lemah akal, sementara di tengah-tengah kalian masih ada yang mewarisi keturunan Ibrahim (Nabi) dan Ismail (Nabi?)!"

Lalu mereka berkata; "Nampaknya, orang yang kamu maksudkan adalah Abu Talib!".
"Benar!" jawab si polan yang ketiga tadi.

Lalu mereka terus menuju ke rumah Abu Talib dan berkata; "Wahai Abu Talib, wadi-wadi yang ada telah mengering, tanah serta ladang semakin gersang. Oleh kerana itu, mintakanlah supaya hujan turun supaya kami dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala!"

Sambil tersenyum tanda sedia membantu, Abu Talib pun keluar dari rumahnya dengan membawa seorang kanak-kanak, iaitu anak saudaranya, Nabi Muhammad.
Awan gelap

Sejurus mereka melangkah keluar awan yang tebal dan gelap terus berkumpul di langit yang sebelum ini begitu cerah tanpa segumpal awan pun.

Setibanya mereka di Kaabah, Abu Talib pun merapatkan badan anak saudaranya itu ke dinding Rumah Allah itu dan mereka bersama-sama memohon kepada Allah supaya bumi yang gersang itu akhirnya dibasahi hujan.

Ditakdirkan Allah, tidak lama kemudian hujan pun turun dengan mencurah-curah sebagaimana yang diminta oleh penduduk Mekah itu.

Lembah Mekah pun kembali subur dan tiada lagi keperitan untuk ditanggung.
Peristiwa ini seperti yang disebut oleh Abi Talib dalam syairnya;
Si Putih yang diminta hujan dengan berkat wajahnya
Ketua anak-anak yatim dan pelindung balu-balu!

Kejadian ini juga menyuntik lagi kekuatan kepada Abu Talib untuk menjaga anak saudaranya itu kerana kini semakin nampak mengenai kedudukan Nabi Muhammad sebagaimana yang sering diucapkan oleh bapanya sebelum ini. Keperibadian Nabi Muhammad benar-benar tidak sebagaimana anak-anak yang lazimnya.
Apa yang dilihat oleh Abu Talib, anak saudaranya itu tidak sahaja memiliki segala kesempurnaan dan kelebihan tetapi beliau yakin Nabi Muhammad akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tentangan. Ini menyebabkan Abu Talib akan mempertahankan anak saudaranya itu walau terpaksa bergalang dengan nyawanya sendiri.

Namun dalam satu peristiwa lain, Abu Talib pernah cuba hendak meninggalkan Nabi Muhammad dalam jagaan orang lain. Ini semata-mata beliau tidak mahu anak saudaranya itu terdedah kepada sebarang ancaman keselamatan ketika beliau bersama beberapa pedagang Quraisy yang ingin memulakan perjalanan untuk berniaga di Syam (Syria).

Namun ketika kafilah-kafilah yang membawa pelbagai dagangan itu hendak mulakan perjalanan yang jauh itu, Abu Talib memalingkan muka dan alangkah terkejutnya beliau apabila melihat dengan jelas anak saudaranya itu sedang menyapu air mata yang jatuh membasahi pipi. Rupa-rupanya Nabi Muhammad sangat sedih untuk berpisah dengan dengan bapa saudaranya itu.

"Pakcik, kepada siapakah kau hendak tinggalkan aku sementara ketiadaanmu di sini? Sedangkan aku tidak mempunyai baik ayah mahupun ibu," kata si anak saudara dalam sedu dan sedan.

Wajah sedih dan kata-kata Nabi Muhammad itu membangkitkan rasa hiba Abu Talib dan tidak semena-mena beliau sendiri merasakan tidak sanggup meninggalkan anak saudaranya itu.
Lalu dipeluknya anak saudaranya yang ketika itu dikatakan dalam usia 12 tahun sambil berkata; "Demi Allah, aku akan membawa kau pergi bersamaku. Kau tidak akan berpisah dengan aku dan aku tidak akan meninggalkan engkau lagi wahai anak saudaraku!"

Berdagang
Nabi Muhammad yang dalam rangkulan bapa saudaranya itu kemudiannya turut dibawa untuk berdagang ke Syam itu. Satu perjalanan getir lebih-lebih lagi terpaksa menempuh padang pasir yang kering dan kontang yang tentunya tidak sesuai untuk anak yang semuda Nabi itu.

Namun Abu Talib mendapati bahawa perjalanan kali ini berbeza, tidak ada kepayahan kecuali yang menyenangkan tanpa sebarang ancaman yang boleh mengganggu perjalanan mereka.

Mereka berjaya melewati Madian, Lembah Qura, negeri Tsamud sehinggalah daripada jauh mereka dapat menyaksikan keindahan matahari yang sedang terbit dari arah Syria. Sungguh indah sehinggakan mereka semakin bersemangat untuk sampai ke negeri itu walaupun telah berhari dan berbulan dalam perjalanan ini.

Namun telah menjadi kebiasaan kepada mana-mana kafilah yang hendak mengunjungi Syam, mereka mesti terlebih dahulu singgah di Busra. Ini kerana di tempat itu, semua kafilah-kafilah dagang yang berhenti mesti mengunjungi sebuah biara yang padanya terdapat seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira.

Mereka mesti bertemu Buhaira untuk mendapatkan barakah! Namun sesetengah riwayat menyebut bahawa Busra sekadar destinasi kepada kafilah untuk mereka berhenti untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Syria.

Justeru apakah yang berlaku apabila Pendeta Buhaira ini berjaya 'menangkap' sesuatu pada Nabi Muhammad, yang menyebabkan Abu Talib semakin tersentak! Sehinggalah ketika kisah abu Talib sudah nazak ingin meninggal dunia…..

Waktu itu,apa yang ada hanyalah gambaran bagaimana Nabi Muhammad SAW berterusan berdoa supaya bapa saudaranya,diberi hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam menjadi muslim,tetapi akhirnya tetap kembali sebagai seorang yang kufur pada agama Allah SWT.Abu Talib,orang yang paling rapat dan dikasihi Nabi Muhammad SAW akhirnya kembali mengadap Ilahi dalam keadaan tetap pada anutan asalnya.
 
Dalam pada itu juga, terdetik kisah bagaimana Nabi Muhammad SAW berterusan berdoa supaya antara dua Umar,Allah SWT akan membuka hati salah seorang daripadanya untuk kembali kepada fitrah dan menganut agama Islam. Akhirnya Allah SWT memberi ruang kepada Saidina Umar Al-Khattab untuk menjadi muslim dan seterusnya membangunkan muslim dalam dirinya,masyarakatnya,negaranya dan hampir 2/3 dunia.
 
Begitulah rencah kehidupan,Sirah Nabawiyah adalah rujukan dan contoh paling baik.
 
 Di petik dari tulisan dan SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI juga bacaan yatie Biografi Muhammad Bin Abdullah (Rasullullah SAW) perjalanan hidup seorang nabi (Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd Rahman)

Wanna...nak  story kisah lawak jugak...betapa yatie khusuk membaca kisah nabi, yatie terlepas hentian LRT sampai ke bangsar...Alhamdullilah tersedar...dan cepat-cepat turun pusing balik...sambil ketawa kepada diri sendiri...eke2...MasyaAllah!

Wednesday, June 6, 2012

Resipi Nasi Mandy Lahm ( Nasi Daging), Ayam Panggang dan sos arab aka salatah

Alhamdullilah dengan izinnya...dapat juga berkongsi...disebabkan Resipi Nasi arab la melambung blog saya sekejap MasyaAllah...kekawan pun PM...ok, ok...iyer saya share juga untuk kekawan yang bertanya kisahnya disini.Terima kasih penulis buku bukan sekadar resipi Puan Roza...tak sia-sia doa kawin dengan orang pandai boleh pergi oversea selalu...luv it!

Bahan:
11/2 kg tulang lembu/kambing yang ada daging
15 biji buah pelaga
15 kuntum bunga cengkih
15 biji lada hitam
1 sudu kecil jintan putih
1 biji buah pala (diketuk)
3 helai daun salam aka bay leaf  (Boleh rujuk disini, terima kasih tuan rumah...)
1 inci halia (diketuk)

Nasi Mandy
Bahan
3 cawan beras basmathi
4 cawan air rebusan tulang (bergantung kepada jenis beras basmathi)
2 sudu minyak sapi atau minyak zaitun (yatie guna minyak zaitun)
1 labu bawang besar yang besar (dipotong dadu)
1 tomato yang kecil (dipotong)
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
1)Rebus tulang/daging sehingga empuk bersama rempah ratus yang disediakan.
2)Keluarkan daging berserta tulang.Tapiskan air rebusan untuk asingkan rempah ratus didalamnya.Simpan air rebusan tulang dan daging untuk memasak nasi.
3)Di dalam periuk lain, tumiskan bawang besar didalam minyak zaitun.Tunggu sehingga bawang layu dan wangi
4)Masukkan rempah ratus, garam, beras basmathi dan air rebusan bersama daging serta tulang.
5)Biarkan sehingga mendidih lalu masukkan tomato yang telah dipotong dadu.Tutup periuk nasi dan kecilkan api (jika dimasak atas dapur gas).
6)Setelah nasi masak, titikkan pewarna kuning atau air safron.(yatie guna warna oren dan kuning).Tutup api dan biarkan seketika sebelum menghidangnya.Taburkan bawang goreng untuk menghidang.

Ayam Panggang (roasted chicken)
Bahan:
1 ekor ayam (anggaran 1.5kg beratnya)
1 sudu besar madu atau jem aprikot
5 Ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil daun bawang (dicincang)
1 sudu kecil taragon (jika suka)
1 sudu kecil thyme (jika suka)
Garam secukup rasa
50gm mentega (suhu bilik)
2 biji limau (dicincang isinya)

Cara-caranya:
1)Masukkan garam, madu atau jem, bawang putih dan herba didalam mangkuk besar.Sapukan kesemuanya pada ayam
2)Sapukan pula mentega dicelah-celah antar isi dan kulit ayam.
3)Panaskan ketuhar pada kepanasan 250 degree celcius.. (oven yatie tak sesuai, so kena kurangkan...yatie guna delonghi)
4)Sumbatkan isi oren ke perut ayam.Biarkan ayam diperapkan selama 15-30 minit.
5)Masukkan ayam ke dalam dulang pembakar yang telah disampul dengan kerajang (aluminium foil), letakkan dengan cara dada ayam di sebelah atas.Bakar selama 15 minit.Kemudian kecilkan suhu ketuhar kepada 180 degree celcius.
6)Sampulkan ayam dengan kerajang aluminium, biarkan selama 45 minit ata sehingga masak.Sesekali percikkan seluruh ayam dengan cecair yang keluar semasa memproses membakar.Keluarkan lebihan cecairnya untuk dijadikan gravy.
7)Bagi memastikan ayam telah masak, cucuk isinya dengan lidi sate atau garfu sehingga cecair jernih mengalir keluar.
8)Perlahankan kepanasan Ketuhar kepada 150 degree celcius
9)Bukakan kerajang aluminium dan bakar ayam selama 10 minit agar garing di bahagian kulitnya.
10)Tutup ketuhar dan keluarkan ayam.Biarkan selama 10 minit didalam kerajang aluminium sebelum dihidangkan bersama kentang, lobak merah dan salad...semestinya yatie hidang dengan nasi arab :)

Salatah (sos arab)
Bahan
2 biji tomato
2 biji cili  merah
1/2 biji bawang besar
Beberapa tangkai daun ketumbar
1 biji lemon (diambil jusnya)
Garam dan gula secukup rasa

Cara
1)Kisar kering kesemua bahan kecuali garam, gula dan lemon (kisar tanpa air)
2)Apabila sudah hancur, masukkan gula dan garam secukupnya bersama perahan buah lemon.
Hidangkan salatah bersama nasi mandi lahm, dan acar timun
(Yatie hidangkan dengan ayam panggang juga)

(copy paste from Buku bukan sekadar resipi...)

Nota kaki :
By, saya dah tahu macamana nak buat sos steamboat johnny's...MasyaAllah!

Friday, May 25, 2012

Ujian datang dan pergi...

Assalamualaikum wbt

Kehadapan sahabatku wanna dan sahabat-sahabatku yang sudi singgah disini...terima kasih kerana meluangkan masa anda...sayang semuanya!

Firstly, tiada perkataan yang boleh saya ucapkan...kecuali ALHAMDULLILAH,ALHAMDULLILAH, ALHAMDULLILAH...seberapa banyak yang mungkin....

Jom kita doa dulu "Ya Allah...Janganlah kau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah kau bebankan kepada orang sebelum kami.

Ya Allah..Janganlah kau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
Ampunilah kami dan rahmatilah kami.Engkaulah penolong kami..." Surah Al-Baqarah

Wanna,
Yatie tak mampu memohon...Ya Allah jangan la kau bagi aku ujian lagi...mana mungkin nak ukur kasih sayang Allah dengan yatie....tapi percaya la...ujian akan datang dan akan berlalu pergi..

Sabda Rasulullah S.A.W: “Apαbilα Allαh mencintαi seorαng hαmbα, mαkα Diα αkαn mengujinyα. Jikα hαmbα itu bersαbαr dαn redhα mαkα Diα αkαn memilihnyα menjαdi kekαsihNyα.” - Hαdith Riwαyαt Ibnu Mαjαh~

Dikala ni...Ujian yang datang...Yatie rasa yatie nak berhenti kerja nak jaga anak-anak sendiri....dalam masa yang sama yatie nak yatie punyai duit sendiri...apakan daya..Allah memberi medium sebagai alat , orang...supaya jangan berhenti...antaranya..kata-kata suami..my..buat sementara ini...saya cuma mampu membantu perbelanjaan anak-anak...walaupun hati seorang isteri cukupla kereta ada..rumah ada...bukan nak beli banglo...tapi perasaan dan kata-kata seorang anak...mommy, abang nak beli skateboard yang berharga rm300...boleh jadi ayahnya cuma boleh membantu soal kewangan persekolahan...atau pun ada lain-lain komitmen sehingga dia terlupa bahawa sedekah yang terbaik adalah untuk kaum kerabatnya...pesan rasullulah...dan boleh jadi yatie yang boleh memberi sedekah keatas anak-anak...apabila Allah izinkan yatie bekerja.....

Apabila ditanya...Kawan-kawan kerja, eiii...ko dengar la kata kakak ko ni...ko tak kenal lagi lelaki...bila tak kejer n ko berhenti...macam-macam cerita nanti keluar... Ayah...kita kena kerja supaya kita lebih bersedia untuk masa akan datang...apabila kita senang dan ada duit tak la menyusahkan orang....
Aku redha...boleh jadi rezeki kita dapat ni kita boleh bersedekah...dengan cara membantu orang yang susah...tak pun apabila kita beli kuih pun dikira sedekah.....

Wanna ..itu cuma ujian perasaan seorang ibu yang bekerja... Apabila ada ujian perasaan seorang isteri atau suami mengetahui suami atau isterinya diminati orang atau mempunyai skandal bukan ke menjadi punca perceraian...yang kini melebihi 50%...jauh simpang..Nauzubillah....bukan ke anak-anak menjadi mangsa....tidak pun suami meninggal secara tiba-tiba...

Apabila ada ujian kerja, contohnya mempunyai boss yang tidak memahami...jikalau staff terpaksa bercuti atas urusan keluarga dalam masa yang sama mempunyai kekangan kerja yang banyak...tidak mempunyai kawan-kawan yang memahami..apabila bertembung dengan kerja diluar pejabat, meeting dan sebagainya..tiada siapa yang ingin membantu kerjanya...Syukur..aku dikelilingi kawan-kawan kerja yang baik....Alhamdullilah...

Dan juga ujian seorang ibu apabila memiliki anak yang berpenyakit dalam masa yang sama perlu berkerja...terpaksa mencari duit untuk mencari ubat demi kesihatan tercinta....dan pelbagai cara ujian yang Allah bagi untuk kita berfikir....

Kalau yang anak dara berumur 30 tahun masih mencari cinta...itu juga ujian! seorang isteri menanti penuh harapan untuk mendapat seorang anak juga Ujian...

Tak lupa juga...ujian pekerja contract walaupun bertaraf executive, gajinya cuma RM2500....tapi kerjanya bagai tsunami...tengok saja pada keratan akhbar... Kata seorang kawan...grrr...geram aku...tengok diorang ni...kita yang dah kerja 15 tahun gaji pun baru 3k....kalau tak cukup pasti ada didikan jangan belanja lebih, cari kerja lain...actually, we cant to underestimate, cos we don't know what is happen to them...

Alhamdullilah...kawan saya tu walaupun gaji kecil, syarikatnya menanggung kos perubatan dihospital berbayar...sampaikan suaminya turut menikmati.....MasyaAllah.....Nikmat mana yang mahu didustakan,bagaimana dengan diaorang???

You are incharge what you are doing!

Berserahlah kepada Allah...bertaubatlah..mengakui kesilapan ....bermuhasabah dan bertafakur....pasti ada syurga yang ingin Allah ingin hadiahkan....

Boleh jadi apa yang buruk itu kita tak suka adalah terbaik dari Allah, boleh jadi apa yang baik itu la punca kita menghalakan matlamat kita ke Neraka

Dimana dia di Hatiku- Pahrol Md Juoi

"Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum engkau jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian."

Semoga dimanfaat ....dan jangan lupa menghitung nikmat Allah .... :)

Petikan Cinta kerana Allah- Pahrol Md Juoi
Jika ingin membina dunia yang lebih aman, kembalilah ke rumah masing-masing dan sayangi keluarga kita. Insya-Allah, apabila keluarga telah aman, masyarakat akan aman. Apabila masyarakat aman, negeri dan seterusnya negara akan aman. Dan apabila negara-negara telah aman, seluruh dunia akan aman. Oleh itu, apabila dunia semakin bergolak pada saat ini, percayalah itu semua berpunca daripada pergolakan rumah tangga. Ribut dalam cawan rumah tangga boleh mencetuskan badai di seantero dunia.

Perkara yang pertama dan utama dalam hidup seorang lelaki bernama suami adalah keluarga. Tidak ada gunanya dia berjaya di peringkat yang tinggi dan dalam bidang apa sahaja… sekiranya rumah tangganya sendiri berantakan. Justeru, Allah telah awal-awal lagi mengingatkan melalui firmanNya yang bermaksud, selamatkanlah dirimu dan keluargamu daripada api neraka!

Tuesday, September 20, 2011

Currently,I'm reading......

Tak puas rasanya.....tak sangka hobi waktu kanak-kanak masih lagi mengiringi kehidupan seorang ibu...seorang isteri...seorang pekerja...seorang suri...

I dah berjaya habiskan satu rasa dua hati.....tak sabar nak sharing dengan housemate...semoga Allah makbulkan doa kami untuk menjadikan sebuah masjid yang penuh dengan tarbiyah agama didalamnya....Amin...

Sedang menikmati episod-episod kehidupan travelog cinta abadi...mmmm...tak syok sebab tak boleh fokus kat opis....

dan yang best...masih ingin membaca lagi satu rasa dua hati....tak puas....dan i nak amik nikmat kehidupan didalamnya...

Ya Allah yang tuhanku, kau berikan dan jadikan kasih sayang antara kami suami isteri sehingga ke syurga Firdaus, ampunilah dosaku diatas kekhilafan diri sendiri...Amin

P/s; mmm...i nak bagi hadiah jugak tau kepada rakan-rakan yang terpilih....hik2...tunggguuuuuu
 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>