"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Tuesday, November 20, 2012

Resepi Puding Roti Kak Nani Rostam

As Salam…


Ya Allah, my friend cakap..pavlova la..terus dia ambil gambar puding ni untuk dikongsi dengan adik beradiknya….ada aja yer…

Kebetulan hari ni hari cuti dan suami cakap…teringan nak makan puding roti …biasa buat yang biasa jer…kali ni nak cuba resipi puding roti kak nani, biasa bila yatie buat yatie mesti guna susu cair tin…resipi kak nani sangat special…dia guna susu fresh dan ada whipping cream…kata anak buah saya dari sarawak…”Ya Allah...Mak Yak.... lemak berkrim…sedap!”

Ya Allah…Terima kasih kak nani atas perkongsing yang bermanfaat…sedap..nanti nak buat lagi…nak bawak dekat pejabat.
Saya mohon izin copy paste yer…air tangan kak nani,…tiru jugak letak buah…hehe…


Resepi Puding Roti Kak Nani Rostam
Sumber: http://nanirostam.blogspot.com/2011/01/aku-anak-penoreh-getah.html

Bahan-bahan :-

1)Roti 10 keping (kalau nak sedap sangat, sila guna roti butter seperti gradenia butter scotch atau beli apa sahaja jenis roti butter yang mahal-mahal dari bakery seperti di La Boheme kalau tak silap, jaya grocer atau jaya jusco dll.
2)Susu full cream 2 cawan
3)Whipping cream 2 cawan
4)Gula 1 cawan
5)Telur 6 biji
6)Esen vanila 1tsb
7)Butter 4 tsb
8)kismis-agak2
9)Serbuk kayu manis.1tsb

Cara-caranya:

Sapu butter pada dasar mangkuk kaserrol. Susun roti di atas. Tuang bancuhan, susu, krim, gula esen vanila, telur yang telah dipukul tadi. Biarkan roti kembang selama sejam. Selepas kembang taburkan kismis dan serbuk kayu manis dan kalau suka sedikit taburan brown sugar. Bakar di oven yang telah dipanaskan selama 10 minit pada suhu 160 darjah celsius.Bakar selama 30 minit

Sos Krim.

Cara-caranya.

Panaskan satu liter susu full cream. Gula mengikut manis. Apabila mendidih masukkan bancuhan tepung jangung mengikut likat. Bubuh 1 sudu esen vanila. Kacau sehingga halus dan likat. Angkat. Sejukkan

Suami yatie cakap…sedap lagi guna susu fresh…! Recomended :)

boleh cuba…hehe...

Thursday, November 8, 2012

Ujian dan Nikmat

Kisah 1

Suatu hari ketika membeli barang rumah tanpa suami ditemani pembantu rumah juga baby adam, apabila menyelusuri troley, datang seorang budak mengekori saya...

Lintasan hati jahat
Kenapa la budak ni follow saya dengan muka tak seberapa siap...macam nak mencuri pulak...

Lintasan hati baik
Makcik (pembantu rumah) tunggu sini saya angkat barang, saya mula bertanya kepada budak lelaki ini kamu ada mak? ada...kamu sekolah? sekolah...mari tolong makcik angkat barang....MasyaAllah he is nice person!

Habis jer barang disimpan, nanti ikut makcik hantar troley (ketika tetiba ada mamat bangla datang tarik troley...Oh mind...cepat saya panggil), ok kamu ambil troley ni balik dan duit dalam troley kamu ambil...kamu ada ayah? ayah dah lama pergi kerja dan tak pernah pulang....MasyaAllah...he comes from broken family, no wonder...kamu dah makan hari ni? saya belum makan...ok ni makcik bagi lagi sebab kamu anak yang baik...

Dia mula tersenyum...dan mula berkata terima kasih makcik berulang kali...saya gosok kepalanya jadi anak yang soleh,pandai dan rajin belajar yer...Doakan untuk makcik...

Ya Allah,bahagia itu apabila membahagiakan...

Ya Allah lindungi anak itu, berikan dia ilham supaya pandai mencari duit seperti membantu orang-orang yang yang membawa barang yang banyak...dan orang yang membantunya memberi kebahagiaan kepadanya...

Ingatan untuk saya, jangan ada prasangka...dia juga hamba Allah lagi la dia ahli syurga...Allahuakbar!

Kisah 2

Di hari minggu, anak-anak mula mengambil peluang menceburi bidang lakonan...Saya perlu lebih cemerlang dengan bangun lebih awal mengejutkan anak-anak supaya bangun solat subuh yang utamanya...

Anak lelaki: Mommy, cepat tolong abang mana satu baju yang abang perlu bawak...
Anak perempuan: Mommy, cepat lah akak nak pakai baju mana ni?
Agensi pelakon kanak-kanak : Sila tunggu di LRT station pukul 6.20 pagi

Bisikan hati jahat...MasyaAllah awalnya...boleh percaya ke?diaorang ni biar betul...
Bisikan hati baik...Kagum dengan anak-anak berusaha bangun awal mandi dan solat seawal selepas azan berkumandang...

Saya juga menunggu, dan akhirnya pukul 7 pagi baru bergerak ke lokasi...disebabkan ada 2 lokasi drama dan dan kumpulan kanak, agensi meminta pertolongan saya untuk menghantar 1 kumpulan...

Ujiannya...hari ini saya on duty....antara anak-anak juga kerja....
Apabila diorang pulang dari berlakon...penuh cerita yang warna-warni dan mereka bahagia bercerita...diorang ada duit sendiri...Allahuakbar!

Saya sangat bahagia melihat kebahagiaan mereka....mommy doakan anak-anak selalu dilimpahi rahmat Allah..Bisikan hati jangan jadikan diri kita menyintai dunia...

Kisah 3

Hati teruja
Saya sangat teruja apabila ditawarkan dengan pekerjaan baru dengan tangga gaji yang 5 kali ganda dari sekarang.

Hati resah
Suatu hari saya dikritik kerana orang yang mengkritik hanya memandang saya sebagai orang yang tidak ubah suka berangan seolah-olah minah jening!

Saya bersyukur dengan ujian itu...saya pasti Allah mengatur hidup kita, yang pasti kita berusaha dan mendapat redha dari kedua ibubapa juga suami...Ayah saya juga teruja...suami juga teruja...

Ya Allah, Ya rabb..permudahkan urusanku pada masa hadapan, jangan dibiarkan walaupun sekelip mata....
Ya Allah jangan kau jadikan dengan apa aku yang dapat ini, tidak menjadikan aku lupa pada nikmatMU....Amin

Allah Maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui...Subhanallah..aku sujud padaMU...

Biarkan dirinya.....

Kebanyakan kita tidak dapat menerima sesuatu kritikan kerana merasakan kritikan tersebut ibarat pisau belati yang diacukan pada dirinya dan kehormatannya.Adakalanya kebanyakan kita tidak menerima kritikan kerana merasakan ia merugikan daripada sesuatu perkara yang mungkin kita peroleh dalam keadaan diri kita yang palsu.

Sesetengah orang tidak suka dikritik kerana padanya ada sifat ujub dengan diri dan mempunyai pandangan melampau.Dia akan rasa diperkecilkan apabila dikritik oleh orang lain.

Sesungguhnya kita bukan malaikat ataupun tergolong dalam kalangan mereka yang maksum(dipelihara Allah SWT daripada sebarang kesalahan dan dosa)

Hendaklah kita sentiasa perhatikan apa yang dikatakan oleh Sayidina Umar Al-Khatab r.hu

"Semoga Allah SWT merahmati orang yang menunjukkan kepada aku aib kesalahanku"
~ petikan Buku Wanita Istimewa (Dr.Karim El Shazly)

Subhanallah!

Wednesday, November 7, 2012

Resipi steamboat family

Subhanallah, Nikmat mana mahu kudustakan…dulu nak cari kedai steamboat begitu payah…sekarang tumbuh melata…dan kita pun boleh makan lagi bersenang hati di rumah….bila kenyang tu rehat kejap….Then sambung lagi..Allahuakbar…tak dapat dihitung…

Zaman kecik tak kenal steamboat kenal ikan singgang jer...ikan rebus tongkol pun ada...arwah mak goreng selepas rebus..sedap sangat....

Alhamdullillah…dengan limpah kurnia Allah…yatie adalah anak bongsu untuk pasangan Tuan Haji Hamzah dan Alllahyarham Hajjah Che Nek…memang kena letak sebab tujuannya adalah jejak kasih…supaya masih ramai lagi..saudara mara saya ditemui…InsyaAllah…

Perbezaan saya dan abang saya saifuddin adalah selama 10 tahun..masyaAllah baby emergency rupanya….jadi jarak dengan kakak yang lain semesti berbeza….Nikmat yang saya temui antara kami adik beradik ni…kitaorang tak pernah bergaduh…sama ada berperang mulut ataupun tarik rambut…boleh jadi kakak saya dan saya pernah babeh (orang teranu kata..ada aje nak menang)…hehehe…

Kakak saya seibu sebapa adalah Puan Noriah, Tuan Samsol, dan Puan Nor Azura….saya juga ada seorang abang namanya Mansor , dia anak mak lain…cerita ayah…maknya nya meninggal masa dia baby lagi disebabkan barah payu dara….Arwah meninggal disisi ayah…pesanan penaja…Jangan lupa buat medical check up!
…Syukur dengan nikmat Allah…rezeki keluarga kami melimpah ruah….Alhamdulillah..Ayah ketika berumur 50 dah tak kerja..rehat dirumah…menikmati sewa hartanya…alhamdulillah…tapi arwah emak tak boleh duduk diam… dia berniaga…that’s y saya juga suka berniaga…hehe…anak emak…masa ni ayah la jadi PA emak rekod sebarang hutang orang yang berhutang dengan emak….

Akan bersambung lagi cerita keluarga saya, kita nak cerita pasal resipi steamboat family…Idea ni datang dari abg Sam aka Samsol bahri…senang simple dan tak menyusahkan…saya pun suka!

Bahan-bahan

Pelbagai jenis bebola segera yang menjadi pilihan…
Fishball, Fish cake, Bebola ketam, Bebola sotong. dll
Sayuran yg disukai
kangkung, baby kailan, kobis bunga, kobis panjang, pak choi, dll
Pelbagai jenis cendawan
cendawan tiram, shitake, enoki dll
Udang
Sotong
Ketam
Daging Lembu
Isi ayam ( potong kecil2 kmd perisakan dgn halia dan bwg putih tumbuk)
Sosej
Telur
Daun ketumbar, Daun Sup atau Daun Bawang – utk ditabur ( optional )
Bersihkan semua bahan-bahan dan potong jika suka...yatie beli dekat Giant jer...amik yang kilo punya :P
Alhamdulillah..paling special hidangan kali ni...macam ala-ala johhny's "Obor-Obor"
(kepada sesiapa berminat nak dapatkan obor-obor secara beli sendiri saya boleh kenalkan kedainya)
Alhamdulillah saya juga kenalkan kepada suami saya yang dah berapa lama mencarinya...)
Aha, Orang KL panggil Jellyfish :)

Untuk Supnya...
Caranya, masukkan air, rebus sehingga mendidih dan masukkan kiub untuk sup yang dipilih , senangkan….(tak perlu pening dan susah payah)

Periuk ni boleh didapati di chowkit, periuk ada 2 bahagian satu tom yam dan satu sup.Harganya untuk tahun 2006 sekitar RM80 ...sekarang mesti dah naik harganya....
Saya lebih memilih edisi gas berbanding elektrik...

Sos Steamboat Edisi Daddy Danish

5 biji cili padi merah atau hijau (ikut suka boleh lebih atau kurang mengikut tahap kepedasan) di tumbuk dengan lesung.
2 senduk sos tiram
7 biji limau Kasturi yang diambil perahannya

Caranya:
Masukkan bahan –bahan sos kacau sebati. Tak perlu masak dan hidang!

Apa lagi…jom menjamu selera….meriah!

Untuk sos boleh juga guna sos keropok Terengganu…boleh guna sos thai boleh juga tambah sos yong taufu…

Sos Yong Taufu edisi adik Lin adik kepada Along…

along cakap adik dia pandai masak..itu la yang bagus suri rumah sepenuh masa kagggn ….bayangkan ..bila time keluarga suaminya buat makan…mak mertua datang jemput ok…MasyaAllah…hebat…saya balik rumah mak mertua boleh kira berapa kali masak….tapi bila mak dan ayah mertua datang…mmm…ayah mertua makan bertambah….saya suka bila dia kata..saya nak badan macam misolll…hehe….

Eh, eh apa melalut ni…sori ya…bila start cakap tak boleh berhenti ok…tarik nafas..jom tengok bahan-bahan dan caranya
Panaskan air dalam 4 cawan, Blend lada besar 5 biji, bawang putih 5-6 ulas, masukkan garam, gula/manisan,kicap,cuka an last but not least masuk tepung jagung dan tutup api…

Hiaskan dengan bijan, (sms yang dimesej orang Terengganu panggil lenga) boleh masukkan kacang tumbuk jika suka ...

Selamat mencuba dearest!

Resipi kurma daging kambing

Assalamualaikum wbt
Apa Khabar semua? Alhamdulillah…banyaknya nikmat Allah bagi tak terhitung…segala apa yang pernah ditulis digambarkan…diimaginasi…sehingga ada yang terasa dan menyakitkan hati….saya ingin memohon maaf segalanya, sesungguhnya saya adalah hamba Allah yang paling lemah…sesungguhnya yang baik-baik itu adalah dari Allah yang buruk dan hina adalah dari saya…

Alhamdulillah…masak dah lama…cerita pasal masak jer belum….hehe…sekarang dah bersemangat nak cerita pasal masak… resipi kali ni adalah resipi Chef Hanielieza…iaitu resipi kurma daging kambing….suami saya yang masak Alhamdulillah

Suami saya kelebihannya adalah rajin memasaktak percaya?mesti kena percaya…sebab bila nak suruh menyapu ke..memang tak pernah…bila maid tak ada…jika suami ada kat rumah…suami la banyak membantu tolong bahagian dari cuci baju sehingga angkat baju yang kering…utk jadi tukang lipatnya saya ler pula, gosok dan simpan…Alhamdulillah mesti dan sangat bersyukur apa saya anugerah Allah kepada kita…suami juga anugerah..isteri pulah amanah ALLAH…betul ke ni?

Actually, Ini la first time suami masak masakan santan…Ya Allah kagum la…dah 12 tahun kawin ni…sedap sangat…Jom tengok gambar
Nikmat mana mahu kudustakan….makan dengan roti pun sedap!

Resipinya adalah seperti berikut…

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam [potong kecil dan bersihkan] (suami guna daging kambing)
1/2 cawan susu cair atau 2 cawan santan [1 biji kelapa]
4 biji kentang [belah 4]
2 labu bawang besar [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
2 biji tomato [belah 4]
2 biji lada hijau
1 pokok daun sup [potong kecil]
3 s/b minyak
2 s/b minyak sapi
3 s/b rempah kurma ] bancuh ngan sikit air
1 s/k lada sulah ]
1 s/b kacang tanah tumbuk halus
1 s/b jus limau nipis
garam
Bahan tumis

1 in kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Bahan mesin/tumbuk:

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia

Cara:

1. Panaskan minyak & minyak sapi dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan tumbuk dan rempah kurma yg dibancuh. Kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam, kentang, carrot, garam dan susu cair atau santan. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan bawang besar, lada hijau, tomato dan kacang tanah tumbuk.
5. Perlahan api sehingga naik minyak.
6. Masukkan jus limau dan daun sup dan biarkan sehingga pekat.
7. Angkat dan hidangkan.
sedap makan ngan roti atau nasi tomato.

Sumber buku 1 hari 1 resipi 365 resipi istimewa chef hanieliza

Boleh juga refer di http://hanieliza.blogspot.com/2008/01/bahan-bahan-1-ekor-ayam-potong-kecil.html

Saya sangat berpuas hati… :)

Monday, November 5, 2012

Sentuhan Qalbu suami isteri yang berjauhan

Actually....baru 3 hari tidak berhubung...hamba Allah macam saya pasti 1001 pertanyaan...hanya pada Allah aku berserah....
Akhirnya....Subhanallah

From: Jamisal Bin Salleh Sent: Monday, 05 November, 2012 10:23 AM

To: Norhayati Bt Hamzah
Subject: RE: enrich redeem

Salam,

Apa khbr? sehat x? ank2 mcm mner? skrg xleh nk call sbb communication fail..email pn br jer bleh guna..nnt ble tel dh boleh guna sy call..cuma nk bgtau jg diri elok2..sy kt sini sehat alhamdulillah.
Wkslm,

mmm....Orang lelaki soalan sikit dan tak banyak..cukup dan padat.....mmmm...bila part saya....reply bukan main panjang... :P

-----Original Message-----
From: Norhayati Bt Hamzah
Sent: Monday, 05 November, 2012 11:10 AM
To: 'Jamisal Bin Salleh'
Subject: RE: enrich redeem

Wkslm,
Alhamdulillah...semua sihat...mmmm nak nangis .... Ianya sentuhan qalbu....Subhanallah..saya baru selesai baca solat sunat taubat, solat dhuha dan baca yasin....ketika baca yasin tu kan...terlintas dihati...mesti communication or server down..hebatnya ilham Allah....

Adam...selalu jer kena usik oleh abang dan kakaknya...alhamdulillah dia sihat...Cuma minggu lepas saya ada makan udang...nampak kakinya naik merah skit tak banyak....selalu dia panggil daddyyyy bila kena peluk kat abang...lagi la bebudak tu nak usik...merajuknya tak kurang...suka senyum dan ketawa macam awak!

Abang dan kakak...mmmm..2 hari ni...sibuk dengan shooting dan casting...alhamdulillah dorang happy dengan dunia baru...abang excited sehingga ajak saya teman...lain dengan kakak...semestinya saya agak risau dengan dia...hari pertamanya baling-baling mainan kat hospital..kakak shooting kat sungai long...ada pulak rakan yang berlakon sekali tu mengadu...semalam saya sempat pergi ke lokasi pergambaran kakak di Kajang..hospital baru agaknya aka hospital sungai long...macam awak kenali anak-anak awak especially kakak ..kru-kru drama dian putih (drama kakak berlakon) pun dok usik dia..ada kakak tak? Tetiba mak dia terjonggol...situ...hehe... ada artis amy Mastura..kurus dan berkulit gelap rupanya ada sweety anak mak tam tu dalam hikayat syahzan...lain ada yang femes gak tapi saya bukannya tengok TV sangat....

2 hari ni saya dihiburkan dengan cerita diorang penuh warna warni dan bersemangat...Hari ni anak-anak semua ke sekolah...Abang InsyaAllah akan naik pentas untuk hari anugerah pada hari jumaat ni....Kakak pula...semalam beli KEK secret recipe yang berharga RM120...nak bagi kelas dorang..MasyaAllah kagum saya dengan dorang.....rezeki diorang...kecik-kecik dah ada duit sendiri..Nikmat mana mahuku dustakan...Allah tahu apa yang kita perlukan....

Saya...berusaha nak bangun awal...actually azan subuh dah bangun..mmm sambung balik...selalu jer terlambat minggu ni...masa awak ada awak hantar x pernah sampai selepas pukul 8...walaupun jammed...lagi satu...suka lengahkan sebab nak dengar ceramah motivasi kat radio IKIM...yang saya cakap sedap tu...sama dengar dengan by...

Mula la kelam kabut kejutkan anak suruh bangun solat....

By, saya teringat yang awak suggest kita pergi sabah tahun ni...saya dah survey...kita pergi on December ni boleh? Date saya nak suggest 22-25 december? Ok ke?

And satu lagi...masa saya jumpa wanna sabtu lepas saya tanya dia mana tempat yang boleh kita jalan...dia cakap murah dan best if oversea...PERTH...saya check tiket pergi balik 2k...utk 2 org...Ya Allah...nyaris nak beli...apapun by advise la...saya tgok date pg on my birthday...hehe...ada jer :P

Tu yang hantar email enrich redeem
________________________________________________________________________________

Ya Allah Ya Rabb, rahmati dan lindungi...suamiku...keluarga selalu..pemudahkan urusan kami jangan dibiarkan walau sekelip mata, Amin

Nota kaki: Saya juga belajar daripada kehidupan dan mengelak diri dari beremosi!

Doa hari ini

Ya Allah ya Tuhan kami!
Engkaulah Tuhan yang mengalirkan sungai-sungai dan mata air. Engkaulah Tuhan yang berkuasa menciptakan sesuatu dengan sekelip mata dan Engkaulah Tuhan yamg mengetahui rahsia alam sebelum
Engkau menjadikannya lagi. Kami memohon supaya Engkau mengurniakan sepenuh-penuh keredaan kepada kami bagi membolehkan kami mengecapi ni’mat kebahagiaan dan kesejahteraan yang Engkau redai.

Kami memohon supaya Engkau memperkenankan segala permohonan dan tuntutan kami. Seterusnya kami memohon supaya Engkau sentiasa sudi mendampingi kami serta memperlihatkan kemantapan dan
kehebatan kami kepada musuh. Kami juga memohon supaya Engkau segera memperkenankan segala doa kami.

Ya Allah ya Tuhan kami, perkenankanlah segala permohonan kami. Tunaikanlah segala hajat kami dan
masukkanlah kami ke dalam golongan mereka yang segera mendapat simpati daripada-Mu. Sesungguhnya Engkau adalahTuhan Yang Maha Berkuasa, apabila hendak menjadikan sesuatu, Engkau cuma berkata “jadilah” nescaya benda itu terus terjadi.

Maha Suci Allah, Tuhan yang berkuasa ke atas segalagalanya.Kepada-Nyalah jua semua kejadian akan kembali.Maha Suci Allah, Tuhan yang berkuasa menghilangkan segala kekusutan jiwa. Maha Suci Allah, Tuhan yang berkuasa menyelamatkan hamba-Nya daripada beban hutang. Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak yang boleh mencipta sesuatu yang dikendaki-Nya dengan sekelip mata.

Wahai Tuhan yang berkuasa menghilangkan segala keresahan jiwa, hilangkanlah segala keresahan jiwa kami dan hilangkanlah juga segala perasaan gundah-gulana dari jiwa kami. Engkaulah Tuhan yang hidup Maha Gagah Perkasa,Tuhan Yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah. Cucurilah rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atassekalian keluarga serta sahabat-sahabatnya.
 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>