"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Sunday, July 29, 2012

Apa yang kamu dapat daripada SOLUSI?

Assalamualaikum wbt....Alhamdullillah saya dah selamat dari A.B.C...InsyaAllah...

Selamat berpuasa dan beribadat semua...

Alhamdullillah, Alhamdullillah, Alhamdullillah...

Suka la entry wanna

Solusi is the best magazine.....

Terpanggil nak buat entry...lagi bila baca solusi tu nak jer bagi respon kat ruangan respon, tapi cukup la sharing kat blog kan...Memang syukur sangat....dan semestinya sujud syukur dengan anugerah Allah....

InsyaAllah kat rumah ni kami dah compile sehingga ke edisi 46...

Semasa mencari-cari magazine islamik...mana yang sesuai nak letak kat rumah..lagi la..nak bagi suami baca, anak-anak baca...suatu hari terpandang lah kat rumah abang di Terengganu...2 tahun lepas tgok jer...belek..sambil sembang lepaking...acara wajib bila balik kampung...

Pernah jugak abang Sam cakap..t beli ler magazine islamik bagus...ohhhh...ok...ni dah hampir 5 tahun abg pesan...mmm...tak ada action lagi...maklum ler, masa tu..majalah parenting ni yang hangat Mingguan wanita..rasanya pergi rumah sesiapa mesti ado...ohhh....yatie dulu suka dengan majalah laman, dapur, and mana interior design...mmmm...itu la kenal blogger ana suhana..

One day ...anak yatie jatuh dekat empire mall..MasyaAllah masa tu umur 2 bulan...Yatie tak tahu..tetiba mulut berkata...Ya Allah...Malaikat sambut anak aku...Anak yatie nangis sungguh-sungguh...dan semestinya yatie selalu berfikir dan berfikir...selepas insiden tu berlaku...yatie rasa Allah sayang dengan yatie dengan anak yatie..suami yatie...keluarga yatie....manakan tidak..yatie bawak anak ke hospital pakar..nothing happen!

Ingat masa yatie publish story anak yatie jatuh kat FB..ramai orang komen....

Ya Allah, aku kagum dengan keajaibanmu..Allah maha agung!

Now anak adam yatie dah berlari...nikmat mana mahu kudustakan.....
Kelahiran Adam...banyak memberi inspirasi kepada yatie...yatie rasa yatie perlukan sesuatu....yatie nak anak yang baik...so yatie mesti jadi baik...yatie nak sangat anak yatie adam jadi tahfiz...so yatie mesti berusaha nak jaga aurat dan solat...Allah maha memberi...

Lagi la keajaiban bila suatu hari suami memaklumkan...saya nak pergi umrah..saya nak ajak awak....dan Alhamdullillah ...saya seolah-olah sudah ada rasa....pada bulan 7, 2011...akhirnya allah jemput pada bulan march 2012....MasyaAllah...

Rumah saya selalu didatang kaum keluarga..especially anak-anak buah yang belajar di UIA...dia selalu story...buku apa dia baca...apa yang best ...dan suatu hari dia share..kisah buku solusi...mak atie baca la solusi...buku tu setiap keluarannya 500000 terbitannya...MasyaAllah...saya baru tahu....last year...dia la intro tentang buku-buku pahrol....MasyaAllah...hebat!

Paling suka ayatnya "Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia


Tak habis lagi, sehinggalah bila majalah solusi dah agak banya dirumah...suami pula membacanya..dan buku ini yang membawa suami berjemaah ke surau....Ya Allah...nikmatnya...


Dan ini adalah keluaran terbaru solusi edisi 46...hebat....saya suka....lagi la dia sharing Ubah suasana, Cari Teman sealiran.....MasyaAllah.....

Agama seseorang mengikut temannya, begitulah maksud hadis yang bermaksud: "Seseorang itu menurut agama teman terdekatnya.Hendaklah kamu melihat orang yang menjadi teman terdekatnya." 
(Riwayat Abu Daud)

so cepat-cepat serbu....ilmu perlu dicari...


Saturday, July 28, 2012

Kaya & Bahagia dengan Syukur


Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah....

Alhamdullillah

"Dan Ingatlah ketika tuhanmu memaklumkan, sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmatku, maka pasti azabku sangat berat" (Surah Ibrahim 14:7)

Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? syukur kita masih lagi melalui ujian Allah....2,3 hari ni...ada jer berita baik....doa jer dapat...MasyaAllah....dan Allah permudahkan....Berkat ramadhan Ya Allah

Terpanggil nak menulis blog....bila start baca buku yang wanna pinjamkan...opppsss...baru baca...tapi nikmat yang Allah bagi tidak dapat dihitung....

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.Sungguh, Allah benar-benar maha pengampun,Maha penyayang" (Surah Al-Nahl 16:8)

Syukur Alhamdullillah...baru jugak menghabiskan buku bacaan ar rahman....Alhamdullillah Allah masih kurniakan hobi suka membaca....

Bahagia Allah beri sahabat syurga yang tanpa disangka sanggup datang dari kerteh...dia datang bukan untuk membebankan...dia datang dengan ilmu yang banyak supaya kita sama-sama amalkan...MasyaAllah....

Alhamdullillah..bahagia...dapat sahabat yang berpesan kebaikan
"“Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah  dia mencegahnya dengan tangan, siapa yang tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya dan siapa tidak mampu dengan lidahnya, cegahlah dengan hatinya, yang demikian itu adalah selemah-lemah iman” .
(Riwayat Muslim dari Abi Said Al-Khudri)"

Alhamdullillah...Bahagia lagi sebab jadi orang kaya sementara...sebelum nak setup urusan yang diimpikan....

Alhamdullillah Bahagia...dapat tengok kawan-kawan yang bersyukur dengan nikmat Allah dengan mendekatkan diri dengan Allah..ajak kita sekali...MasyaAllah

Alhamdullillah bahagia...suami mengizinkan segala urusan.....bahagia bertambah lagi he's in d list....

Alhamdullillah bahagianya tidak dapat dihitung.....dengan amalan surah mathurat... sangat bermakna dan mudah untuk diamalkan...jom!



Alhamdullillah dan terima kasih sesangatnya utk sis dibumi arab...yang dah 7 tahun pesan....dan semesti kita berdamping dengan orang baik...pasti dia akan berpesan lagi...thanks seps....thanks norul..of course wanna & along yang sangat positif...

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?" (Surah Al Rahman 55:3)

Tuesday, July 24, 2012

Suami Isteri perlu ada Ilmu....



Rumah tangga perlu dibina berasaskan kepada nilai-nilai murni yang cukup sempurna kerana rumahtangga yang sempurna dan bahagia akan mampu menjamin lahirnya suami, isteri, ibu bapa dan anak-anak yang berkualiti. Untuk itu seharusnya suami isteri membuat persediaan secukupnya berkenaan ilmu rumahtangga untuk diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga. Betapa tidak, rata-rata ibu bapa tidak begitu serius dalam mengendalikan urusan rumah tangga mereka. Cukuplah  sekadar  menyediakan  makan pakai serta menguruskan persekolahan anak-anak tanpa mementingkan unsur kasih sayang dan  merapatkan hubungan antara kesemua ahli keluarga. Kesannya berlakulah kes perceraian yang bukan sahaja melibatkan golongan muda bahkan yang sudah tua. Malah yang lebih menyedihkan, kerosakan rumah tangga ini menyebabkan pelbagai isu serius timbul seperti penderaan terhadap isteri, anak, sumbang mahram dan seumpamanya.


Mengawal Sikap

Kebijaksanaan suami isteri dalam mengendalikan rumah tangga adalah aspek yang paling penting dalam menjaga kerukunan sebuah keluarga kerana di antara unsur yang boleh mengganggu hubungan kasih sayang ialah kegagalan pihak suami atau isteri dalam menjaga rahsia rumahtangga di mana banyak sekali rumah tangga yang kucar-kacir disebabkan suami atau isteri yang bersikap suka menjaja dan menyebarkan rahsia pasangannya kepada orang lain.

Hakikat Rahsia

Hakikat rahsia rumahtangga yang dimaksudkan sebenarnya adalah terbahagi kepada beberapa bentuk yang perlu diketahui kedudukannya seperti:

1. Rahsia khusus:

Rahsia-rahsia khusus adalah hal peribadi yang diminta secara khusus oleh suami atau isteri kepada pasangannya supaya dirahsiakan. Iamam al-Ghazali ada mencatatkan di dalam kitabnya Mukasyafatu al-Qulub tentang beberapa tafsiran ulama mengenai perintah Allah kepada orang-orang mukmin supaya menjaga dan di mana antara amanah itu ialah “satu perkataan atau ayat” yang diamanahkan supaya dijaga dan dirahsiakan. Maka wajib menjaga amanah tersebut. Begitu juga sesuatu yang dibisikkan kepada pasangan dengan permintaan supaya ia menjadi rahsia antara mereka berdua, maka ia tergolong dalam amanah yang wajib dijaga.

2. Rahsia Yang Menyentuh Keselamatan:

Mungkin ada orang yang memusuhi pasangan kita berniat jahat dan hendak mengkhianati dan menganiayainya. Musuh itu mungkin menyamar dengan meminta daripada kita segala maklumat, latar belakang dan sebagainya. Dalam keadaan ini kita sebagai pasangannya harus cerdik dan bijaksana. Tersalah memberi maklumat kepada musuh sesungguhnya akan mengundang bahaya kerana sejarah ada mencatatkan tentang kisah isteri Sam’un al-Ghazi yang mendedahkan rahsia kekuatan suaminya kepada pihak musuh hingga menyebabkan nyawa suaminya terancam. Oleh itu janganlah terlalu jujur atau memberi segala maklumat sehingga mendedahkan “rahsia” keselamatan pasangan. Seboleh mungkin cubalah mengesan helah orang yang berniat jahat terhadap pasangan melalui tutur kata atau perilaku mereka.

3. Rahsia Harta Benda:

Harta benda dan kewangan pasangan juga adalah rahsia yang wajib dijaga dan dipertahankan oleh isteri. Dalam hal ini, isteri terutamanya yang berfungsi sebagai pengurus rumah tangga tentulah orang yang paling berperanan dalam menjaga rahsia rumah tangga yang dibina kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik isteri adalah yang dapat menyenangkan hati suaminya apabila suami melihatnya dan apabila disuruh dia menurut perintahmu, dan ia dapat menjaga kehormatan dirinya dan harta bendamu ketika engkau tiada di rumah.” (at-Thabrani)

Dalam konteks ini, rumah tangga dan segala isinya adalah dikatakan “harta” dan benteng rahsia keluarga. Adalah menjadi tanggungjawb suami isteri menjaganya dengan sebaik-baiknya. Sehubungan itu, Islam melarang keras orang yang  mencuri-curi pandang ke dalam rumah orang lain tanpa mendapatkan keizinan daripada tuan rumah. Sabda Rasulullah s.a.w. : “Jika ada orang yang menjengok-jengok rumahmu tanpa izin, lalu engkau melontarkan batu kepadanya sehingga pecah matanya, tidaklah engkau berdosa.”(Bukhari dan Muslim)

4. Rahsia Bilik Tidur:

Inilah rahsia yang paling utama dan benteng terakhir rahsia rumah tangga di mana rahsia yang berkaitan hubungan kelamin suami isteri ini hendaklah disembunyikan dan hanya menjadi rahsia antara pasangan kerana adalah haram dan berdosa hukumnya sekiranya salah seorang dari pasangan menghebahkan hubungan mereka kepada pengetahuan, pendengaran dan penglihatan orang lain meskipun anak-anak sendiri. Itulah sebabnya mengapa Islam mensyariatkan agar dipisahkan tempat tidur anak-anak sejak mereka berusia tujuh tahun serta mengajarkan kepada mereka supaya memberi salam dan meminta izin terlebih dahulu sebelum masuk ke bilik ibu bapa mereka terutamanya pada tiga masa seperti yang disebut di dalam al-Quran iaitu sebelum Subuh, sekitar waktu Zuhur dan selepas Isyak kerana pada waktu waktu ini  kemungkinan suami isteri sedang bersama atau pun mereka sedang berehat, bersantai atau tidur.

5. Rahsia Berhubung Soal Maruah:

Maruah melibatkan aurat, aib dan kelemahan seseorang. Firman Allah S.W.T. yang maksudnya: “Adapun wanita wanita  yang solehah itu ialah wanita-wanita yang patuh (taat) dan memelihara kehormatan dirinya semasa ketiadaan suaminya sebagaimana Allah telah memelihara mereka.” (An-Nisa: 34)

Dalam hal ini banyak perkara boleh berlaku sekiranya pasangan gagal menjaga maruah dirinya seperti:
i. Isteri atau suami berlaku curang terhadap pasangannya.
ii. Pasangan mencari hiburan di luar rumah.
iii. Pasangan menduakan suami atau isteri.
iv. Pasangan menceritakan rahsia rumah tangganya kepada orang lain.

6. Rahsia Berhubung Nafkah:

Dalam hal ini suami adalah wajib hukumnya untuk memberi nafkah atau perbelanjaan untuk isteri dan anak-anaknya. Pemberian ini adalah mengikut kemampuan, tidak sampai dilabelkan sebagai suami yang bakhil dan kedekut atau pun suami yang terlalu boros dan bermewah-mewah. Pokok pangkalnya seseorang itu wajib memberikan nafkah menurut kemampuannya. Oleh itu permasalahan sara hidup hendaklah dibincangkan sebaiknya dengan pasangan agar tidak menganiayai diri sendiri, isteri mahu pun anak-anak. Malah elakkan daripada menjadi topik perbualan atau pun umpatan orang lain lantaran kegagalan kita menyimpan rahsia tersebut.

Jika Sudah Terpaksa

Sikap saling memahami dan berlapang dada (sabar) adalah yang paling utama mesti ada di dalam jiwa setiap individu yang menjadi suami atau isteri. Tidak seharusnya mana-mana pihak, suami atau isteri bertindak meluahkan perasaan dan  menceritakan rahsia pasangan kepada orang luar sebelum cuba menyelesaikan masalah itu dengan jalan perbincangan melainkan tidak ditemui jalan penyelesaian lain sehingga rahsia rumah tangga terpaksa diluahkan kepada pihak ketiga.

Contohnya sebagaimana peristiwa yang telah berlaku di zaman Rasulullah SAW di mana seorang wania mengadu kepada baginda bahawa dia telah dipukul oleh suaminya. Pada awalnya, Rasulullah memutuskan bahawa suaminya boleh dikenakan qisas (pukul dibalas pukul), tetapi pada ketika itu juga telah turun wahyu yang membolehkan suami memukul isterinya dalam keadaan tertentu iaitu dengan tujuan mendidik (bukan memukul untuk menyakitkan atau memukul kerana geram). Secara tidak langsung, wanita tadi telah membocorkan rahsia rumah tangganya dengan menceritakan keburukan suaminya kepada pihak ketiga iaitu Rasulullah s.a.w.

Maka dalam kes seumpama ini, tidak menjadi kesalahan bagi isteri (atau suami) untuk membuka rahsia rumah tangganya kerana ia dibuat demi kepentingan atau kebaikan rumah tangga itu sendiri. Iaitu apabila timbul masalah dalam hubungan suami isteri yang tidak dapat diselesaikan melalui perbincangan bersama, dan pihak suami atau isteri merasakan bahawa dia sudah tidak mampu menghadapinya, maka satu jalan penyelesaian perlu diambil dengan melibatkan ‘orang luar’, dengan kata lain, rahsia rumah tangga terpaksa dibuka ke pengetahuan seseorang. Maka beberapa perkara harus diambil kira iaitu:

i) Merujuk Kepada Orang Yang Sesuai

Andainya sudah bulat tekad untuk membawa soal dalaman rumah tangga kepada orang lain, maka haruslah dirujuk kepada orang yang tepat kerana bukan sebarangan orang boleh menjadi tempat mengadu masalah apalagi jikalau ia melibatkan perkara sulit. Maka pastikanlah bahawa orang yang diadu itu adalah orang yang amanah, boleh dipercayai, memiliki sifat adil mudah dipengaruhi emosi, tenang dan berwatak pendamai. Jika tidak, dia mungkin menjadi penghasut dan pengusut masalah. Tidak kira sama ada ia merupakan teman rapat atau pun seorang kaunselor yang berpengalaman, yang penting di boleh membantu dalam memberi pandangan dan nasihat, atau menjadi orang tengah dalam membetulkan hubungan dua hala antara suami isteri yang tergendala.

ii) Membuka Rahsia yang sesuai

Kita harus ingat bahawa orang yang diadu itu tetap merupakan ‘orang luar’ dalam konteks sesebuah rumah tangga. Oleh itu apa jua rahsia yang mahu diceritakan kepadanya harus dibataskan kepada hal-hal yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi sahaja. Tidak lebih daripada itu. Jangankan disebabkan pengaruh emosi, kita membuka segala rahsia pasangan.

iii) Merujuk kepada Hakam

“Hakam” adalah wakil daripada kedua-dua pihak suami dan isteri di mana pihak lelaki diwakili seorang hakam, begitu juga dengan pihak wanita. Adakalanya mahkamah sendiri yang akan melantik hakam tersebut di mana kedua-dua hakam ini berfungsi sebagai pendamai untuk membantu menyelesaikan kes yang dihadapi.  Hal ini disebutkan melalui firman Allah SWT yang maksudnya:
“Dan jika kamu khuatirkan ada persengketaan antara kedua-duanya (suami isteri), maka kirimlah seorang hakam dari keluarga lelaki dan seorang  hakam dari keluarga perempuan.” (An-Nisa’: 35)
Kedua-dua hakam ini akan melakukan ‘soal selidik’ ke atas suami atau isteri dalam sesi berasingan, untuk mengetahui punca dan kedudukan masalah. Di sinilah pentingnya peranan hakam yang dipilih itu yang mesti memiliki sifat sebagai orang yang boleh dipercayai, bijaksana dan adil, boleh menyimpan rahsia, bijak bertindak dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Dalam hal ini, suami mahupun isteri harus memberi kepercayaan kepada hakam di mana sedikit sebanyak rahsia rumah tangga mereka terpaksa diluahkan. Kemudian kedua-dua hakam ini akan bertemu untuk mencari penyelesaian. Andainya didapati tidak ada lagi titik temu antara kedua-dua suami isteri, kedua-dua hakam harus sepakat untuk membuat keputusan memisahkan mereka dengan cara baik di mana ia perlu dirujuk kepada  mahkamah.

iv) Merujuk kepada mahkamah

Ini merupakan peringkat terakhir di mana jalan penyelesaian melalui perbincangan dan melalui kaunselor atau orang tengah “hakam” tidak lagi membuka sebarang harapan untuk perdamaian. Di sini mahkamah boleh membuat keputusan ke atas masa depan rumah tangga tersebut di mana rahsia rumah tangga terbabit terpaksa disingkap di hadapan hakim atau mahkamah.

Mengambil Iktibar:

Teladanilah kisah-kisah yang pernah berlaku di zaman Rasulullah s.a.w. seperti kebijaksanaan saiditina Khadijah r.a. dalam menjaga rahsia kerasulan Rasulullah iaitu selepas menerima wahyu pertama di Gua Hira’ di mana beliau telah bertindak bijak dengan menceritakan peristiwa itu hanya kepada orang tertentu untuk mendapatkan pandangan dan tidak merujuk kepada sebarangan orang tetapi memilih orang yang telah dikenal pasti layak menjadi tempat rujuk dan boleh menyimpan rahsia. Orang itu adalah sepupunya sendiri, Waraqah bin Naufal, seorang alim yang masih berpegang pada ajaran tauhid. Rahsia ini disimpan kemas sehinggalah Rasulullah s.a.w. sendiri menerima perintah untuk pergi ke tengah masyarakat menyampaikan amanah wahyu yang diterimanya.

Kesimpulannya, biar apa pun masalah yang dihadapi termasuklah hal rumah tangga, selaku seorang Islam hendaklah kita sentiasa mengingati Allah dan memohon bantuan daripadanya. Kerjakanlah solat istikharah dan solat hajat sebelum membuat apa jua keputusan agar diberi hidayah dan kekuatan. Di samping itu ambillah iktibar daripada hitam putih kehidupan masyarakat sekeliling kita. Bak kata pepatah “Yang baik, jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.”

 Sumber rujukan: HALAQAH

Monday, July 23, 2012

Cerita setahun yang takkan habis...(episod 11)


Alhamdullillah...selamat untuk puasa hari ke 3 malam ke 4...beruntunglah kepada sesiapa yang menghadirkan diri untuk ke terawih malam ini..."Pada malam keempat, dia memperoleh pahala seperti pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Furqan (Al-Quran)."

Hari ni...kami semua akan melawat makam rasullullah...semua orang tak sabar....dalam diam...saya berdoa supaya Allah izinkan saya jumpa rasullullah...dah terbayang rasullullah tunggu.....Saya juga berdoa supaya saya suci dari haid....Boleh bersolat...dan melakukan amalan-amalan ibadat yang lain....

Sebelum yatie mendapat tahu dapat melakukan umrah...berkali bangun solat malam...bila amik wuduk mesti cakap dengan suami...by...sejuk...rasa macam rasullullah terima wahyu...cam biasa suami senyum dan iyer jer.....masa ni tercetus di minda akan satu peristiwa menarik yang sangat ringkas tercatat di dalam sejarah Ar-Rasul (s.a.w.), namun besar pengajaran yang boleh diambil. Cuba renungi dan hayati ungkapan Saidatina Khadijah, isteri Baginda (s.a.w.) dalam kisah di bawah.

Pulangnya Ar-Rasul (s.a.w.) dengan penuh ketakutan dan menggigil setelah menerima wahyu pertama Ilahi melalui Jibril (a.s.) di Gua Hira’. Baginda (s.a.w.) berkata kepada isteri kesayangannya Khadijah, “Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku! Sesungguhnya aku takut
(ke atas diriku).”
Lalu Khadijah berkata kepada suaminya, “Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau memikul bebanan, dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah), dan engkau menjamu tetamu, dan engkau menolong atas menolak bala.”

MasyaAllah....

So bila dapat melawat makam rasullullah nekad sangat nak pergi dapat sekali pun cukup....Alhamdullillah Allah bagi kelapangan...saya dapat menunaikan solat..saya juga mampu berdoa tanpa ada gangguan...Subhanallah..Nikmat mana mahu kudustakan......
Syukur sangat apa yang dicitakan dari Malaysia dapat dilaksanakan.....
Allah maha memberi!

Sunday, July 22, 2012

Resipi popia crispy nestum ala A.L.O.N.G

Selamat Menyambut Ramadan semua.... :), Alhamdullillah berjaya berpuasa 2 hari dah kan...ok nak share resipi popia nestum....mmm...jual pun laku ni...laku keras! eke2...

Ok...actually..nak buat lama dah popia ni...hahhh...jeles mak..along dah buat...so semalam lalu dekat frozen nampak la kulit popia...after deliver kek lapis...angkat terus...maklum teruja dengan wanna yang sekarang bergiat cergas dengan bella's cripy popia...kagum betul!

Oppppsss....Marina pun nak belajar gak cara nak buat ni...senang peh jer marina...ewah...yatie pun belajar gak...ngn along tu sambil tanya kat communicator....sempat lagi yer.....saya ingat ayat along dia cakap...".mak2 kena kreatif...dulu masa kecik ratah maggi sambil tgok tv..so skrg kita upgrade popia...nak cari rempah BBQ la....hihik...popia crispy nestum dah...nak try popia BBQ lak"

 1) Apabila kulit popia dah ready.... boleh dileraikan satu amik chopstik...along suggest...idea asal nak guna lidi sate...why guna chopstik...nak ruang gulungan tengah tu besar supaya bila goreng jadi lebih ranggup....
 2)Ini antara gulungan kulit popia yang dah siap...hujung tu nak letak gam tepung pun boleh...gam telur pun boleh...tak nak letak pun tak per kut...eke-eke...janji bergulung....air pun boleh...
 3)Then gunting.....Panaskan minyak goreng kekuningan sehingga rapuh....
 4)Tadaaaa...dah siap....gaul jer dengan nestum, susu (tak nak guna puna tak per) dan gula... SENTAP!!!! hihik...selepas goreng ....angkat dan tos dulu....yer...baru gaul...
ni ada lah hasil nestum, gula dan susu (boleh guna coffeemate jugak) yang diblender....Orang teranu kata senang peh... :P ohooo...coffeemate tidak digalakkan...sebab ada lemak/minyak berhidrogen



Friday, July 20, 2012

Kek Lapis Sarawak Sepanjang Zaman

Alhamdullilah...rezeki datang pelbagai cara....tak tunggu musim raya jer...musim tak raya pun ada...tak perlu pergi sarawak lagi...order jer sini > jamie_atie79@yahoo.com tak pun sms atau call 019-9506900... nak jadi partner pun boleh ...contact ajer kita... :P, saya ada lebih kurang 200 senarai nama kek lapis...PM jer jer nak perasa apa...layan jer la gambar yang ada...cuci mata :)...Terima kasih kepada pelangan setia especially sahabat bowling yang berada di Turkmenistan....selalu support ('',)

RM25 include postage!

 Mira Edora
 Awan Nano
 Blueberry Oreo
 Masam Manis
Choclate Chip Cheese

 Horlicks
 Sisik Ikan
 Oreo
 Evergreen
 Gula Apung
 Strawberry
 Borneo bakers
 Maher Zain
Pandan

Alhamdullillah...menerima tempahan goodies untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri kesyukuran dan sebagainya...semestinya raya juga...Hebatzzzzss!

Wednesday, July 18, 2012

Cerita setahun yang takkan habis...(episod 10)


Assalamualaikum wbt

Apa khabar semua? Semoga semuanya dibawah lindungan Allah….mmmm…suka tak bila tengok blog kita blog orang-orang biasa tapi ada jugak yang singgah eh….sekali tengok ada 4 org yang singgah baca I ler tu sekali…eke2


Alhamdullilah…hari ni Allah beri nikmat merasai kerinduan kepada rasullullullah SAW…cepat-cepat pagi tadi dalam lrt…Assalamuaika ya rasullullah… dulu masa yatie tak tahu…yatie pun pesan kat rakan sesiapa yang pergi umrah…sampaikan salam saya kepada rasullullah….semasa tak ada ilmu…so bila saya ada ilmu ni…yatie nak share dengan sahabat yang sudi singgah sini….ini pun mutawif Hajjah Hamidah bagitahu….sesiapa yang ingin memberi salam kepada rasullullah ucapkanlah Assalamuaika ya rasullullah, insyaAllah, malaikat yang menjaga kita akan menyampaikannya…tak kira dimana kita berada…dan Allah akan memberi nyawa untuk rasullullah menjawabnya, Subhanallah….Rindunya dengan rasullullah SAW…nak nangis pun ada ni…sebak….Allhamdullillah syukur dengan anugerah Allah ini

Hari ni hari last kat mekah…tak tahu nak cakap….rasa serba tak kena…nak shopping bukan matlamatnya…dan pagi tu saya sempat berjemaat subuh  lagi di masjidilharam…alhamdullillah…pagi ni siap buat tawaf selamat tinggal…dengan mimi…selesai tawaf ni bawak mimi sentuh kaabah….sibuk aku suh mimi nangis….hik2 kelakar…ialah kita bila doa mesti la merayu kan….mimi ni anak buah yatie baru umur 14 tahun….apa yang dia tahu …bila dapat sentuh kaabah dia melompat…MasyaAllah…teruja….

Boleh jadi yatie pun macam tu bila mak ajak datang mekah…baru nak meniti remaja…mak dan ayah yatie mengerjakan ibadat haji kali pertama pada tahun 1994 pada umur yatie 14 tahun juga….Alhamdullillah
Hari ni…rasa sedih sangat…tak nak diri yatie datang untuk kali ini kali terakhir…Allah jemput la saya lagi……perasaan tu rasa nak duk sana…dengan suami dan anak-anak….tak ada nak fikir perkara lain..buat amal ibadat jer…..tenang….ingat lagi hari jumpa rozie, rozie dah nak balik…dia menangis sungguh-sungguh…dia tak nak lagi balik Malaysia…lagi-lagi bila fikirkan kerja….sangat simpati dengannya…simpati gak dengan diri sendiri sebab selalu berkorban…dan insyaAllah…pasti ada didikan!

Hari ni hari kami akan berangkat ke Madinah….Sepanjang perjalanan tu…yatie berusaha nak tidur…mana taknya kiri kanan belakang dpn…semua kepenatan…sambil mulut berzikir….dengan tazkirah dari mutawif zubir….kisah-kisah rasullullah…

Perjalanan ke Madinah…ditemani tanah padang  pasir yang tandus…akhirnya kami singgah ke R&R…ada jugak eh…

Sememangnya satu-satu restoran di padang pasir sepanjang perjalanan kami….makan sedap lagi…licin dulang kami dulang sebelah dibedalnya…eke2…MasyaAllah


Alhamdullilah selesai juga jamak zohor dan asar…mmm…dekat area ni yatie baru nampak anjing berkeliaran…bukan tanah haram..

Kat sini juga ada penjual-penjual madu…yang menyapa…tak ubah R&R di Malaysia…

Alhamdullillah kami tiba di Madinah masuk waktu isyak…seronok sebab hotel sini lebih happening…gaya mewah…dan teratur ibarat putrajaya…lebih terancang…Subhanallah…

Mengikut pengalaman kakak yatie …dulu Bandar Madinah tak macam sekarang, semasa dia datang dalam pembinaan….yatie juga suka suasana dan suhunya sejuk…dan nyaman..Ya Allah..best!

Jemput semua rakan-rakan…ingat lagi…masa nak g umrah ni share dengan Nor..dia dok Qatar…dia la yang banyak syorkan nanti akak pergi bulan feb or march yer..musim sejuk…

Ya Allah…akhirnya saya sampai di Madinah juga dengan izinmu… 

Friday, July 13, 2012

Resipi Sup ikan merah Kemboja

Alhamdullillah...Nikmat mana mahu kudustakan...Makan sedap ajer...
Tak nak story panjang jugak...nak tengok mael lambong ni...best la guna Unifi...boleh tengok online youtube...kat tv besar lagi....

Ok stop...focus....

Bahan-bahan dan caranya


Bawang merah,Bawang putih.....Ditumis...letak air biarkan mendidih..masukkan nasi putih secubit....masukkan ikan...masukkan serai yang mayang...letak perasa garam dan gula....biarkan mendidih lagi..semasa mendidih tu letak kiub know skit.....bila dah siap.....tambah bawang merah dan putih goreng....letak sos ikan jugak....masukkan perahan lemon....bila nak hidang letak daun bawang....
it's So delicious...i guess...first time dengar suami saya puji pembantu rumah kemboja....


Actually tempatnya ada additional daun lagi...tapi dekat malaysia lain katanya....

My comment...sangat sedap...rasa macam tom yam putih tapi bukan tom yam...sup ikan merah kemboja...eke2

Resipi daging masak kicap ala princess

Mmmmm...rajin sungguh....terapi ni...bila dah semangat macam ni next week kerja mesti semangat.....

Tak perlu story banyak kali....mmmm...kita jenguk resipinya...

Bahan-bahannya


  • 1/2-1 kilo daging (dibersihkan dgn air asam jawa dan dipotong kiub)
  • 8 ulas bwg merah (dikisar)
  • 4 ulas bwg putih (dikisar)
  • 1 sudu bsr sos lada hitam
  • 1 sudu bsr sos cili kisar
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu besar kicap pekat manis cap kipas udang
  • rempah 4 sekawan (cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang) jika suka....
  • 3 sudu bsr minyak masak
  • 1/2 sudu bsr asam jawa (Adabi)
  • garam, gula dan air secukupnya.
  • Air
Cara-caranya

  1. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.
  3. Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka),  asam jawa dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
  4. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.
  5. Siap dihidangkan utk seisi keluarga.
  6. Saya letak daun ketumbar...best jugak....eke2

Kuih Bekang punya pasal...

MasyaAllah.....Alhamdulillah.....

Perempuan macam ni la peel nya......Plan nak beli acuan kuih cara nak buat kuih bekang terengganu tu...sekali shopping tak henggat dunia....actually memang memerlukannya pun..alang-alang pergi chow kit....

Dalam kepala otak memang nampak bekas kuih cara jer...sekali rasa murah barang kat sini..tu yang amik-amik jer...Alhamdullilah harga semua ni dalam +-RM250 hggt jer...kurang lagi........nanti you olls boleh buat rujukan...nama kedai menang sama trading @ Lorong Haji Hussein
 Yatie tak sure harganya mahal ke tak...saya dapat RM100 untuk electric double boiler aka chocolate melting....., Harga kat kotak RM169.90 ...abg danish berdoa agar malam ni nak dapat buat coklat...anak-anak suka...dah tak masak sama-sama dorang....
 Selalu tengok kat opis guna tahan lama air panas kat dalam tu, ni nak guna untuk kita hidangkan waktu minum pagi.....RM35, letak harga RM89.90..Yang set kaca tu ada la...dah 13 tahun kawin...duk guna hadiah masa kawin dulu jer ler....untung suami...tak habis duit..langsir kat rumah ni pun...13 tahun tak pernah tukar.....mesti korang tak percaya eh....iyer...betul...tanya encik suami....alhamdullilah tak la menyusahkan eh...bila isteri kerja....bila nak beli barang sendiri...aka barang dapur...ustaz azhar maroh ni...eke2....tolong sama tolong....
RM20 hengget jer
Senduk besar tu...nak buat cucur udang crispy RM8, senduk kecik buat ceduk kuah tu RM8 dapat la 2, Pengepit besi tu...leh wat ceduk mee....RM9...Tapis teh...RM5, rasa mahal lak yang ni...Suami hari tu cam teringin nak minum teh wangi....Dulang steel tu nak letak nasi arab....dan makan berjemaah...RM9.....ok la kan.....
 Panggang ikan ni untuk makcik kemboja.RM20..dia suka sangat makan ikan panggang....so boleh la dia panggang atas dapur setakat 2 ekor tu tak payah la guna oven bapak besar tu.....
 Finally saya dapat jugak bekas botol 3 lubang.nak buat roti jala color...silap pulak beli 2 jer....murah bangat....haish...boleh buat bizness ni.....corong Rm1,botol 3 jaring tu rm3...ada orang jual RM15 2 botol...sekali pos...kita berbaloi la.....yang botol kical berapa kali beli da....nak jugak beli lahi RM8...
MasyaAllah.....besen 15 1/2" pun ada.RM9..nok buat kacau aka arong nasi dagang or pulut kuning bila guna pengukus....

Resipi Bekang Resipi bonda

Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah....

Assalamualaikum wbt

Wanna......Kuih yang begitu bermakna untuk arwah emak.....Mak wanna cerita..kuih bekang mak awak sedap.....MasyaAllah...saya sendiri tak sedar...saya sendiri sombong dengan kuih-muih tradisi turun temurun emak....MasyaAllah.....

Yatie sendiri sangat tersentuh bila membaca buku kak roza....besok nak jugak pergi jumpa kak roza lagi...she really inspire me...rasa nak nangis pun ada....first buku yang yatie baca memang yatie menangis.cinta abadi..dok cerita ngn wanna..eke2....wanna jiwa dia sesuai dengan prof kamil....prof kamil pandai....wanna pun budak pandai..wanna siap menangis masa baca buku bersyukur apabila diuji.....yatie geng la ngan kak roza...eke2.....bila baca buku prof kamil...tak ada feeling...ada tapi dok rasa macam wanna rasa...eke2...ayu hanisa perlu baca...seps juga....bila berkesempatan....InsyaAllah

Alhamdullillah semua ni ilham dari Allah....kesihatan ini juga anugerah dari Allah sehingga terhasil kuih bekang terengganu ini......

Yatie fikir kakak-kakak yatie pasti tahu resipinya cuma anggaran sebenarnya tidak diketahui...semoga ianya dimanfaatkan.....

sebelum tu yatie juga google, so dapat la jumpa dua resipinya disini.....

Ini resipi dari mak wanna...resipi bonda...i am try and error.....MasyaAllah....jadi la......

 Sanggup pergi beli acuan...rumah orang muda..pagi kerja....malam baru balik mana ada....first time belajar bakar kuih dalam sarang bersama kawan adalah mastura....mak dia ajar buat kuih cara....siap bawak pergi picnic kat pantai Merang...ko ingat tak lagi????masa ni tidur rumah mastura dengan roslina..masa ni sekolah menengah dah....seronok sangat boleh jumpat mat salleh kat pantai merang...boleh speaking london..MasyaAllah
 mmmmm...kuah lemak manis....silap teknik...maklum ler baru try....rupanya tepung beras macam tepung ubi jugak...dulu first time ada pembantu rumah indonesia...bagus dia...sangat rajin...anak yatie membesar makan tepung beras masak sendiri...dia buat ala-ala nestum...bulat baby yatie masa tu.....
 Kuah lemak...dah pandai agak tepung beras...
Huhu....Bekangnya macam kuih cara tu....actually keras skit....kena air lebih lagi...saya pun agak-agak...orang baru nak belajar....tapi jika ada yang teringin nak makan tu boleh sangat la tolong buat...ewahhhh....

Ok ni resipi dari blog....rupanya ada 3 jenis bekang...kak zura cakap...arwah mak buat bekang telur dan bekang beras......

UNTUK MEMBUAT KUIH BEKANG 

1kg tepung beras 

air 1 ½ liter 

4 biji telur ayam 



UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN. 

1kg ikan kembung@selayang 

1 biji kelapa parut 

300g bawang merah 

2 inci halia 



UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG. 

1 biji kelapa (santan) 

1 cawan tepung beras 

10 ulas bawang merah (dimayang) 

1 sudu halba 
½ inci halia (dihiris halus) 
garam secukup rasa 



UNTUK KUAH MANIS. 

1 cawan tepung beras 

4 keping gula melaka(kecil) 

2 cawan air 



Cara: 

Cara - cara membuat kuih bekang. 

tepung beras dibancuh dgn air dan telur.bancuh hingga sebati.kemudian bakar didalam acuan kuih baulu. 



Cara memasak sambal ikan. 

ikan direbus dan ambil isi sahaja. 

Kemudian santan kelapa,bawang merah dan halia digoreng hingga kering seperti membuat serunding. 



Cara membuat kuah lemak. 
bawang merah,halba,tepung beras,halia dan santan dimasak hingga pekat. 

masukkan garam secukup rasa. 



Cara - cara membuat kuah manis. 

tepung beras,air dan gula melaka dimasak sehingga pekat. 


Bengkang Kelapa Muda
Bahan-Bahan:
4 biji kelapa muda
1 cawan tepong beras
2 biji telor
2 ¾ cawan air
secubit garam
1 cawan gula
Cara:
Tepong dicamporkan dengan air kelapa muda, kacau dan tapis. Pukul telor sehingga kembang, masukkan gula, garam dan isi kelapa muda ke dalam adunan tepong. Lenserkan acuan dan bakar di atas api yang perlahan sehingga bengkang menjadi warna kuning keemasan.
Cadangan Hidangan:
Elok dihidangkan diwaktu petang atau lebih menarik sewaktu berbuka puasa.

Resipi mak wanna

UNTUK MEMBUAT KUIH BEKANG 

Bahan-bahannya

Tepung beras 

air 



UNTUK MEMBUAT SAMBAL IKAN. 



ikan kembung@selayang 

biji kelapa parut 

bawang merah 

inci halia 

Halba
( boleh rujuk resipi sambal ikan disini)


UNTUK MEMBUAT KUAH LEMAK KUIH BEKANG. 



santan 

cawan tepung beras 

ulas bawang merah (dimayang) 

sudu halba 
halia (dihiris halus) 
garam secukup rasa 



UNTUK KUAH MANIS. 



tepung beras 

gula melaka 

air 


Mak wanna cakap saya tak pandai jugak buat kuih bekang ni...arwah mak awak buat sedap.....saya boleh bagi bahan-bahan la....masa dia jual dulu laku...beratur penuh orang...masyaAllah....betul...mak saya memulakan perniagaannya seawal subuh...lagi la dia juga membantu arwah makcik saya yang menyambung pelajarannya....

Bekang che nik...akan dikenangi apabila saudara mara jumpa saya dan tengok wajah saya.....

Wanna
Huh...ada jugak story dengan arwah mak....dulu kannn...malas tak tengok dapur...mesti arwah mak akan ulang...aku ni umur 12 tahun dah cari duit sendiri...cari kayu api...kesian mak...saya celik mata semua ada.....
Actually...semua mak didunia ni tak nak kita susah...kecuali dorang mempunyai masalah, ...alhamdullillah...yatie dan wanna...mempunyai seorang mak yang menatang anaknya bagaikan minyak yang penuh......

Oppss...nak belajar kuih akad la dengan nuur syaheeda...hik2...dulu arwah mak juga buat....Alhamdullillah syukur...rasa kuih bekang sangat sedap......wah...nampak sangat tekak i dah selera orang tua...kakaka

Lupa nak share..kuih  ni sesuai untuk breakfast....minum petang...dan majlis-majlis keraian...ianya juga boleh dimakan oleh orang yang sedang berpantang juga... ('',)

Resipi masak lemak cendawan dengan udang harimau

mmm.....yummy kan...puji diri sendiri...sendiri punya blog....gitu ler....actually, tujuan yatie update masakan kat blog ni...bukanlah tujuan nak tunjuk terror or lagi la nak masuk magazine masakan...semuanya tujuan untuk rujukan yatie....juga rujukan anak dara yatie the only one tu...of course suami juga suka masak....juga anakanda danish.....tak lupa juga...adam...dan adik2 adam...jugak kawan-kawan yang setia membaca blog kita ni....

Anak-anak yatie or suami...bila time yatie masak...dorang jarang nak tengok....dorang tahu serbu time kita hidang jer... bila suami yatie masak...yatie jenguk la jugak...tapi memang respect la...sedap bila dia masak.....sedap dari yatie masak lagi....

Lagi la anak-anak kita acuan kita...mmmmmm...bagi alasan...sibuk belajar.....eke2...

Idea nak memasak lemak ni datangnya bila visit blog ayu...ayu selalu jugak masak lemak...selalunya dia buat lemak putih...dan dia suka letak cendawan...dulu-dulu masa kecil yatie selalu makan nasi dengan kuah masak lemak putih gak.biasanya arwah mak buat masak lemak kobis + carrot...nak sedap bila makan nasi letak kicap lagi...bila besar makan dengan sambal belacan...tambah pulak ikan goreng garing.....alamakkkkkkk...subhanallah sedap bangat!

Panjang cerita....suka cakap gitu ler....

ok kita tengok resipinya...

From blog ayu

"We always enjoy our home made sayur masak lemak..mm combination of fish powder & salts + chopped garlic and onion + coconut milk  with numbers of veges....kubis panjang+cendawan+taugeh + cili..easy wissy..mouth watering..:P traditional recipe enough to make us speechless..:) "

Kan tak faham kan...eke2...ok edisi kita

Bahan-bahan

1) Udang
2) Cendawan
3) 1 inci kunyit hidup ditumbuk
4) 3 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih di tumbuk
5) Santan pekat 1 kotak (duk Kl kang...rajin masak lak tu...so simpan yang tahan lama skit...)
6) Garam secukup rasa....bila suka manis tu boleh letak gula
Optional...boleh letak cili besar potong jugak.....

Cara-caranya...senang....tiada alasan.... " Orang yang rajin berusaha, yang tidak ada pun boleh diadakan. Yang kecil boleh dibesarkan, yang sedikit boleh dibanyakkan, dan yang jauh boleh didekatkan." 

Sempat lagi....

Campur jer semua bahan tu...dan renehkan.tunggu la mendidih...kompen la masak tu......MasyaAllah...

Wanna kata senang pada orang rajin....along cakap...hairan aku orang sekarang...sekarang kat internet semua ada...kalu dang malas tu...eke2....

Along tu banyak ilmu masakan...dia darjah 4 tu terror masak dah.....subhanallah....nak tunggu dia update blog jer...dia kata tak ada kelapangan lagi...eke2 ye ke dok dok tahu...nok tidur la tu...teruk dok ngumpat ke along...ampun longgggggg.....hik2....

Resipi begedil ikan ala kak zura

Alhamdullillah...Syukur kehadrat ilahi...mood memasak saya dah kembali....berkat jumpa mak wanna la ni....Syukur juga dapat kawan macam wanna selalu ingatkan...
Seyes...yatie tak pandai masak...tanya la kakak-kakak yatie tu...pandai makan jer...dari kecik-kecik mak masak, tak tengok pun mak...kakak...mana nak tengok ke dapur apa tah lagi...Alhamdullillah berkat kahwin dengan En Jamisal yang banyak menjadi sumber inspirasi...membuatkan saya rasa bersemangat nak dok rumah jer...eke2...jadi surirumah sepenuh masa., alhamdullillah dapat anak macam abang danish...kakak dan adam...lagi semangat nak jadi tukang hantar dorang g sekolah.....Hakikatnya tak payah nak berangan si yatie ooooiii...Allah masih inginkan yatie menuruskan kerjaya.....Alhamdullillah..semangat memasak kembali lagi...lagi-lagi nak update blog...nak story ngan u olls...lagi-lagi la ngan wanna...tak berhenti cakap mak wanna kata...eke2


Firs time buat begedil ni  banyak la tanya kak zura...so saya letak nama kak zura la utk resipi begedil ni....hik2


Bahan-bahan (7 biji saiz comel  as per dalam gambar...haha...maaf akaks lupa la...nak snap..) bahan-bahan kak zura lain...saya adjust skit....
7 ekor ikan selayang
2 ulas bawang merah – ditumbuk

1 ulas bawang putih – ditumbuk 
1 biji cili padi 
– ditumbuk 
1 sudu kecil cili boh kisar
1/2 sudu kecil lada hitam
Garam secukup rasa
Cara-cara


Bersihkan ikan dan ambil isinya sahaja. Tumbuk isi ikan sehingga hancur.Gaul isi ikan dengan semua bahan lain hingga sekata.Ambil sedikit adunan, bulatkan sebelum dileperkan. Buat sehingga habis adunan.
Panaskan minyak dan goreng begedil sehingga masak.   
Semasa membuat acuan...gunakan plastik dan minyak untuk jadikan begedil supaya tak melekat....ni tips dari makcik kemboja saya....eke2....dia story..kat kampung saya jual ni...tapi letak tepung sikit....Riba, Riba,Riba....katanya...pandai...dang-dang yatie cakap..saya nak makan sendiri.....
Hari ni makan berjemaah dengan kakak...bila nak habis baru ingat nak snap...ini hasilnya...

An Evening at Strawberry Park Genting Highland

Actually...ni Alkisah lama...may be you olls boleh buat rujukan...for those yang nak g strawberry park kat genting...cantik and ok la...besar pun yer....tak naik atas pun..setakat dekat dengan area nak naik kereta kabel.....nak beli sayur boleh ada la jugak gerainya....tempat jual-jual pun ada...macam ala-ala cameron gitu...























Last but not least...we olls try pekena aiskrim burung layang-layang...Not Bad!

 huhu....cuba teka.... picture dah edit...bila dowload terbalik jugak....saya juga teruja tengok dulu tengok kat gambar diiternet...datang sini boleh tengok real....buah labu gergasi pun ada...masyaAllah
 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>