"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Wednesday, June 27, 2012

Allah menyayangi kita tanpa batas…


mmm…haip rajin pulok update…..

Assalamualaikum wbt wanna dan everybody tetiba jumpa dan baca entry ni…..

MasyaAllah…Allah maha besar wanna…

Actually, entry ni yatie terpanggil bila yatie pergi visit sahabat lama kita…bersama-sama dengan suami dan anak-anak yatie….kagum dengan sahabat kita….Allah kurniakan dia seorang isteri yang baik…subhanallah…dah la pandai masak…sedap wanna…rugi ko tak ada..eke2….

Yatie rasa yatie menikmati masakan laksa penang yang paling sedap yatie pernah makan….suami cakap…suka betul awak puji orang melambung….no! I didn’t mean it..actually I really appreciated!

Dah la perut masih kosong…siap tambah…dah la lama tak makan yang kita buat sendiri….dan ianya masakan yang ikhlas seorang isteri dan ibu 2 orang anak….dah dejavuuuu….eke2

Wanna,
Yatie tak pernah terfikir masih ada lagi orang yang masih mengingati kita sewaktu kita darjah 6….i notice…I ler satu-satunya student yang masih pakai uniform skirt kat sekolah, itu le message betul ke eja  pinafore...korang ingat tak? sekarang susah dah kan nak cari semua berbaju kurung...
Gambar ihsan from google image

…tapi start bertukar bila saya dilantik menjadi pengawas…saya kena pakai tudung….semasa chit chat ngan ayu hanisa, saya macam terasa pulak dengan kata-kata cikgu Mat Alwi…mmm…dulu saya tak dengar so tak la terasa kan…sekarang bolehlah buat-buat terasa dengan ustaz azhar pulok…kakaka…katanya budak-budak sekolah ni pagi pakai tudung…petang tak pakai tudung..agak-agak Allah ada pagi jer yer….sama juga…perbualan sahabat-sahabat…bila kat mekah semua orang tutup aurat…bila balik Malaysia tak ada dah…..agak-agak Allah tu ada kat mekah jer yer…. :P

Berbalik kisah sahabat yang saya melawat tu…suami saya cakap…kagum betul la sahabat saya dengan saya ni….dia dok pandang jer awak….dengan sesungguhnya dengar kisah awak…MasyaAllah…
Dalam masa yang sama…sahabat saya ni kutuk saya…manakan tidak…dalam bercakap…saya suapkan anak saya….dalam anak-anak buat hal….dia kutuk haih boleh sambung pulak kisah tadi tu….ia saya akui tu la saya suka sangat cakap…kakaka…..Alhamdullillah itu la kebahagiaan hidup yatie...

Wanna,
Sahabat kita ni dia betul minat muzik-muzik…sekarang dia buat part time in music entertainment dah sampai kemana-mana….MasyaAllah hebat anugerah Allah..rezeki ada dimana

Yatie cakap dulu kan yatie ahli pancaragam…yatie pun minat muzik…that’s y bila anak yatie cakap nak cuba kelas piano…yatie hantar…nak kelas ballet yatie hantar….yatie bagi peluang…tapi nak hantar pun mesti la nak ada duit kan….of course la suami yatie la banyak membantu…Its no objection!

Dulu dari kecik lagi masa yatie berkawan dengan nanie and jenny…fuhhh…nyaris-nyaris nak jadi celebrity..ada hati nak jadi penyanyi, no wonder ayah nanie adalah seorang pelakon….lawak sungguh…I am lucky sebab mak yatie tak bagi…apa akan jadi dengan yatie agaknya….kakaka….

Now, yatie kena facing karenah anak-anak…..especially anak dara yatie….dia bercita-cita nak jadi pelakon…walaaaa…memang tak dapat dinafikan dia memang ada muka commercial….dia pulak minat dengan lisa suriyani….yatie cakap cukup jadi lisa suriyanie muslimah…dia punya self eistemmm…memang walaaaa….Alhamdullilah dia juga anak yang pandai….yatie sangat kagum dengan anak dara yatie ni….dia memang berani….

Dari dia kecik lagi….dah dikomersilkan…bila ada event kat company yatie ada sekali tu nak buat video family bahagia ler gitu-gitu…anak-anak dipinjamnya, mak dia tumpang sekaki….sampai ler mak pun dah nak jadi celebrity…pinjam ayat seps…alamak nanti kita kawan dengan celebrity la…kelakar-kelakar…itu semua dengan izin Allah…..cakap-cakap kosong dengan wanna…kita jadi celebrity blogger sudah la….kakaka

Sampai ler baru-baru ni dorang kuar TV…baru sikit..mak pun kecoh…kakaka..mak bahagia tengok anak bahagia…..tanya ler mak sesiapa saja…pelbagai cara nak bahagia dengan izin Allah…kita masak sesuatu yang anak suka dan suami suka pun bahagia…ialah orang-orang tersayang suka…layan jer la...

Klik sini..wanna dah tgok kan adam masuk TV sipi-sipi...eke2

Mak mesti la nak tengok anak bahagia….abang Danish punya cerita..abang tak sangka boleh masuk TV…eke-eke..mommy proud dgn result abang danish lagi ok….

Wanna,
Mak-mak ni cukup ler belakang tabir….baru ni yatie dipanggil lagi untuk sharing experience during preggy….utk majalah mummy publishing…malas sungguh nak reply…hati ini digerakkan oleh Allah.

Tak per nanti sharing terbuka dan semoga ianya menjadi manfaat…

MasyaAllah wanna…sedang saya bercerita kisah I luv muzik ni…saya jumpa junior saya masa di SKMT waktu lunch tadi dalam lift kompleks city point nu…ishhhh…malunya wanna..saya tak ingat dia…(share pic), I guess wanna pun tak ingat dia…

Alamak picture tak clear...seyes yatie pun lupa ni junior 2 thn sekolah...dia lagi kita.....bila bagitahu namanya zatul aini khairina...confirm wanna pun tak tau....
Yatie tanya awak join pancaragam…oho…she is my team…dah jadi celebrity rupanya…kakaka…
Ya Allah…hanya engkau saja yang maha mengetahui apa yang aku tidak ketahui…

Apabila Allah cepat memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu
Firman Allah maksudnya: " Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."(al-Baqarah:186)

Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, Dia ingin mengujimu

Menurut al-Khatabi: "Jika Allah tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya daripada kecelakaan atau menggantikannya dengan pahala."
Menurut hukama: "Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi daripada apa yang dipohon, atau ia menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak daripada apa yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari Kiamat."
Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu
Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)
Pinjam ayat Dr cinta punya blog

Kita harus benar-benar memahami tentang perancangan Allah.....

GM aka CEO Entry

Alhamdullillah, Alhamdullillah, Alhamdullillah….


Who said it could not be done?And what great victories has he to his credit which

qualify him to judge others accurately?

Assalamualaikum wbt wanna dan sahabat sekalian

May I share my happiness here….MasyaAllah…I really excited!

It’s ok…selama ni suka berangan kan…..napolean hill cakap one of law of success is Imagination is a faculty of the mind which can be cultivated, developed, extended and broadened by use.Depan kaabah pun berangan kan…eke2….kata kawan i…eiiii…geli la…konon nak jadi GM…eh2 silap I nak jadi CEO….cita-cita mesti la besar….mesti…Allah pun suka…jika disertakan usaha…bukan kata kat orang…..you never know me better…please don’t talk so much! Ya Allah ampuni dosaku jika aku seorang yang takbur dan riak……Ya Allah,Ya Allah ampunilah dosaku….

Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui…..

Wanna,

Bila I story…bukannya kita nak bagitahu kita berangan..kita nak bagitahu kita berdoa..apa saja yang keluar dari mulut kita…doa…doa kena berterusan…tengok mak ayah kita…nak tengok kita jadi bagus dan solehah bertahun-tahun dia doa…boleh jadi mak ayah you olls dah meninggal baru la makbul….so wanna yang masih ada mak ayah and mil or fil…selalu ingatkan dorang doa k…wanna pun selalu doa kat I tanpa pengetahuan i…dan i juga begitu..thats y I suka tulis…tak kira kat facebook…ianya akan ingatkan i….bila I free…I baca balik….tak kira la apa…kan kena selalu baca….doa kan…Allah pun suka….usaha juga perlu berterusan….gaya gediks…sila baca ala-ala orang yang berjaya…eke2…MasyaAllah

Alhamdullilah,Alhamdullillah, alhamdullilah

Allah memberi seorang suami yang selalu ingatkan saya…my, focus satu,satu…perempuan dia tamak…semua nak kan…mmmmm…bak kata orang ramai…perempuan nafsu dia 9…dan diorang ni tak boleh jadi iman….apa-apahal mesti lelaki juga ketua….dan suami saya pesan…my…kena cakap dekat boss…if nak cuti or apa-apa nak buat dalam kerja especially…sebab seorang boss dia bertanggungjawab dengan anak buahnya…itu la suami…best-best!

Dan suami wanna pula, Alhamdulillah, Allah kurniakan suami Wanna tu seorang pendengar yg baik. Macam-macam la kita mengadu kat dia - itu la ini la... Then, dia akan tanya kita; " Apa yg U nak sebenarnya?" Dia cakap, masalah typical orang perempuan ialah dorang tak tahu dorang nak apa sebenarnya. Semua nak, itu nak, ini nak. Kita perlu ingat, yang semua benda yang kita nak, belum tentu kita boleh dapat and at the same time, kita kena bersyukur dengan apa yg kita ada tu... Itulah antara nasihat yang biasa hubby Wanna bagi...

Dalam hidup yatie nak duit banyak dan jadi orang kaya…ni suami tegur gak ni….tapi yatie cakap baik-baik…semua ni bukan untuk yatie….selama ni bila yatie hidup…Allah memang sayang yatie dari kecik…tak pernah hidup susah…tak pernah lapar…tak pernah allah tak bagi apa yatie mintak…tak pernah Allah tak sembuhkan bila yatie sakit…memang Allah sayang dengan yatie…dengan izinnya dia kurniakan keluarga yang baik juga suami yang baik…Subhanallah!

Wanna,

Dulu mak yatie berhempas pulas cari duit untuk anak-anak…memang yatie mewah…nak apa semua dapat tanya la jiran yatie…eke2…tak perlu jiran la tanya kak zura….Kak zura cakap zaman dia bila dia tak tolong mak kat dapur buat kuih boom sambal kisar beras…besok mak mesti tak bagi duit…kesian kak zura…yatie mak tak bagi tapi mak suruh amik dekat kole…eke2…suh amik 50 sen rm1 yang dibelasahnya…eke2….

Mak marah la sekejap kan…tapi tanya balik…hari ni nak makan apa???dan semestinya…yatie memang anak pandai politik…balik jer sekolah peluk terus emak…mana mak tak sejuk hati…eke2…yatie antara anak nak pergi sekolah cium tangan emak…ni pun start masa tingkatan 2…kata mak masa yatie start salam dengan mak dan ayah sebelum pergi dan balik…”mu ni buat tabiat ke apa?” yatie senyap jer…dan amalkan sehingga la akhir hayat mak….Alhamdullillah wanna, yatie keep practice dengan anak-anak dan suami juga….

Dan kata-kata mak yang masih tergiang ditelinga yatie….dalam anak-anak mak…”mu je la pagi-pagi nak duit…tak nak bawak bekal” mak kata dia suka sebab pagi tak perlu ke dapur awal nak sedia makan sebab dia boleh solat subuh dengan tenang…dan saya nampak juga mak mengaji selepas solat…MasyaAllah

Mak saya seorang yang hebat…dia tak belajar pandai…dia ada duit yang boleh menghantar anak dia ke University pada tahun 80an dulu…of course la ada bantuan kerajaan juga…dan abang saya scholar PETRONAS juga…you olls notice kan nak jadi scholar PETRONAS mesti kena pandai…kena belajar dan buktikan dulu….

Alhamdullillah nikmat mana mahu kudustakan…saya juga scholar PETRONAS, tak belajar pandai…tapi terpilih….yatie ingat masa jumpa kekawan yang sama-sama interview…saya pun dah lupa…mieja la ni story..dulu aku g gak interview…saya pergi dan saya dapat…mmm…13 tahun terima bonus….tahniah juga pada 20 orang sahabat saya yang terpilih 13 tahun dulu….Alhamdullilah.

Kini, saya menghampiri cahaya Allah, Allah membuka peluang saya untuk menjadi CEO, Allah ciptakan kita sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW kekasih Allah….

Dan Terima kasih penulis buku “Dimana dia dihatiku” yang mengingatkan saya…dalam berjuta-juta sperma, kita dipilih menjadi Khalifah, berjuta-juta…kita dah jadi JUARA!

Subhanallah…dan alhamdullilah saya sudah mencapai 50 peratus kejayaan ini….

Saturday, June 23, 2012

Uniknya terjadi persahabatan….


Assalamualaikum wbt

Apa khabar wanna dan sahabat sekalian?semoga hidup kita diberkati semua…InsyaAllah
mmm..kan dah kata…mesti busy tak sempat update blog bila jejaka yang disayangi berada disisi….bukan ada kerja pun…tapi ianya lebih menghormati…bukan selalu boleh bermanja-manja…

Hah…mommy tu gedikss la tu…usik anak dara kita…kan kakak :P

Wanna,
Alhamdullilah…kesibukan wanna..masih lagi wanna berpeluang mengupdate blog..lagi-lagi entry yang dedicated untuk yatie…Alhamdullilah…now yatie nak jugak dedicate entry ni untuk Wanna juga Along…

First yatie nak story macamana yatie boleh kenal rapat dengan Along…

Along yang yatie kenali semasa yatie belajar di Instep…yatie macam juga wanna..susah nak percayakan orang tapi yatie sememang orang yang easy going semesti peramah..eke2…

Bila yatie realize…along ni jodoh dia selalu jer dengan yatie… semester 1..dulu masa bila dok kat asrama banglo…sebilik dengan Along…actually tak rapat pun tapi selalu berangan sama-sama…nak-nak masa nak tidur..yatie duk katil atas…masa tu sebilik dengan amy..and CK…dan yatie masa tu rapat dengan kak Bid…panjang la cerita kalau cerita ni…182 hari punya cerita…eke2

Kita pendekkan…bila semester 2, eh…serumah dengan along lagi…masa along sebilik dengan junior..dia nak duk sebilik dengan de…masa tu dia kamceng dengan de…dah I kan easy going…I malas nak tukar-tukar…so I teruskan jer sebilik dengan de….ini pun 182 hari punya cerita jugak….eke2

Kita pendekkan lagi…bila semester 3…hah…boleh pilih partner…yatie bukan la jenis pilih, tapi bila yatie nak…memang nekad….kebetulan yatie sekelas dengan along…along kata kita tinggal sekali lah…boleh…jom…so sama-sama la yatie dok sebilik…sampai terbabas….maklum ler masa study..schedule kelas ada floating so..bila masa rest kita orang balik tidur..dang-dang terlajak…sampai classmate kita datang kejut…sedap sangat boleh tidur dalam aircond….nikmat mana mahuku dustakan…you olls pernah dapat asrama tilam seempuk Dunlop dan dan biliknya aircond…so lavish!

Bila masuk alam practical…yatie practical di Petronas Penapisan Terengganu…eh-eh…sebilik lagi dengan along….sepanjang study sini di Instep …tiap-tiap tahun celebrate birthday sampai ke kerteh..Ya Allah…dorang selalu ingat….even kek pasar malam…itu le sahabat…Along juga tidak pernah menghampakan saya…saya tahu dia mesti bagitahu kawan bila dia tanya..hadiah tahun ni nak apa…saya nak hadiah teddy paling besar….gedikss kan…dia bagi pussy cat yang sangat besar !...meow-meow…saya ingat ok…Tut-tut…bila bila masuk fasa kerja dapat Melaka kan…huh..serumah lagi… pernah la buat open house…along kata itu kenangan terindah…ramai tetamu datang….masa terus berlalu…sampai la we oll dah berumahtangga dan beranak pinak…we olls still keep in touch!

Itu kisah dengan Along J

Ini kisah dengan wanna pula…dulu masa kecik-kecik selalu sama dengan dia…walaupun tak la sepandai dia…eke2…memang easy going juga orangnya…tanpa disangka..dari darjah satu sehinggalah darjah empat…bak kata wanna…masa kecik mana tahu erti persahabatan..tahu nak berkawan…nak bermain…
Ianya berlalu pergi…sehinggalah Allah jodohkan kembali semasa saya juga anak 3…dia juga anak 3..eh,eh sama pulok dengan along….MasyaAllah..uniknya terjadi persahabatan…

Actually,yatie serik untuk mengaku dia la kawan baik saya…sehingga mereka berdua…menyatakan…dia sahabat baik saya…dan sememangnya setiap kali jumpa diorang sangat ikhlas dengan persahabatan ini….diorang tak pernah bergaduh dengan saya…diorang tak pernah menyakiti hati saya.. …diaorang tak pernah menyusahkan saya ….huhu touching… mmm…tetiba….ada iklan! Terharu sungguh dengan diaorang ni….

Dulu masa kecik gossip ajer dengan wanna…bawah pokok zaitun..marina pun ada…sekali amik ko…tergolek jatuh..sampai koyak kain…wanna masih tak ingat ni…cuba tanya ngn mak ko mesti dia ingat…kakaka

Bila besar remaja…bersama-sama along la saya gossip…sampai kunci pintu gate! Rahsia :P
Along dengan wanna banyak persamaan..yang kelakar…suaminya jawa buuuuu…eke2
Dan bila duduk dengan dorang…apabila ada cerita yang sedih dan berdosa pun tak sedar…sebab ketawa tak sedarkan diri…sampaikan orang tanya…awak berdua sangat bahagia!

Wanna dan along sanggup berkorban untuk jiwa seorang rakan…sama tapi cara berlainan…boleh pulak diorang ni kalau dia cakap pasal kita…dia boleh story dengan kita balik…Subhanallah..dorang sangat jujur…

Along dan wanna lahir pada bulan yang sama, Along lahir pada 2 jun 1977 dan wanna 24 jun 1979…along dilahirkan sebagai anak sulung…wanna dilahirkan sebagai anak bongsu perempuan…Alhamdullilah berkat didikan ibubapa diorang…diaorang juga isteri yang baik dan solehah…MasyaAllah

Nikmat mana mahu kudustakan..saya ada 2 sahabat baik….along pendengar setia…wanna pendengar yang setia …now dah jadi apprentice Prof Muhaya.InsyaAllah!
Untuk di kongsikan kepada sahabatku Along dan wanna

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :
    • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.  
    • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.  
    • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.  
    • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.  
    • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.  
    • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;        
    • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.  
    • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.  
    • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.  
    • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu. 
    • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
    • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberikan 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MENGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.

P/S PDH : Jika sahabatmu melukakan hati, lukislah di awan agar ia cepat berlalu pergi…Jika dia membuat kebaikan, pahatlah di atas batu agar ia kekal sepanjang kehidupan.

Yatie tak pandai mengarang jiwang…itu lah hati yatie tanda persahabatan dengan Along dan wanna.
Semoga kita menjadi sahabat syurga…InsyaAllah..semoga hajat dan doamu tercapai sahabatku dunia dan dan akhirat….

Saya juga sayang semua rakan saya….sama-sama kita berpesan kebaikan yer J
Alhamdullilah..Allah juga kurniakan hadiah tanpa disangka…suamiku sebagai  Sahabat sejati saya… 
Abe Meme Best! Subhanallah

Friday, June 22, 2012

Dejavu Di Kinabalu

Allahuakbar....Ya Allah Ampunilah dosaku....sesekali keterlaraan....

Bisa ku rasa getar jantungmu,
Mencintaiku apa lagi aku,
Jadikanlah diriku,
Pilihan terakhir hatimu....
(OST  lagu Butterfly lagu background Dejavu Di Kinabalu)

Allahuakbar...ini la iman...ada naik dan turun...

Ini kes suamiku yang terlayan slot akasia eh rasanya ...yatie pun terbabas...

Mula la berperasaan...si jejaka dirumah ini mula menghalusi perasaan sebagai ammar..huhu...i mesti la nak jadi Nadira....blushing kejap....malu ngan u olls...

Story dengan hubby, bila relate kisah ammar tengok nadira terpeliuk kat airport...ammar yang gentleman tolongkan...suami siap sign up www.tonton.com.my/ lara sungguh ...release stress kejap....

Wanna, dulu masa kecik-kecik pernah la main bola katak...kat rumah ando..sekali kaki berdarah...terkena kaca...mommy ando kata tolong ambik ubat.ando la tolong sapu ubat semua..huhuhu...dalam hati kata baiknya ando...mujur ando ni kecik...bukan sesaiz...kalau dok jatuh cinta doh...eke2....cerita dengan hubby...tengok yanie dah la...comel jer....(yanie ni kakak ando)...kata suami lagi...dulu yanie tu memang terkiut jugak la kat instep...sekali jumpa sekarang tak kenal....hik,hik....


Kata sahabat..yang stress sebab berkawan dengan sahabat stress....awak dah pergi mekah masih lagi nak lara macam ni....mmmmm....macam-macam dunia....


"Ya Allah permudahkanlah kehidupan sahabat saya berdua ini....Kasihanilah beliau dan berkatilah hidupnya...jadikanlah cintanya cinta keranamu Ya Allah"


Orang yang hebat tidak akan melenting apabila dicaci...Ia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik..Subhanallah...

Thursday, June 21, 2012

Cerita Setahun Yang Takkan Habis (Episod 9)

Semangat sekejap nak update blog...kisah umrahku...manakan tidak...cantiknya la gambar-gambar kak ita ambil...dia story dia baru ke kembali dari rumah Allah...Subhanallah....

kak ita tu yang blogger masakan tu...MasyaAllah...fuhhh...tengok gambar rasa gemok dah...eke2...kalau kita masak amik gambar...korang tak la gemok...deng la gumukkk...asyik deng jer kerja makan...tak pun suami deng...tak pun...anak-anak deng...makcik kemboja jer tak gumuk-gumuk....eke

Alhamdullilah...episod kali ni nak cerita pengalaman pergi ladang unta...memang hari ni pun aktivitinya pergi ladang unta...semalam punya aktiviti pergi bukit Uhud...

Menunggu picture dari photografer profesional tak dapat lagi...eke2..jadi layan jer la yang dari handphone akaksss jer....

 Ni la ladang unta...alamak camner ada bath tab kat padang pasir ni...nampak tak abang arab kita sedang perah susu...manual...eke2
 hah...semua manual la....
 Bila balik ladang unta ni...sempat hantar sms kat anak-anak...cepat teka binatang apa yang pakai bra?korang mesti la dah tahu...eke2..dah ada jawapan kan... katanya penternak, unta yang baru melahirkan anak...pantang bra dibuka..anak unta pasti melekat dekat mak...bukan sampai kenyang sampai habis kering la susu ibu unta tu..MasyaAllah...kesian anak unta tu kan...eke
                                     
 Unta bukan sebarang unta...hanya orang arab kaya yang bela unta ni bayangkan 30k seekor rege BMW yang berapa hand tak sure...akak nak beli unta tak mampu...nak beli susu unta pun fikir banyak kali gak...sekali sahabat-sahabat beli ...abang ipar pun beli....eh-eh sedap rupanya...mula nyesal tak sudah...haha...lagi la dengar siapa minum susu unta jadi pandai....kat sini bukan jer susu unta dijual...air kencing unta pun ada....1001 jenis ubat jugak sebenarnya haiwan unta ni...mutawif saya bercerita...air kencing tu...untuk orang sakit perut...akak tengok muka mutawif pun tak tergamak nak telan..eke2...
 Lupa nak bawak purdah rozi bagi....akak tak dapat buka mata kat sini...padang pasir daa
 kan...dah cakap....lagikan gersang juga tandus...
Last but not least...Ni ler gambar mutawif saya Ustaz Zubir sebelah kiri tu yer...sebelah kanan ni tak ingat la pulak nama apa erk?....disebalik rupa Ustaz Zubir adalah rupa arwah abang ipar saya...MasyaAllah
Nanti kita masuk episod lain yerk :)

Seronok tengok dan dengar....ramai kawan-kawan saya tahun ni dijemput ke rumah Allah...Alhamdullilah...semoga mendapat umrah yang makbul!

Hidup ini pengurusnya Allah

Alhamdullillah...Alhamdullilah...Alhamdullilah....

Assalamualaikum wbt wanna dan sahabat sekalian....

Terima kasih rakan-rakan blogger Mak wardah...sudi datang sini...of course kak nani yang lariskan blog yatie dengan letak link kat blog model 80an...eke2..Terima kasih kak nani..pavlova jangan lupa 24 ni...bukan rahsia lagi :P...opsss..ana d super mommy blogger juga!

Wanna
Sempat juga layan blog mak wardah...mmm peminat kak nani rupanya...banyak entrynya tulisannya pasti sebut kak nani...siapa sangka aura seorang ibu...MasyaAllah

Terima kasih sekali lagi...saya suka...nanti kita tukar link juga yer mak wardah...yatie memang suka kawan dengan mak-mak orang ni...eke2...yatie juga doakan semoga mak wardah diberi rahmat keberkatan hidup...InsyaAllah

Wanna...
Hari ni yatie MC pulok....start dari semalam...perut yatie sakit jer...dah jangka...kan emosi jer...mesti nak period...memang tepat...lagi la...boleh dikenal pasti...bab solat...macam dilengah-lengah jer....tapi kali ni lain macam sikit...rasa nak muntah la...tapi tak muntah....sampai si suami cakap..adam nak dapat adik pulak ke....huhuhu....yang pasti tak selesa sangat....so hari ni memang rest....pagi tidur petang tidur...

Tepat pukul 10 tadi pergi klinik...dr suspect cyst yatie membesar balik....3 tahun lepas...dah mengecil...until ler dapat adam...that is why...symtom muntah menjadi...dapat reference letter...dah tak nak g hospital pusrawi...banyak sakit pergi sana...nak pergi ke hospital tawakkal..sebab masa yatie bersalin hari tu dr cakap tak ada cyst...mesti la nak pergi yang tak ada sakit kan...huhu...apapun yatie redha...ini semua ujian....

Alhamdullilah...ketika menunggu Q doktor di klinik...dapat panggilan tentang my project tu...Alhamdullillah..2nd meeting arrange...Alhamdullillah process fee dapat discount jugak....50%...

Balik tu check email...ingat nak update kisah uniknya persahabatan...rupanya tak ada....save kat pc office...tengok-tengok dapat email from angelinvestors.my@being-me.org


mmmmmm...nak nangis pun ada...hari tu ada suka-suka masuk competition HRM...dalam cerita tu yatie tak la bodek bahawa setiapkali bila yatie dapat transfer kan HRM la yang urus....huhuhu....tak la menang baucer RM50 kinokuniya...eke2...bukan rezeki yatie....

Subhanallah...Ada nikmat yang tersembunyi...Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tidak yatie ketahui...

Wanna...suka status wanna Sabda Rasulullah; "Jika engkau hendak meminta, memintalah kepada Allah. Jika engkau hendak meminta bantuan, mintalah kepada Allah."


Alhamdullillah, Alhamdullillah...Alhamdullilah...


Bak kata muda mudi hari ni, Allah hilangkan matahari sebab Allah nak bagi pelangi.


Sahabat-sahabat yang disayangi...andai saudara semua menghadapi stress...cepat-cepat baca doa ini...baca secara berulang......



Tuesday, June 12, 2012

Lelaki terhebat dalam diri ini....


Assalamualaikum wbt wanna..Dan sahabat semua…

MasyaAllah…mesti wanna dan sahabat semua busy dengan life kan….itulah aturan kehidupan yang kita perlu teruskan…Alhamdullillah..Adam dah mula kembali sihat..daddy dia dah ada kat rumah.. mak dia cergas balik…datang kerja pun mesti awal dan semangat….pentingnya lelaki itu dalam hidup saya!

Wanna…
Saya sangat bersyukur dikurniakan seorang ayah baik dan mempunyai ciri-ciri soleh…semestinya menjadi impian seorang anak dan perempuan….InsyaAllah… Bila seorang anak perempuan ingin mencari calon suami…pasti ayahnya menjadi rujukan…dalam diam-diam…saya juga impikan suami berpewatakan seorang ayah!

Wanna…
Seperti tulisan wanna yang bertajuk kisah 2 orang sahabat…ayah yatie tidaklah mempunyai ilmu yang tinggi…sekadar pendidikan di sekolah rendah…boleh membaca boleh la mengira…pernah mendapat tawaran bekerja sebagai polis tetapi memilih bekerja sebagai nelayan dan mengambil sijil kursus maritime engineering….dan semestinya memilih untuk bekerja sebagai nelayan…dan pernah ayah yatie berkata..dia memilih untuk bekerja sendiri kerana ingin memberi kemewahan dibandingkan dengan kerjaya sebagai polis…pernah ayah bercerita juga..besannya seorang polis terpaksa mencatu makan untuk memberi makan untuk anak yang ramai kerana…orang yang makan gaji…sekadar gaji sekali setiap bulan…apabila bekerja sendiri..walaupun kais pagi makan pagi..kais petang makan petang…ianya akan bermewahan jika kita berusaha dengan gigihnya! MasyaAllah

mmm…that’s y yatie geram nak run business tu..macam-macam boleh buat..walaupun tak dapat update blog kat office..yatie masih lagi menyimpan idea secara bertulisan untuk ingatan yatie..Alhamdullilah…sekurang-kurangnya yatie akan taip apa yang yatie terlintas….Alasan akibatnya kemalasan ..tetiba kan…eke2

Wanna…
Yatie masih ingat chit chat kita..dulu masa kecik..kita tak  pandai mengerjakan solat secara tertib..Alhamdullillah..hari yang lalu..wanna dapat mengimankan yatie…dan yatie dapat mengimankan wanna…yatie story tau dengan suami yatie…he really support! Subhanallah…
Abang danish jadi model sambilan....
Ingat lagi masa kita kecik-kecik dulu…dulu tak ada proper telekung untuk kanak-kanak…tetapi ayah yatie mengajar membuat baju sembahyang menggunakan kain batik…layan picture dulu…pasti kenangan wanna dengan ayah wanna hadir…eke2 

Dan ilmu itu sangat berkesan…yatie banyak menghafal surah-surah muqadam dengan ayah…Allahuakbar…bukan hanya ilmu agama…tetapi ilmu masakan juga…walaupun air tangan mak tak boleh dilawan…ayah masih lagi berusaha….masih terasa ditekak yatie setiap masakannya..dia lebih suka menggunakan bawang putih…tumis merah cair ikan kembong…singgang ikan…antaranya…hebat! MasyaAllah…

Hari ini hari yang sangat istimewa untuk yatie…suami yatie menghantar masakannya ke pejabat…he make me proud…Subhanallah!

 Alhamdullilah
Pandai budject...seninya mengalahkan saya!

Suami yatie masak ala Japanese style mix malay…best….ada nasi putih…ada sotong teppayaki…ada pucuk midin goreng belacan…ada sambal mangga dan dia juga hantar buah tembikai potong….hwaaa…teruja…yatie tak pernah hantar ke pejabat kecuali memberi bekal dari rumah…saya mesti hantar secepat mungkin!

Wanna…tiada kata yang mampu yatie ucapkan thru SMS “Dear Hubby, Thanks with a bouquet of flowers..you make me proud and your love stimulates my adrelin to make my hearts beats faster….and I’m falling in love with you!...subhanallah” Betapa yatie percaya dengan kuasa Allah dan kata-kata Allah….“Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: “Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!” Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: “Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia.” Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.” (Hadis Riwayat Bukhari)­ 

Dan ianya menggamit perasaan yatie ketika yatie berada didarjah 5, dan ayah menghantar goreng pisang sewaktu yatie menyertai perkhemahan di Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, MasyaAllah…
Disebabkan dorongannya tanpa disedari…kumpulan kami mendapat kumpulan perkhemahan terbaik! All the competition…our group yang conquer…Subhanallah…

Wanna…kejayaan yatie akan berganda-ganda dengan lelaki terhebat dalam diri ini..InsyaAllah

Wanna…you too really means for me! (mmm..ada ler nanti orang jeles eh....apa ayat kita kalau baca blog..mesti cakap kita syok sendiri...ala..apa ada kisah...itu bermakna kita lebih bahagia...Subhanallah) 


P/s…for office readers…nak update blog kat opis kat ley access, banyak sangat application kat my blog tu..so kena la tulis dulu…korang layan jer la eh….nak communicator tak geng nak gossip…kakaka…kata my collegue…yang manager kat VCM..t tolong hantar resipi nasi arab….blog tak boleh buka…mmm..wonder jugak kan kalau ada orang complain saya update blog kat office….

Sesungguhnya, Nabi Muhammad s.a.w tidak bertanya "Mengapa?" kepada orang yang melakukan kesalahan kerana beliau tidak menyiasat punca seseorang itu melakukan kesalahan.

Monday, June 11, 2012

Kan dah terlompat!

Alhamdulillah, alhamdullilah, alhamdullillah... we Olls so happy! dan rasa nak lompat katak......tak ada blog update nanti...sibuk jer ler.....
Huh...macam balik dari  kampung....dulu-dulu masa kecik mak balik dari bandar...mmm...berebut-berebut nak tengok....now suami pulak bila balik travel...ada jer yang dibawa....rezeki anak-anak...of course le rezeki maknya jugak..eke-eke

 Mangga sedap...susah nak jumpa kat malaya....cair air liur kan....tengok...dang-dang encik suami kupas cicah garam belacan...Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
 Ni la asam payak ...aka kelubi fresh...apabila ada obor-obor la kita umaikan ajer.....
 Ada jugak pisang tanduk...MasyaAllah...macam tahu-tahu...wifey nak makan...malam ni nak pergi cari tepung goreng pisang aroma la kat chow kit!

 Huh...ada beras bario...first time nak cuba...suami ler sungguh-sunguh story...masa kecik dia selalu makan....
Dulu-dulu masa belajar goegrafi....belajar tentang padi huma...manakan saya sangka...saya dapat menikmatinya dengan izin Allah...Subhanallah.....Nikmat mana mahuku dustakan..tak dapat dihitung nikmatnya.....agak-agak nak masak apa erk? 
Ada pucuk midin sarawak jugak....Untung kawin dengan oversea ni...macam-macam boleh belajar....Alhamdullillah!

Kasih seorang ayah....

Assalamualaikum wanna dan juga sahabat  semua!

Apa khabar? mak runsing jer 2 minggu ni...lepas sorang, sorang jer deman....dan sekarang adam la...baru 3, apabila 5....fuhhh...ini mesti pernah dirasai orang sebelum ni dalam membesarkan anak...tak jauh pun jiran blog kita pun yer....jiran workstation kita...kat opis juga...lagi la kakak duk sebelah saya ada seorang anak yang handicapped..Subhanallah...dia sangat tabah dan bekerja seperti biasa....manakan tidak ianya berlaku 20 tahun yang dulu...MasyaAllah!

Dan teringat pulak semalam kita ada friend meeting with lovely wanna and seps...Ya Allah, matlamat kita sama!

Bercerita masa yatie kecik...pernah yatie deman...yatie rasa deman kura-kura kut...sampai menggigil akibat jumpa seekor burung yang singgah ke rumah menghabiskan sisa--sisa hidup terakhir...mak mestilah sangat risau...macam kita-kita yang jadi mak....kepala dah jadi weng bila berjaga....Alhamdullilah ada juga pembantu....yang menyayangi anak kita macam anak dia...kejap-kejap diintainya.....

Dan ayah la memberi cahaya..dibawanya ke klinik...dulu klinik kerajaan wakaf tengah...boleh dikatakan pelawat tegar la...dan yang paling seronok boleh naik motor!

By, Adam pun dengar suaranya...dapat naik kereta...dia juga suka....

Dengan anugerah Allah juga, Allah memberi didikan supaya aku lebih berdikari dikala suami tiada disisi demi sesuap nasi...aku rasa arwah mak aku sendiri pernah melalui ketika menjaga abang dan juga kakakku....

Dan ayah akan mampu berdoa...dari jauh...macam situasi suamiku sekarang ni...dapat juga tengok anak-anak dia diblog ini...sementara...InsyaAllah hari ni saya dah boleh melompat....

Berbalik kasih seorang ayah....jarang sangat aku perhatikan dia akan menegur kesilapan anak-anak berbanding seorang ibu yang selalu membebel....kata suamiku tak pernah dengar awak membebel anak-anak...huhu....membebel...time awak tak ada ok, eke2.....kita mesti la tegur, kan nak jaga anak....hakikatnya seorang isteri dia tak kuat imannya dalam mendidik anak-anak tanpa suami.....kalau ada cuba la wanna perhatikan...pasti seorang berjaya dan juga pasti yang lain tersasar....iman kita naik turun....

Hebat aura seorang ayah...sekali dia cakap...berterabur anak-anak pergi solat.....

Cerita seorang sahabat...maknya sekarang menghadapi kemurungan yang hebat...akibat tindakan anak gadis...yang bergaul bebas.... Ya Allah...kau kasihani ibu ini...lembutkan hati anaknya....

Dan kasih seorang ayah hanya mampu memohon doa supaya dikembalikan anaknya menjadi anak yang solehah...tanpa pengetahuan orang lain...MasyaAllah

Seorang ayah apabila dia sangat sayang dengan anak gadisnya...dia takkan sanggup menegur kesilapan anaknya...risau apabila hatinya dironta...

And Its happen..apabila saya tengok di kehidupan FB...yang hanya mampu...ayah nampak kome breakfast...nanti saya uploaded lagi yer ayah...ayah juga seorang yang penuh dengan kasihan tanpa menyedari keadaan anak-anak membawanya ke pintu neraka....MasyaAllah....

Ya Allah..Matikan kami dalam iman....Ya Allah penuhi kami dengan iman.....

dan bukankah

4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam

Directly copy paste from UstazAzhar.net

dan ayahku,suamiku, anak-anakku....peliharakanlah...kami dari api neraka.....sayangilah kami sepenuh hati dan cintailah kami kerana Allah!

Wanna..bukan pakcik wanna jer suka wanna...ayah yatie juga cakap yatie macam hajah sudah....eke2...dan suami....2 tahun lepas...masa tu baru belajar pakai jubah...my, you look sexy.... jom balik (faham je la kan..).masa tu pergi dinner birthday suami...Allahuakbar!

Sunday, June 10, 2012

Bahagia Itu Membahagiakan

Assalamualaikum wbt

Buat tatapan wanna dan juga sahabat blogger semua!

Ha layan sini dulu eh.....


U olls dah tengok...Alhamdulillah...semalam wanna treat me tengok wayang kat KLCC ...best anak-anak cakap...terbaek la!

Aunty along pun dah tengok...dia story aku tidur terus,,,hik2..mak penat!

Aunty wanna??? Mommy naper aunty wanna cam tak ada feeling...mmm...by ada jugak orang peel dengan saya susah nak ketawa...but i really enjoy last nite lagi la ada lagu feberet saya disini, nak dedicated to wanna gak la...and all readers...

Ada lagi soalan cepu emas...dari abang danish...mommy abang tengok kulit aunty wanna macam tasya!
Tasya mak bedah...no wonder dia story dia minat gegirl chinese looked!...dia masih ingat kat tasya yang gebu tu......
kulit jer la....betul danish...aunty wanna dari kecik lagi kulit dia gebu...dia rajin minum air masak...Subhanallah...dia juga mewarisi kecantikan maknya! wanna ko sedar tak? eke2

Semalam bila tengok wayang teringat kenangan saya zaman bujang..masa tu dah kenal awak..awak marah saya keluar malam...saya mana ada kisah...lagi la saya fikir awak bukan suami saya masa tu....nak control orang la pulak...I notice you sayangkan i kan....haha

Lagi pun masa tu tengok wayang dengan Kak CT , Along & Tut..balik-balik kena tahan kat polis...kata saya masa tu..."T,T...polis...." kak CT redah jer...sekali polis tu panggil...kau dari mana ni...saya yang jawab...tengok wayang encik...dang-dang polis tu cakap..."ha, kau dah mabuk wayang yerk!"...ianya terus berlalu...bawak elok skuter tu...MasyaAllah....ramai lagi yang sayang kita.....

Semalam...wanna belanja tengok wayang..lagi berlipat ganda seronoknya...sebab boleh pergi dengan anak-anak yatie..anak-anak wanna...adik-adik ipar wanna juga!

Lagi best bila awak ada sekali....joe juga ada sekali...mesti pawagam tu akan dengar suara awak dengan joe jer....kakak pun selok!
Alhamdullillah....

Wanna,
Bahagia itu membahagiakan....Thanks with love Wan Na, belanja tengok madagascar 3, our kids so happiest....mak dia pun seronok gak..eke2... can follow alice opss alex membahagiakan org lain...oh no..saya tidak menipu untuk menangis..mamma mia!


Rupa-rupanya wanna fokus la by....Stefano: My tears is real..! Haha

Memang boleh jadi macam Prof Muhaya!


Nota Kaki: Adam masih panas....

Saturday, June 9, 2012

Resipi Mee Hailam sempoi!

MasyaAllah...cakap banyak pun dah siap masak....
 
...isteri saya banyak cakap..ada jer dia nak cerita.....mmmm....sambil dengar islamic talk from Dr Asri

Ada kelas maakkkk....dah mak kan tetap mak.....syukur Allah kurniakan 3 orang anak yang suka makan....
By, Adam rindu by...dia deman lagi...he call ur name...daddy, daddy...jeles...tak pernah dgr dia panggil mommy...kecuali mama....

Apapun, really appreciate FB friend..ada jer bagi idea....apa lagi google la kejap..mak bukan pandai sangat...masak....huh...wanna..andai mak aku masih ada mesti dia akan cakap...hah...tu la zaman anak dara tak nak belajar..mula la bila kawin tengok buku...kakaka....I ler tu yang....malas benor....anak bongsu....
mmm..mak I tak pernah masak mee hailam...mak i buat mee goreng basah yang marbeles...memang tak ada tandingan....betul tak kak zura? berebut kita makan..kakaka...

kejap-kejap nanti sambung..along dah sampai....ok sambung..dah balik shopping gtu....best habiskan duit...huhu..perempuan...tabiat doh tu...huduh sungguh...ampun suamiku...mmm..Alhamdullilah..suami izinkan bekerja...ada pendapatan sendiri...thats y hubby cakap...tak perlu la nak berhenti kerja..nanti tak ada duit sendiri...

ok-ok ni resipi Mee Hailam sempoi....agak-agak la eh...

Bahan-bahan

  • 2 bungkus mee kuning
  • 300 g udang sederhana besar  (yatie tak letak, tak ada stok, lagi sedap ada…rasa manis udang)
  • 3 keping dada ayam
  • Keropok lekor potong bulat (ala-ala fish cake, kebetulan ada stok)
  • Sedikit bunga kobis, (yatie tak letak…)
  • 2 biji tomato, dibelah 4 setiap 1 biji dan carrot di potong ikut suka
  • Hirisan daun sup (yatie guna ketumbar, daun bawang dan cili padi secukupnya )
  • Bawang goreng utk hiasan
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk lumat
  • 3 camca besar sos tiram*
  • 2 camca besar sos lada hitam*
  • 1 camca besar sos abalone*
  • 1/2 camca teh minyak bijan*(*gaul semua sos dalam satu bekas)
  • 1 camca teh kicap pekat (kicap mee)
  • 1 camca besar tepung jagung, bancuh dgn sedikit air (tak letak pun tak per…sebab kita guna sos tiram dah…dan nanti serap mee)
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Basuh dada ayam dipotong kecil2, cuci dan sejatkan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis kepala dan ekor udang tadi hingga kekuningan. Angkat dan tumbuk hingga lumat. Masukkan dalam periuk, tuang 1 liter air dan renihkan 20 minit. Tapis dan asingkan stok udang.
  3. Dalam periuk atau kuali. Tuang sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang, daging ayam dan kacau goreng 2 minit. Masukkan bancuhan sos tadi dan juga stok udang. Biar hingga mendidih.
  4. Masukkan  bunga kobis, tomato, apa apa feberet sayur yang u nak campak. Masak 5 minit. Tambah sedikit lagi air (mengikut keperluan masing2).
  5. Masukkan bancuhan tepung jagung, dan kicap pekat. Gaul rata. Masukkan mee dan taugeh. Gaul rata. Perasakan garam dan gula secukupnya. Hidangkan panas2 dgn taburan hirisan daun sup/daun bawang, bawang goreng dan cili padi.
Senangkan :)…sempoi

By adam deman la...he really miss you ler..bukan mak jer ok... 
Kesian dok..balik tadi my masuk ubat kat punggung lagi...petang nanti..x kebah jugak..should go to clinic...Doakan Adam sihat!

Ku sangkakan panas berpanjangan....

Subhanallah, subhanallah.....

Assalamualaikum wbt wanna dan pembaca blog semua...

Alhamdullilah...semoga semua sihat...dan bila rasa tak sihat...dengan doa anda semua memiliki minda yang cergas.....InsyaAllah...

Wanna..actually nak buat entry lagikan lidah tergigit...rupa-rupanya dah ada dah...by, klik sini,....

MasyaAllah...mmm...hari ni pasti wanna busy melayan mama kan...semoga kenduri yang diadakan esok diberkati Allah...mmm...yatie pun nak doa lagi supaya menjadi menantu pilihan dan kesayangan MIL yatie..InsyaAllah

Wanna...today..tak sia-sia kena marah dengan suami...manakan tidak..yatie suka jer keep reminder pasal rumah nak jual tu...status tanah nak tukar nama....ialah nanti lawyer mesti call yatie jugak...tut-tut...buyer email...tut-tut lawyer call....masin mulut mak tau...Alhamdullilah sekejap jer...lepas jer kena marah yatie pun senyap jer la kan....then ignore jer....tapi fikiran tu dok fikir lagi....dang-dang sms kat suami...nak marah ajer...hik-hik....suami reply...mintak maaf la...dah 2 minggu dok hotel...tepu kepala otak ni...MasyaAllah wanna...baik sungguh suami kita ni...manakan tidak dia lemparkan jauh-jauh egonya itu...Subhanallah....

Wanna..semalam ada tengok status kawan yatie...dia juga pernah support yatie dalam bizness parttime yang bantu kekawan and kakak yatie tu....dia publish warkah untuk isteriku

Allahuakbar....ujian yang singgah kepadanya pada dia yang mampu...dan ianya akan terbalas jika sabar...macam kita ler wanna...InsyaAllah wanna...sabar itu tanda keimanan kita...sabar itu sebahagian kejayaan...sabar itu tanda kemenangan...InsyaAllah... allah akan angkat makamnya...

Wanna..Alhamdullilah...berkat doa yatie di mekah..yatie tak nak jadi budak sedih...tengok jer apa-apa yang sedih terus bertukar emosi sebagainya....Allah makbul....begitu juga...kisah seorang suami menjaga isterinya tidak menjadikan yatie bertukar emosi....hu,hu...bukan apa cam ustaz azhar kata...dia tengok bukan sedih tengok cerita tu..sedih ingat kisah dia....

Yatie juga ada cerita tersendiri...menjaga seorang ibu yang sedang sakit.....pada umur 16 tahun...pernah juga arwah mak sakit ketika umur 12 tahun...masa tu tak fully memahami..alhamdullilah mak kembali sembuh...dan menunaikan fardhu haji ketika umur yatie 14 tahun...

dan mak kembali sakit apabila mengenangkan anak saudara yang mempunyai masalah dan tergelincir dalam rumah di tepi tangga..sejak itu arwah mak dah tak boleh berjalan...kata along..agak-agak arwah mak kena slip disk...mmm...tak tahu la pulak...apabila dibawa ke hospital...arwah mak asyik ulang jer nak balik..."mak nak mati dekat rumah"...yang dapat trace..tulang mak lebam akibat jatuh di tepi tangga....

Wanna...
Alhamdullilah..yatie percaya keberkatan hidup yatie ini datang dari Allah dengan menjaga arwah mak yatie...Alhamdullilah wanna...walaupun yatie masih muda masa tu...Allah pinjamkan kasih sayangnya untuk menyayangi seseorang ibu yang sedang sakit.....pernah juga yatie cuci muntahnya...pernah juga yatie suap makannya...pernah juga yatie tukar lampinnya...yatie sikat rambutnya..pakai bajunya....sampaikan ibu yatie sembelit pun di korek, diambil solatnya...dan yatie sanggup tunggu dalam bilik air sekali dengannya...mmmmmm...kan dah cakap...feeling dah datang....dah-dah kan banjir pulak......

Syukur wanna..Allah beri ujian yang sanggup yatie pikul....dulu tak ada internet...mmm..agak-agak yatie pun bercerita kat blog warkah buat ibu eke-eke.....yatie sangat sayang dengan ibu yatie....by...awak mana tahu...awak tahu saya banyak berkorban untuk awak kan...kakaka....saya sanggup berkorban dengan sesiapa saja....of course orang yang paling saya sayangi......Love is action..not word!

Wanna,
Dan menjadi rezeki abang abil juga isterinya..semalam yatie puasa...sempat berdoa...MasyaAllah...terima kasih Allah kerana memberi ilham ...Ya Allah....Ya Allah...Ya Allah

dan sekarang waktu subuh sudah berkumandang.....tadi pun yatie masih sempat mendoakannya waktu solat 1/3 malam....dah-dah pergi subuh tu....

Wanna...nanti along datang...if dia tak balik lagi hari ni...i bawak dia pergi rumah you ok (",)....

Nota kaki : tak sangka wanna dah singgah bagi komen...kawan saya kawan yang hebat...Subhanallah!

Thursday, June 7, 2012

Kisah Abu Talib…bapa saudara Rasullullah SAW

Bismillahirahmanirahim….

Alhamdullilah nak share juga KISAH seterusnya bukan sekadar corat coret pengalaman sendiri…ada juga kisah kekasih Allah, Rasullulah kita ; Alkisah "Nabi Muhammad kemudiannya dijaga oleh bapa saudara, Abu Talib Bin Abdul Mutalib selepas kematian datuk kesayangan baginda!" Ini kerana baginda lebih banyak menghabiskan usia mudanya bersama Abu Talib, iaitu sejak berusia lapan tahun sehinggalah baginda menginjak dewasa dan mendirikan rumah tangga pada usia 40 tahun dengan wanita terkemuka Arab pada masa itu, Saidatina Siti Khadijah binti Khuwailid.

Tentunya sepanjang di bawah penjagaan Abu Talib ini, merupakan kesinambungan satu sirah nabi yang menjanjikan pelbagai lagi inti pati pengajaran kepada umat Islam.

 (Wanna..petikan cerita ini dari kisah rasullullah dan bapa saudaranya…inikan kita untuk mengubah orang-orang yang paling disayangi dan jika kita merasakan Orang sudah tidak menghargai kita……Alhamdullilah…berkat sokongan wanna juga suami…dapat juga yatie update…dan yang paling kagum…ketika suami memerhatikan tulisan saya dan risaukan saya agak galak menulis perasaan mahu kaya, Suami menghantar pesan SMS “ My, pagi tadi selepas subuh by baca hadis yang ke 31. Nabi Saw pernah bersabda “ sekiranya kalian tahu apa yang ada disisi Allah untuk kalian, pasti kalian akan lebih suka jika bertambah miskin” : pastu baginda minta kepada Allah, pada hari kiamat kelak baginda dikumpulkan bersama golongan orang miskin.Just nak share sebab awak  tengah baca sirah nabi, MasyaAllah)

Dan Abu Talib, adalah abang kepada bapa Nabi, Abdullah bin Abdul Mutalib. Nama sebenar beliau ialah Imran dan digelar Abu Talib kerana anak sulungnya bernama Talib iaitu hasil perkahwinannya dengan Fatimah binti Asad. Mereka dikurniakan anak-anak yang lain iaitu, Jaafar, Ali dan Aqil serta dua anak perempuan, Fakhitah dan Jumanah (Ummu Hani) binti Abu Talib.

Abdullah Al Khazini dalam bukunya, "Abu Thalib (Talib) Mukmin Quraisy - Paman, sekali gus Pengasuh, Pelindung dan Pembela Rasulullah SAW (Darul Fikir, 1978) menulis, Abu Talib yang juga mendapat julukan Abdul Manaf dikatakan menerima wasiat daripada bapanya, Abdul Mutalib akan tanggungjawabnya untuk memelihara Nabi Muhammad dalam satu bentuk syair, yang berbunyi;
Ku wasiatkan pada mu wahai Abdul Manaf sepeninggalanku,
Akan anak yatim, yang ditinggal ayahnya sendirian.
Ku wasiatkan pada orang yang ku juluki Abdul Manaf
Dialah orangnya yang memiliki banyak pengalaman
Akan anak kekasih, kerabat paling mulia
Anak yang ditinggalkan ayahnya hidup sendiri
Wasiat ini dipikulkan kepada diri Abu Talib
Tempat tinggalnya yang kukuh dan ia menyukainya
Jangan kau wasiat aku dengan keharusan dan kewajiban
Kerana ku dengar keajaiban yang sangat mengkagumkan
Dari semua orang yang berilmu dan cerdik cendekiawan
Hingga jelaslah dengan puji Allah dan ucapan Rahib itu
Wasiat tersebut dilafazkan ketika detik-detik kematian kian menghampiri Abdul Mutalib yang dikatakan meninggal dunia pada usia 120 tahun. Lalu dijawab oleh Abu Talib; "Aku menerimanya. Demi Allah, Dialah yang menjadi saksinya".

Walaupun tidak memiliki kekayaan harta benda yang lumayan dan melimpah, namun kecerdasan dan daya kepimpinan yang tinggi adalah kekayaan yang dimiliki oleh bapa saudara Nabi ini.

Kepimpinan yang jitu ditunjukkan oleh Abu Talib dalam mengambil alih tugas bapanya iaitu sebagai pemberi makan dan minum kepada jemaah yang datang ke Kaabah untuk mengerjakan haji. Sebagai penjaga Telaga Zamzam, Abu Talib akan melemparkan buah kurma dan kismis ke dalam telaga itu supaya air Zamzam terasa manis lagi menyegarkan untuk para jemaah yang menempuh perjalanan jauh dan panas. Apatah lagi melalui padang-padang Sahara yang kering lagi tandus itu.

Jatuh miskin
Namun pada suatu ketika, Abu Talib benar-benar jatuh miskin yang boleh menggugat kemampuannya untuk terus membantu para jemaah itu. Namun bapa saudara Nabi ini tidak sanggup meninggalkan kemuliaan tugas itu hanya kerana kemiskinan.

Demi meneruskan usaha bapanya, Abu Talib kemudiannya menemui saudaranya yang yang lebih kaya dan berharta, iaitu al Abbas. Tanpa segan Abu Talib meminjam wang 10,000 dirham daripada saudaranya itu bagi membolehkan beliau terus menunaikan kewajipannya kepada para jemaah.

Jelas sekali Abu Talib menggambarkan satu daya kepimpinan yang tinggi namun jasa beliau yang sangat dikenang oleh penduduk Mekah dapat kita ikuti melalui satu peristiwa.

Pada satu ketika Mekah benar-benar ditimpa musibah yang amat perit untuk ditanggung oleh para penduduknya apabila berhari-hari tidak hujan menyebabkan berlakunya musim kemarau yang paling buruk.
Ibnu Assakir dalam satu riwayat daripada Julhamah bin Arthafah yang menceritakan Julhamah yang datang ke Mekah yang mendapati penduduk di situ begitu sengsara. Seorang daripada penduduk berkata; "Marilah kita bersandar (memohon pertolongan) kepada Lata dan Uzza (berhala)!" Sementara seorang lagi pula berkata: "Marilah kita bersandar kepada Manat (berhala)," Namun seorang lagi pula berkata: "Mengapa kalian menjadi lemah akal, sementara di tengah-tengah kalian masih ada yang mewarisi keturunan Ibrahim (Nabi) dan Ismail (Nabi?)!"

Lalu mereka berkata; "Nampaknya, orang yang kamu maksudkan adalah Abu Talib!".
"Benar!" jawab si polan yang ketiga tadi.

Lalu mereka terus menuju ke rumah Abu Talib dan berkata; "Wahai Abu Talib, wadi-wadi yang ada telah mengering, tanah serta ladang semakin gersang. Oleh kerana itu, mintakanlah supaya hujan turun supaya kami dapat meneruskan kehidupan seperti sedia kala!"

Sambil tersenyum tanda sedia membantu, Abu Talib pun keluar dari rumahnya dengan membawa seorang kanak-kanak, iaitu anak saudaranya, Nabi Muhammad.
Awan gelap

Sejurus mereka melangkah keluar awan yang tebal dan gelap terus berkumpul di langit yang sebelum ini begitu cerah tanpa segumpal awan pun.

Setibanya mereka di Kaabah, Abu Talib pun merapatkan badan anak saudaranya itu ke dinding Rumah Allah itu dan mereka bersama-sama memohon kepada Allah supaya bumi yang gersang itu akhirnya dibasahi hujan.

Ditakdirkan Allah, tidak lama kemudian hujan pun turun dengan mencurah-curah sebagaimana yang diminta oleh penduduk Mekah itu.

Lembah Mekah pun kembali subur dan tiada lagi keperitan untuk ditanggung.
Peristiwa ini seperti yang disebut oleh Abi Talib dalam syairnya;
Si Putih yang diminta hujan dengan berkat wajahnya
Ketua anak-anak yatim dan pelindung balu-balu!

Kejadian ini juga menyuntik lagi kekuatan kepada Abu Talib untuk menjaga anak saudaranya itu kerana kini semakin nampak mengenai kedudukan Nabi Muhammad sebagaimana yang sering diucapkan oleh bapanya sebelum ini. Keperibadian Nabi Muhammad benar-benar tidak sebagaimana anak-anak yang lazimnya.
Apa yang dilihat oleh Abu Talib, anak saudaranya itu tidak sahaja memiliki segala kesempurnaan dan kelebihan tetapi beliau yakin Nabi Muhammad akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tentangan. Ini menyebabkan Abu Talib akan mempertahankan anak saudaranya itu walau terpaksa bergalang dengan nyawanya sendiri.

Namun dalam satu peristiwa lain, Abu Talib pernah cuba hendak meninggalkan Nabi Muhammad dalam jagaan orang lain. Ini semata-mata beliau tidak mahu anak saudaranya itu terdedah kepada sebarang ancaman keselamatan ketika beliau bersama beberapa pedagang Quraisy yang ingin memulakan perjalanan untuk berniaga di Syam (Syria).

Namun ketika kafilah-kafilah yang membawa pelbagai dagangan itu hendak mulakan perjalanan yang jauh itu, Abu Talib memalingkan muka dan alangkah terkejutnya beliau apabila melihat dengan jelas anak saudaranya itu sedang menyapu air mata yang jatuh membasahi pipi. Rupa-rupanya Nabi Muhammad sangat sedih untuk berpisah dengan dengan bapa saudaranya itu.

"Pakcik, kepada siapakah kau hendak tinggalkan aku sementara ketiadaanmu di sini? Sedangkan aku tidak mempunyai baik ayah mahupun ibu," kata si anak saudara dalam sedu dan sedan.

Wajah sedih dan kata-kata Nabi Muhammad itu membangkitkan rasa hiba Abu Talib dan tidak semena-mena beliau sendiri merasakan tidak sanggup meninggalkan anak saudaranya itu.
Lalu dipeluknya anak saudaranya yang ketika itu dikatakan dalam usia 12 tahun sambil berkata; "Demi Allah, aku akan membawa kau pergi bersamaku. Kau tidak akan berpisah dengan aku dan aku tidak akan meninggalkan engkau lagi wahai anak saudaraku!"

Berdagang
Nabi Muhammad yang dalam rangkulan bapa saudaranya itu kemudiannya turut dibawa untuk berdagang ke Syam itu. Satu perjalanan getir lebih-lebih lagi terpaksa menempuh padang pasir yang kering dan kontang yang tentunya tidak sesuai untuk anak yang semuda Nabi itu.

Namun Abu Talib mendapati bahawa perjalanan kali ini berbeza, tidak ada kepayahan kecuali yang menyenangkan tanpa sebarang ancaman yang boleh mengganggu perjalanan mereka.

Mereka berjaya melewati Madian, Lembah Qura, negeri Tsamud sehinggalah daripada jauh mereka dapat menyaksikan keindahan matahari yang sedang terbit dari arah Syria. Sungguh indah sehinggakan mereka semakin bersemangat untuk sampai ke negeri itu walaupun telah berhari dan berbulan dalam perjalanan ini.

Namun telah menjadi kebiasaan kepada mana-mana kafilah yang hendak mengunjungi Syam, mereka mesti terlebih dahulu singgah di Busra. Ini kerana di tempat itu, semua kafilah-kafilah dagang yang berhenti mesti mengunjungi sebuah biara yang padanya terdapat seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira.

Mereka mesti bertemu Buhaira untuk mendapatkan barakah! Namun sesetengah riwayat menyebut bahawa Busra sekadar destinasi kepada kafilah untuk mereka berhenti untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Syria.

Justeru apakah yang berlaku apabila Pendeta Buhaira ini berjaya 'menangkap' sesuatu pada Nabi Muhammad, yang menyebabkan Abu Talib semakin tersentak! Sehinggalah ketika kisah abu Talib sudah nazak ingin meninggal dunia…..

Waktu itu,apa yang ada hanyalah gambaran bagaimana Nabi Muhammad SAW berterusan berdoa supaya bapa saudaranya,diberi hidayah oleh Allah SWT untuk memeluk Islam menjadi muslim,tetapi akhirnya tetap kembali sebagai seorang yang kufur pada agama Allah SWT.Abu Talib,orang yang paling rapat dan dikasihi Nabi Muhammad SAW akhirnya kembali mengadap Ilahi dalam keadaan tetap pada anutan asalnya.
 
Dalam pada itu juga, terdetik kisah bagaimana Nabi Muhammad SAW berterusan berdoa supaya antara dua Umar,Allah SWT akan membuka hati salah seorang daripadanya untuk kembali kepada fitrah dan menganut agama Islam. Akhirnya Allah SWT memberi ruang kepada Saidina Umar Al-Khattab untuk menjadi muslim dan seterusnya membangunkan muslim dalam dirinya,masyarakatnya,negaranya dan hampir 2/3 dunia.
 
Begitulah rencah kehidupan,Sirah Nabawiyah adalah rujukan dan contoh paling baik.
 
 Di petik dari tulisan dan SUSUNAN SITI AINIZA KAMSARI juga bacaan yatie Biografi Muhammad Bin Abdullah (Rasullullah SAW) perjalanan hidup seorang nabi (Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd Rahman)

Wanna...nak  story kisah lawak jugak...betapa yatie khusuk membaca kisah nabi, yatie terlepas hentian LRT sampai ke bangsar...Alhamdullilah tersedar...dan cepat-cepat turun pusing balik...sambil ketawa kepada diri sendiri...eke2...MasyaAllah!
 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>