"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Sunday, April 22, 2012

Mengapa perlu tutup Aurat

Ehem...ehem..hari ni dapat jemputan bagi tazkirah....


Dengan Nama Allah yang maha Pemurah lagi maha penyayang

Segala Puji Bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh Alam.

Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar nabi Muhammad

yang semulia-mulia pesuruhnya, serta ke atas keluarga

dan sekalian sahabat-sahabatnya


“Ya Allah, Aku ini manusia yang lemah, Aku tidak ada kekuatan tetapi Aku merayu denganMU Allah,

Allah, Allah, Allah, Aku mohon keampunan Mu ya Allah. Kau berikanlah kekuatan kepada kami. Kami lakukan ini untukMu ya Allah.

Semata-mata kerana Mu ya Allah”

Allahu Akbar, saya mahu berdisiplin memohon keampunan Allah, “Ya Allah jika Aku berlaku syirik, menduakan Mu ya Allah, ampunilah daku. Aku tidak berniat begitu ya Allah. Jika ia berlaku kerana aku kebodohan Aku ya Allah, aku fakir ya Allah, aku tidak berilmu ya Allah. Bantulah aku ya Allah. Ampunilah daku ya Allah”.

Allah ya Allah, janganlah daku termasuk dalam golongan yang fakir, bakhil lagi kedekut dengan harta dunia. Ya Allah disiplinkan daku untuk bersedekah, berzakat dan menyampaikan ilmu. Janganlah daku bakhil dengan waktu luang dan tenaga ku.

Mengapa Harus Menutup Aurat

Tidak berhijab dan mempamerkan perhiasan akan mengundang fitnah bagi lelaki. Seorang wanita apabila mempamerkan bentuk tubuh dan perhiasannya di hadapan lelaki bukan mahram, jelas akan mengundang perhatian kaum lelaki yang berhidung belang dan serigala berbulu domba.

Jika ada kesempatan mereka pasti akan mencari mangsa dengan ganas laksana singa sedang kelaparan.

Seorang penyair berkata:

"Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."

Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.

Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.

Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.

"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim)

"Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)

Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan.

Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit.

Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.

“ jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang.Sedikit ibu bapa tergelincir, terperosok anak-anak ke dalam jurang kemungkaran.Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat.Sibapa lambat dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat”
~petikan buku Cinta Kerana Allah~


Apa reward org menutup aurat?

Dipadang masyar nanti Allah akan memanggilnya dan akan memakai pakaian yang paling bergaya.(Petikan Majalah Solusi)

Apa hukuman pada mereka tak tutup aurat sepenuhnya?

Contoh dia pakai baju lengan pendek, pakai tudung..antara lengan ke pergelangan tangan itulah yang akan dibakar kedalam api neraka.Sama juga kalau dia pakai kasut tak pakai stokin.

MasyaAllah (Petikan ceramah Ustaz Azhar)

Sabda Rasullullah:

Pada malam israk mikraj,rasullulah SAW naik ke langit

“Aku menjenguk ke dalam NERAKA, maka kulihat kebanyakan penghuninya kaum wanita, yang demikiannya disebabkan oleh kerana kurang taat kepada Allah SWT dan Rasullullah SAW dan suami mereka dan kerana banyak bertabarruj, dedah aurat dan berhias-hias”

MasyaAllah

Firman Allah SWT

“Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan perhiasan”

Surah Al-A’araf:26



يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡہَا مَلَـٰٓٮِٕكَةٌ غِلَاظٌ۬ شِدَادٌ۬ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu (berhala); Neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

(Surah At-Tahrim 66: Ayat 6)

“Ilaahi (Tuhanku) Ya Rabbi

Ilaahi Ya Rahman

Ilaahi Rahim

Aku serahkan diriku, Suamiku, anak-anakku, ibubapaku,mertuaku, kesayanganku,sahabatku,seagamaku dan musuhku

Juga setiap baik buruk isi duniaku ini kepada urusanmu.

Tuntunlah aku, pimpinlah daku

Sesungguhnya aku tidak mampu membawa diriku dan isidunia ini tanpamu.Ameen

Segala Puji Bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh Alam.

Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar nabi Muhammad

yang semulia-mulia pesuruhnya, serta ke atas keluarga

dan sekalian sahabat-sahabatnya

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri yang Allah benarkan berlaku untuk mendidik saya dan sebenarnya segala tarbiah/didikan dari Allah kepada kita tidaklah sia-sia.

Wallahualam

Terima kasih sahabat syurga ayu especially, mentor2...Prof kamil & kak Roza,Ust pahrol dan penulis I LUV islam..inspire u always

Tuesday, April 10, 2012

Introducing new cozy restaurant "Restoran Warisan"

Kredit to Biro Catur wanita MCF for the picture :)

Alhamdullilah...dapat gak update even bukan story umrah...

Actually, kenal restoran ni pun dapat wedding invitation from ayah kawan kita....anak dia sendiri pun almost 15tahun tak jumpa...siap dia pulak yang tanya..ni mieja kan...opss..harus badanku kena belah dua ok...hik,hik..tapi sayang..terlupa bawak camera..at least phone masa attend wedding tu...

Ok...back to cerita tajuk...nak tolong introduce la....restoran ni...sebab cozy sesangat.....lagi harganya...sangat....tengok sendiri bawah nanti k...

Hah...kan dah cakap.....harga below market gtu..ala2 property...hik2




Last but not least...suka picture team kita ni...
You olss should try K...


Lokasinya ada berhampiran Dataran Merdeka, Belakang Pejabat Tanah cross jalan ajer dari Dayabumi....
 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>