Alhamdulillah,dapat jugak update....thanks a lot...my girls for sharing this...really inspired with my old friend.
InshaAllah...kalau kita jaga Allah, Allah akan jaga kita!
First ni share from Sepsyalida...You can try....Insha ALLAH
Since you guys share this, I’d like to share jugak the strategy I learned from majalah Solusi, it’s called pokok solat.
Draw a tree with 7 branches (7 hari for a week)
Every branch ada 5 fruits (5 waktu solat every day).
Everytime dia solat satu waktu, suruh dia kaler one fruit.
Bila dia tengok banyak fruits coloured, dia akan rasa excited. By doing this, lama lama dia akan biasa solat. And kalau all the fruits are coloured, kita bagi dia reward.
And at the same time, selalu selitkan nasihat nasihat from ayu’s email ni, semoga dia cintakan solat.
And Last but not least...yatie kenal dia dari kecik, masuk jer waktu...mmmm...kecut perut i....ngn i sekali solat...SUBHANALLAH...
Kaedah yang Ayu guna mungkin sesuai pada Ayu, pada orang lain belum tentu jadi, sebab diri kita dan anak2 ni masing2 berbeza kan.
Ayu ajar/ asuh anak untuk bersolat dengan mengikut kaedah Khalifah. Ayu pernah pergi kursus Khalifah Parenting Course, lama dulu.
1) Bagitau anak dia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi. Bahawa dia makhluk hebat. Makhluk yang deserve syurga Allah, makhluk yang taat dan patuh kpd Allah.
2) Cerita tugas2 khalifah (mengapa/ tujuan Allah hantar dia ke bumi). "Ia adalah untuk beribadat kepadaKu".
3) Cerita bahawa sebagai seorang Islam, solat adalah rukun islam yang pertama. Terangkan kewajipan bersolat dengan mengaitkan cerita no.3. Solat adalah perbezaan Islam dan Kafir.
4) cerita alquran Allah turunkan untuk seluruh manusia. diwajibkan bersolat ada diberitahu dalam quran.
--analoginya seorang pencipta mesin basuh, akan keluarkan sebiji buku panduan to the user. So, Allah mencipta kita, menyediakan buku panduan iaitu alquran untuk kita rujuk dan ikut. he knows what is the Best for us.
5) Cerita nikmat2 Allah pada dia macam mata dpt melihat, telinga, kaki, boleh ckp and etc. Sebagai hamba/ khalifah Allah, dia patut bersyukur dengan bersolat/ tunduk kepada Allah Kaitkan juga dengan no. 3.
--bayangkan jika Allah menarik nikmat kaki, bangun pagi tak boleh nak jalan, bagaimana?
--bayangkan kalau dia lupa solat, and Allah juga lupa pd dia, jadi oksigen tiada/ tidak boleh bernafas?
--ataupun, sekali tak solat malaikat Jibrail dtg ke rumah ingin mengambil oksigen dan selepas solat dikembalikan semula oksigen?
--Allah tidak berkira sebegitu sekali dengan hamba-hambaNya, maka sepatutnya kita tunduk syukur.
"Nabi Muhammad bersolat malam sehingga pecah2 kakinya, lalu Aisyah bertanya perlukah nabi begitu sedangkan baginda dijanjikan syurga. Nabi menjawab, tidak bolehkah aku bersyukur kepada tuhanku?".
T, cerita ini saya ulang2 byk kali pada waktu2 anak2 liat untuk bersolat. Esp. when gathering among cousins, main2 sampai lupa dunia ni. It is not easy at all...
6) Nabi bersabda, suruhlah anakmu solat bermula ia 7 thn, dan rotanlah jika tidak solat juga apabila mencapai umur 10 thn.
--selalunya kita dah start suruh anak solat awal lagi kan. Tapi 7 thn adalah waktu kritikal, tegas dan konsisten.
--jika dikaji daripada suruhan nabi ini, hendaklah kita menyuruh anak solat sebanyak 5475 kali (5 kali solat/ hari X 365 hari X 3 thn). Sampai umur 10 thn, barulah dirotan jika enggan.
--tapi, ramai sekali yang menyuruh anak solat ala kadar shj, tp bila umur 10 thn dan enggan, terus rotan. Anak2 akan memberontak dan benci dengan kita dan solat itu sendiri.
--anak2 skrg tak sama dengan anak2 dulu. Mengajar dengan rotan berkesan kepada saya dan adik2 (zmn dulu-ayah gile garang), zmn skrg kalau buat camtu, anak2 lari rumah la jawabnya..
"Didiklah anak kamu dengan cara yang sesuai dengan zamannya"-Umar al-Khattab
--tegas: mesti suruh solat walau apa keadaan sekalipun. Dah tido tp tak solat, kejut bangun and suruh solat. It hurts T tengok anak cembeng2 letih ngantuk kene solat, tp kene kuat semangat. Lagi cedera perasaan dan hati kalau anak nanti ambik kesempatan tido langsung tak solat kan.
--konsisten:suruhan mesti selalu. di mana-mana jugak berada. cerita kene selalu, kalau nampak2 liat tu kan. memang kene ulang n sometimes kita rasa jemu dan letih. Tapi bukankan ayat2 alquran itu berulang-ulang, tanda Allah Maha Pengasih yang inginkan kebaikan dan peringatan buat kita?
--kadang2 bagi reward jugak lah. bukan bg time tu jugak, bagi lah lepas sehari dua, "ibu bagi makan aiskrim ni sbb along and azeem solat penuh 2 hari ini. Allah sayang along n azeem n Dia bagi rezeki kat ibu untuk bagi along n azeem aiskrim". kene selit jgk tu, rezeki is from Allah and they should be thankful to Him.
Semoga ilmu ini dapat dimanfaatkan semua rakan-rakan, InshaALLAH
opps ada additional from me...anak2 sekarang makin bijak bila kita tanya dia dah solat belum...dia tanya kita balik, mommy dah solat...so kita tunjuk contoh baik...
"mommy dah solat, Abang dah solat belum" bijak,bijak....hik2