"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Thursday, November 8, 2012

Biarkan dirinya.....

Kebanyakan kita tidak dapat menerima sesuatu kritikan kerana merasakan kritikan tersebut ibarat pisau belati yang diacukan pada dirinya dan kehormatannya.Adakalanya kebanyakan kita tidak menerima kritikan kerana merasakan ia merugikan daripada sesuatu perkara yang mungkin kita peroleh dalam keadaan diri kita yang palsu.

Sesetengah orang tidak suka dikritik kerana padanya ada sifat ujub dengan diri dan mempunyai pandangan melampau.Dia akan rasa diperkecilkan apabila dikritik oleh orang lain.

Sesungguhnya kita bukan malaikat ataupun tergolong dalam kalangan mereka yang maksum(dipelihara Allah SWT daripada sebarang kesalahan dan dosa)

Hendaklah kita sentiasa perhatikan apa yang dikatakan oleh Sayidina Umar Al-Khatab r.hu

"Semoga Allah SWT merahmati orang yang menunjukkan kepada aku aib kesalahanku"
~ petikan Buku Wanita Istimewa (Dr.Karim El Shazly)

Subhanallah!

2 comments:

Khazzeayat said...

T,

Ianya sukar kan. Namun apabila berpegang kepada setiap perkara yang Allah benarkan berlaku ke atas kita pasti ada didikan Allah untuk kita, akhirnya kita redha dengan kritikan sesiapa juga.

Thanks di atas pencerahan.

Jamie Atie said...

InsyaAllah...Semoga Allah merahmati kita semua :)

 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>