"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Tuesday, October 30, 2012

Hidayah perlu dicari


Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Alhamdullillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..

Syukur Alhamdullillah masih diberi peluang menulis ...Terima Kasih Allah

Alhamdullillah syukur dengan hari kemenangan...bersederhana tapi meriah..syukur juga kerana boleh berkongsi kebahagiaan...

Saya ingin menulis dengan hati...niat di hati kerana hati yang merasainya...
Selalunya apabila apabila kita diberi ujian...kita akan belajar...belajar dari kesilapan..dan sesekali..berkatalah dengan diri sendiri walaupun ujian yang paling getir itu sebenarnya adalah ujian kesenangan..berkata la kita Ya Allah...kau berikanlah kami hidayah dan taufik, tunjukanlah jalan yang lurus, ampunilah dosa-dosa kami yang selalu mengkhianati diri sendiri....

Kita tak tahu bila seru itu akan datang, yang pasti seru kematian setiap hari melawat kita, Subhanallah,

Bersyukur kerana Allah masih izinkan saya menikmati nikmatnya...satu ujian yang datang pasti nikmat Allah yang tidak mampu diukur...Subhanallah!

Alhamdullillah..syukur dengan nikmat Allah kurniakan kepada saya iaitu membaca...sememangnya...saya sangat suka membaca especially buku-buku motivasi islamik...Apabila sudah berumah tangga..pasti ilmu rumahtangga yang dicari...apabila nak dapat anak...ilmu tentang anak!

Saya berkira-kira untuk mengaku saya seorang yang sabar...kerana saya dilahirkan dan dibesarkan dengan semestinya mengalah yang mungkin selalu berpihak kepada saya...dalam masa yang sama yang dimanjakan..kebanyakkan permintaan saya selalu ditunaikan...Alhamdullillah dengan ujianlah saya dapat mengukur kesabaran saya dengan tidak memandang setiap masalah yang diuji tetapi menjadi ianya lebih bermotivasi berjaya dalam situasi ujian itu...kritikan dari suami dan anak perempuan..mommy memang manja!

Syukur dalam adanya benci..Allah kurniakan kasih sayang!

Antara ujian kerjaya saya perlu hadapi..dan keperluan keluarga yang saya pilih.....Hidup ini kita yang pilih dan Allah tahu apa yang kita tidak ketahui...

Hakikatnya saya bukanlah seorang yang berjaya dalam kerjaya...kerana saya lebih memilih keluarga nombor 1...selama bekerja 13 tahun..pelbagai kerja saya rasa..mana mungkin awak semua berfikir saya perlu naik towing lorry untuk bawakan pakcik apek yang tidak tahu tentang erti safety!

Hakikatnya...saya selalu berdoa kepada Allah selalu mencukup rezeki... suatu hari saya rasa saya adalah insan yang selalu terpilih..walaupun saya bukan bergaji tinggi...tetapi saya tidak memiliki hutang...

Hakikatnya, setiap hari saya berdoa supaya saya boleh menjaga sendiri anak saya..hantar diorang ke sekolah.dan semesti duit masuk ke dalam akaun tanpa saya perlu bersusah payah menghadapi kesibukan jalan raya...hehe..saya pergi kerja naik LRT...Allah juga kurniakan saya seorang pembantu...

dan untuk saya ini adalah ujian yang perlu saya hadapi untuk berjaya didunia dan akhirat...saya juga tidak mampu...dan Hidayah yang saya mahukan..saya mencarinya...apabila suatu hari saya masih mengambil mudah tentang aurat..saya perlu berubah!

Dan saya perlukan taufik!
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata....

Tiada KPI yang no 1, Allah,Allah,Allah

Aku bersyukur diuji ..Alhamdulillah

Ustaz Azhar cakap” hidayah perlu dicari…umpama makan…kalau tak cari tak dapat la makan….Maksiat perlu dielakkan…tanda solat tak betul contohnya melalui bacaan iaitu kita masih buat maksiat…nauzubillah!




No comments:

 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>