"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Saturday, June 2, 2012

Kisah Kebahagiaan Dua Sahabat

Dipetik dari blog wanna ...feel free to visit my friend blog :), klik sana sini ya....

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Bersahabatlah kamu dengan orang yang keadaannya sentiasa membangkitkanmu
 dan kata-katanya menyedarkanmu ke jalan Allah.”

Alkisahnya, tanggal 22 Mei 1979, lahirlah seorang budak perempuan;Norhayati binti Hamzah (Yatie) namanya. Adapun Pak Hamzah dan isterinya amat menyayangi anak ini, kerana Yatie anak bongsu. Mereka menjaga Yatie dgn penuh kasih sayang, bak menatang minyak yang penuh.

Adapun tidaklah diketahui lagi, bagaimanakah agaknya si Yatie ni bila besar nanti, apa kerjanya, siapa kawannya, kerana semua itu telah dicaturkan oleh Allah s.w.t. Walaupun Pak Hamzah dan isterinya tidaklah belajar setinggi mana, mereka mendidik Yati seperti ibu bapa yang lain mendidik anak mereka. Tidaklah di ajar mencuri, tetapi diajar mintalah kalau nak. Tidaklah diajar meninggi suara dgn org tua, tetapi diajar utk menghormati orang yg lebih tua…

Lebih kurang sebulan selepas kelahiran Yati, lahirlah pula seorang budak perempuan juga, tanggal 24 Jun 1979, diberi nama Wan Hazlina binti Wan Hitam (Wanna). Juga, tidaklah diketahui lagi, bagaimana agaknya kehidupan Wanna apabila besar nanti. Siapa suaminya, di mana dia tinggal, atau pun berapa anaknya kerana semua itu adalah ketetapan Allah s.w.t.

Pak Hitam dan isterinya juga menjaga si Wanna ini dgn penuh kasih sayang.Maklum ler, si Wanna ni jugak anak bongsu, bongsu perempuan. Jadi, dimanjakanlah si Wanna ni seadanya. Samalah juga dgn mak ayah si Yati, Pak Hitam dan isterinya tidak belajar tinggi. Tapi, mereka dapat mendidik anak mereka dgn kemampuan mereka seadanya.

Maka, membesarlah si Yati ni dengan si Wanna seperti kanak-kanak lain.Keluarga mereka tidaklah kaya, tidaklah miskin. Apa yg mereka nak, ada yang dapat, ada yang tak dapat. Kalau dapat, gembiralah mereka, tetapi kalau tak dapat, menangislah mereka.

7 tahun akhirnya berlalu, tahun 1986. Pada umur ini, mereka akan mula bersekolah.
Maka hendak dijadikan cerita, mendaftarlah mereka di sekolah yang sama. Adapun sekolah itu diberi nama SK Mengabang Telipot. Sungguh unik nama sekolahnya. Walaupun sekolah ni merupakan sekolah kampong, tapi bnyk bijak pandai yang lahir drpd sekolah ini termasuklah Yatie dan Wanna ni. Nak dijadikan cerita lagi, mereka selalu ditempatkan di kelas yang sama. Maka bermulalah di situ persahabatan  antara Yati dan Wanna. Mereka sekelas dari darjah 1 hingga 5. Kelas Merah nama diberi.

Apalah sangat persahabatan bagi kanak2 berumur 7 tahun. Kanak2, apa yg mereka tahu. Yer, Si Yatie dan Wanna ni pun belum tahu lagi erti persahabatan. Sememangnya, mereka tidak tahu apa yang ditetapkan oleh Allah utk mereka. Apa yang mereka tahu hanyalah makan bersama,main bersama, belajar bersama semasa di sekolah, sentiasa gembira. Kanak2 hatinya suci bersih, begitu juga dgn persahabatan antara Yatie dan Wanna.

Mereka sangat rapat. Di sekolah, di mana ada Yatie, di situ ada Wanna. Di mana ada Wanna, di situ ada Yatie kecuali di tandas mereka tidaklah bersama.Si Yatie dan Wanna; kedua2nya sangatlah comel. Yatie berambut kerinting, berlesung pipit dan Si Wanna pula berambut panjang diikat tocang seperti ekor kuda.

Kemudian, ketika mereka darjah 5, tahun 1990, Wanna akhirnya bertukar ke sekolah lain. Alangkah sedihnya Si Yatie kerana sahabat baiknya itu bertukar sekolah. Tidaklah Yatie tahu apatah lagi terfikir pada ketika itu, yang perpisahan itu mungkin akan memberi hikmah padanya. Apa yang dia tahu, hanyalah berduka lara atas pemergian Wanna. Maka berpisahlah dua orang sahabat itu….

Maka, membesarlah Wanna dan Si Yatie ini seperti orang lain. Sehinggalah masing2 akhirnya telah pun berkahwin dan juga masing2 mempunyai 3 orang anak.Akhirnya, dengan ketetapan dari Allah s.w.t, selepas 21 tahun mereka berpisah,mereka bertemu kembali. Bukannya bertemu dari mata ke mata tetapi facebook jualah tempat pertemuan mereka kali pertama setelah lebih 20 tahun mereka tidak ketemu.

Adapun Si Yatie ini amatlah menyayangi sahabat baiknya ini. Dihubunginya Si Wanna ini melalui telefon dan berboraklah mereka beberapa ketika. Setelah beberapa kali berchatting, bermessage, pada suatu hari, Si Wanna menjemput Yatie ke jamuan rumah terbuka Wanna. Subhanallah… Akhirnya mereka bertemu jua setelah lebih 20 tahun tidak berjumpa. 
Persahabatan antara mereka bertaut kembali. Tidaklah dapat dibayangkan kegembiraan mereka pada ketika itu. Berboraklah mereka sepuas-puasnya mengingat kembali kenangan mereka semasa di sekolah rendah dahulu.

Hubungan mereka umpama adik-beradik seperti “Air dicincang tidak akan putus”. 
Kini, mereka bahagia setelah bertemu kembali. Semoga Allah memberi keredhaan atas persahabatan yang terjalin antara mereka…

By, bagus kan wanna..ayat-ayat dia best, bakal penulis jugak ni...hik-hik...bab kata my friend seps tu "kalau analogi makanan,ianya seperti pancake yang gebu hehe."

Wanna tulisan ko ni mengingatkan aku dengan tulisan abang sam,nanti aku share..Subhanallah

4 comments:

Wanna said...

Hmm... Alhamdulillah.. Tq coz suka apa yg aku tulis. Agaknya ko saorang je yg suka baca kot.. Hahaha... Xpelah tu... yg ptg Tie, aku tulis dari hati aku yg ikhlas.
And tq so much coz beri aku support. Ada pulak masa aku nak tulis kan... walau keje belambak, tp ku gagahi juga.. hehehe... Boleh aje, nak dgn xnk jer...

Cahaya hidupku said...

sangat suka...manakan tidak...semua nak story ngan suamiku...

ko tau...suami aku ketawa sesungguhnya tgok anak ko jer yang slim...Alhamdullilah nikmat mana yang harus ku dustakan...walau berjauhan...aku masih lagi mampu menceritakan dengannya...Subhanallah,Allahuakbar
Bab kata pepatah..hendak seribu seribu daya tak nak seribu dalih...

opps lupa dalam buku dimana dia dihatiku....alasan akibatnya kemalasan :)

Wanna said...

Haha... Anak aku mmg kurus mcm maknye dok bagi makang pulok kan? Dia mkn banyok tapi mcm tu la badan dia. Se lagi, laki aku mmg dok wi anak dia terlebih sihat... Tingat kat adik ipar aku dulu yg laki tu, badan semangat, husband aku yg control mkn dia.. kesian kawan tu nok makan... Hasilnya, dah ensem pun dia skrg...

Cahaya hidupku said...

haha...itu la doa seorang ayah...suamiku pulak suka sangat anak montel...dia selalu bayangkan...hopefully anakku pandai la jaga diri bila besar nanti...nak tgok gak anak handsome..susah2 aku hantar jer rumah ko nanti

 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>