"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Thursday, October 27, 2011

Bersua lagi kita :)

Assalamualaikum wbt

Apa Khabar? maaf tak sempat update menu dan resipi pilihan...tapi barakah sungguh walaupun secara bagitahu dan melalui gambar di FB...kawan dah pun cuba Alhamdullilah....

Sesungguhnya...jadilah kita orang yang bermanfaat....hari ni semangat agak turun....tak tahu apa yang difikir...tapi semesti dosa-dosa menghantui diri agaknya...

Suami pun dah mula BZ...isteri pun berbz la secara blog...

Besok hari travel lagi...nak restok barang...Alhamdullilah dengan rezekimu....
Ya Allah permudahkanlah segala urusan, Amin

Register ziarah pun dah settle,,,,yang paling best, suami dapat berjemaah subuh dimasjid....Alhamdullillah besar sungguh nikmatmu...semoga allah jadikan diri kami seorang yang istiqamah....

tak tahu nak story apa...saya sangat bersyukur dengan kurniaanmu...masih lagi mencari...dan jadikan la rezeki yang kami dapat ni rezeki yang boleh diagih-agihkan dengan orang lain juga :) amin

Monday, October 24, 2011

Terkulak Omak....

Hik2....minta maaf...minta maap kat diri sendiri tetiba buat private...tp mak nak ucap thank you pada blogger yang tegur mak...eh mak ni cepat jer perasan tu ler p letak picture seksa...tak sedar mak....terima kasih yer....

Mentang2 si lelaki bergelar suami memuji...terus nak masuk neraka yerk....sabar je mak...

Syukur Alhamdullilah dikelilingi kawan-kawan yang mengajak kebaikan...nanti kalau mak terlupa kirim salam k..moga-moga satu hari nanti kawan mak yang tegur tu la yang akan jadi kawan baik....

Nak minta maap jugak tak dapat nak bzkan diri update blog...sibuk dengan kelas rumahtangga....Happy deepavali!

Monday, October 10, 2011

Umur yang paling buruk

KHUTBAH JUMAAT 27 RabiulAwal 1426 / 6 Mei 2005
Tajuk : Umur Yang Paling Buruk
OLEH: Ustaz Hj Mohd Zakuan Hj Tak


Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang jumaat yang dihormati, supaya sama sama kita mempertingkatkan ketaqwaan masing-masing kepada Allah SWT, yakni dengan mengerjakan segala suruhannya dan meninggalkan segala larangannya, Mudah-mudahan kehidupan kita yang sementara diatas dunia ini akan diberi keberkatan dan akan menikmati kebahgiaan hakiki yang abadi diakhirat nanti.Sidang jumaat yang dirahmati.

Menilik akan kejadian asal usul diri kita ini, bermula mendiami didalam perut ibu yang dipanggil Janin, bererti tersembunyi atau terlindung. Setelah dilahirkan kita digelar Bayi dan sesudah itu dipanggil kanak-kanak pula, dan apabila umur telah baliqh kita dipanggil pula belia atau remaja. Kemudian hingga sampai umur 30 tahun dipanggil pula KAHLU / Pertengah umur dan sesudah mencapai 40 tahun kita dipanggil SHEIKH yakni orang yang telah matang. Rasulullah SAW diangkat menjadi Rasul pada ketika baginda berumur 40 tahun.Sidang jumaat yang dihormati,Kembali memperkatakan tentang kejadian manusia itu, maka Allah telah menjadikan kita sebagai manusia ini akan melalui beberapa laluan dan perkembangan dan kemudiannya, Allah SWT akan mematikan kita pula. Ada diantara kita yang pendek umurnya, dan ada yang panjang umur hingga kepada tua yang nyanyuk. Namun demikan, Allah juga telah memperuntukkan rezeki masing-masing, Ada yang mewah dan kaya raya, ada yang sederhana, dan tidak kurang yang papa kedana sepanjang hayat. Maka yang dikurniakan kemewahan seharusnya membelanjakan hartanya kejalan yang diredoi Allah, manakala yang kais makan pagi, kais petang makan petang, perlu redzo dan sabar dengan ketentuan dari Allah itu. Sepertimana firmannya didalam surah An-Nahlu a:70 :

"Dan Allah telah menjadikan kamu, kemudian mematikan kamu, ada diantara kamu yang disampaikan umur yang paling buruk, sehingga tidak diketahuinya lagi sesuatu yang dahulunya sudah diketahui. Sesungguhnya Allah maha mengetahui lagi maha berkuasa "Pengertian ayat ini bermaksud bahawa Allah berkuasa menjadikan manusia itu daipada tidak ada kepada ada, kemudian dimatikannya apabila sampai ajalnya, samada dimatikan ketika kanak-kanak, atau ketika muda belia, atau boleh dimatikan ketika setelah umur tua bangka dan nyayuk.Sidang jumaat yang berbahagia:Ketahuilah saudara saudaraku sekalian, bahawa setiap manusia itu akan mengalami empat (4) peringkat laluan jika umur kematiannya mencecah kepada 63 tahun.
Pertama : Peringkat umur kanak-kanak hingga berumur 33 tahun. Diperingkat inilah dipanggil alam persekolahan, dimana kita diwajibkan menuntut ilmu, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat dengan sebanyak-banyaknya, bertujuan bagi mencari kehidupan yang sempurna diatas dunia ini dan juga mencari kebahgiaan diakhirat, kerana diperingkat umur ini, ingatan sesaorang itu sangat kuat dan bertenaga untuk menghafal dan mengingati pembelajaran.Kedua : Peringkat umur dimana perkembangan pembesaran manusia mulai berhenti. Ianya dipanggil Sinnul-Wuquf iaitu umur dari 33 tahun hingga sampai 40 tahun. Diwaktu ini lah kita mempunyai kekuatan tenaga yang luar biasa, cerdas fikiran dan kuat tubuh badan. Diwaktu ini kita digalakkan untuk mencari kekayaan dunia tetapi tidak melupakan akhirat. Sepertimana maksud sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud : "Bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup 1000 tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah olah kamu akan mati pada esok hari" Tetapi pada waktu umur sebeginilah iman kita akan diuji, Jika mempunyai ilmu agama yang tinggi serta iman yang kuat, maka manusia itu akan berjaya melepasi dugaan umur ini, tetapi jika kita lemah iman dan mengikut kata telunjuk syaitan dan iblis, maka kita akan rebah tersungkur dipangkuan syaitan dan akan sentiasa bergelumang dengan noda dan dosa. Diwaktu ini kita lupa nasihat ibu bapa, lupa pengajaran dari guru, lupa pada kematian, dan lupa hari pembalasan diakhirat nanti. Waktu ini Mujur lalu melintang patah, Arak diminum seperti menunggang air sejuk. Perempuan tidak bermoral dijadikan teman untuk ditiduri. Permainan judi menjadi amalan sebati. Sembahyang lima waktu kita jauhi. Masjid dan Surau tidak kita kunjungi. Oleh kerana peringkat umur ini telah kita tempuhi, maka tuan-tuan yang berada disini perlu mengawasi anak-anak kita yang sedang melalui umur ini, supaya diawasi, dinasihati dan dimarahi, walaupun mereka itu sudah berumah tangga sekali pun, kerana diwaktu ini banyak kisah benar boleh diteladani. Banyak yang terlibat dengan najis dadah, terlibat dengan budaya samseng, Gila disco, Gila judi, Gila Perempuan dan gila menerima rasuah yang mana perbubatan keji ini seumpama ini, akan memusnahkan kehidupan masa depan mereka dan cucu cicit kita.
Manakala peringkat umur ketiga pula dipanggil Sinnul Kuhullah iaitu dari umur 40 han hingga sampai 60 tahun. Pada peringkat ini keadaan fizikal kita mula menurun dengan perlahan secara tidak kelihatan dan amat perlahan. Seperti penglihatan mata kita telah mulai kabur, pendengaran telinga kurang ketara, kulit mulai berkedut dan kendur, gigi mulai longgar dan adakalanya jatuh gugur, rambut dikepala dulunya hitam pekat, sekarang bertukar botak berkilat, misai janggut berselang warna antara hitam dan puteh beruban, Diwaktu inilah kita digalakkan supaya meningkatkan amalan ibadah, untuk kebahagiaan diakhirat. Bertaubat serta menyesal atas perbuatan terlanjur yang telah kita lakukan pada waktu tengah muda dahulu. Orang yang masih hidup pada umur ini bererti Allah amat kasih kepadanya kerana memberi ruang dan peluang untuk kita bertaubat, serta berkesempatan menambahkan amalan lagi. Rasulullah ketika umur sebegini, bersembahyang hingga bengkak-bengkak kaki, kerana bersyukur atas nikmat Allah yang dikecapi, Tetapi setelah kita diberi peluang hidup hingga umur sebegini, Kita masih tidak mengerti, Kerja tidak berfaedah yang kita lakui, Boleh bangun 2/3 pagi hanya untuk tengok liga bolasepak luar negeri tetapi sayang jemaah subuh tidak kita sertai.

Hadirin sekalian,Peringkat kempat pula dinamakan umur orang tua iaitu, dari 60 tahun keatas. Pada umur sebegini badan telah lemah dan tidak berseri, sakit yang tidak diundang akan datang bertubi-tubi, Penyakit lemah jantung yang ditanggungi, datang pula kencing manis dan dituruti pula dengan darah tinggi. Selera makan juga sudah berubah, dulu makan nasi empat kali tambah, sekarang menghabiskan sekeping roti terasa mengah dan lelah. Nah sekarang baru kita tahu bahawa segala kekuatan, kecantikan dan kehebatan telah ditarik Allah. Dulu badan berketul, kuat, tak lut parang dan peluru senapang, sekarang tolak satu jari jatuh terlentang. Ini adalah fitrah alam, ada pangkalnya pasti ada hujungnya, Kehidupan dan kematian.Sidang jumaat yang dikasihi.Tetapi apa yang lebih malang lagi ialah diwaktu umur tua bangka sebegini, ada diantara kita nanti yang akan dinyayukkan oleh Allah. Lihat datuk nenek kita yang mencapai umur ke tahap ini. Kelakuan mereka seperti kanak-kanak. Pelupa dan suka bertanya berkali kali, membuang air kecil dan besar merata-rata dan sesuka hati, dan suka membuang kain yang dipakai umpama kanak berbogel ketika berumur 3 tahun. Kelakuan nyayuk ini adalah merupakan ujian kesabaran kepada anak-anak yang memelihara mereka. Bak kata Pepatah Melayu "Rumah kata pergi, kubur kata mari". Memelihara ibubapa seperti ini membuatkan kita terlalu banyak berdosa kerana tidak sabar dengan kerenah mereka. Mana orang tua yang bernasib baik akan dijaga dibelai dengan penuh kasih mesra oleh anak anak kita. Dimandi dan dibedaki, Yang tidak bernasib baik mereka mereka ini tidak akan dipeduli, berak kencing merata-rata hingga bau badan hancing dan busuk sekali. Oleh itu bermohon kepada Allah supaya jangan akhir hidup kita ini disengsarakan sebegini.Kata Ibnu Abas, hal-hal seperti ini tidak akan ditujukan kepada kaum muslimin muslimat yang beriman, kerana orang Islam yang beriman semakin ditambah umurnya, semakin mendapat kemuliaan disisi Allah.Barang siapa yang membaca al-quraun sepanjang hidupnya, ianya tidak akan disampaikan kepada umur yang paling buruk (adrzalil Umuri) sehingga dia nanti tidak mengetahui lagi sesuatu yang dahulunya diketahui, Yakni mereka yang dikecualikan dari dikembalikannya ketempat yang paling rendah. (Asfala safilin) ialah orang orang yang beriman dan beramal soleh. Mereka itu ialah orang-orang yang membaca Al-quran. Rasulullah mengajar umat selalu berdoa:"Ya Allah kami berlindung kepadamu daripada bersifat kedekut dan pemalas dan berlindung dari umur yang paling buruk dan dari siksa kubur, angkara fitnah semasa hidup dan mati."Oleh itu, semasa umur masih muda, mampu dan masih kuat, maka berlumba-lumbalah didalam mengerjakan ibadah. Penuhi aktiviti harian kita dengan melengkapkan sembahyang lima waktu, perbanyakkan sembahyang sunat, puasa sunat, bersedekah, membaca al-quran dan berzikir kepada Allah, kerana jika umur kita dipanjangkan Allah hingga kepada tua bangka dan nyayuk, nescaya Allah akan mengira ketika nyayuk itu sebagai sedang beribadah juga, kerana sudah tentu jika kita sihat dan tidak nyanyuk sudah pasti kita akan terus beribadah, Tetapi sebaliknya jika semasa muda kita, kita habiskan waktu dengan melalaikan perintah sembahyang, mengerjakan perbuatan maksiat dan dosa maka apabila kita dinyanyukkan maka Allah akan menghitung kita berada didalam maksiat juga, kerana kalau kita tidak dinyanyukan maka sudah pasti perkara kejahatan juga yang kita akan lakukan.Semuga khutbah pendek hari ini dapat mengisafi diri kita dan diri saya juga bahawa dunia ini adalah pinjam pinjaman, maka akhirat juga tempat kekal yang abadi.

KHUTBAH KE 2
Insaf

Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang jumaat yang dihormati, supaya takutilah akan Allah dengan sebenar benar takut. Ambillah sebanyak mana bekalan didunia ini, sementara nafas masih menyedut. Dan sebaik baik bekalan itu ialah taqwa kepada Allah. Iaitu mengerjakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Kerana jasad dan rohmu tidak akan mampu menahan kesakitan bakaran api neraka yang azabnya tidak terperi. Dan ketahuilah oleh kamu, bahawa kamu tidak boleh lari dari MATI, dan yang beserta jasad kamu dialam kuburyang sempit nanti hanyalah amalan kamu. Jika baik amalan kamu ketika didunia maka nikmat dan bahagia dibalas tuhan, tetapi jika jahat amalan kamu, balasannya adalah siksa dan azab yang amat menyakitkan.Saudara saudara seagama yang dimuliakan.Renungilah, insaflah dan teleklah diri kamu baik-baik. Adakah amalan kamu sepanjang hidup yang lalu, merupakan amalan yang baik dan diredzoi Tuan, ataupun amalan mungkar yang menjadi kemurkaan tuan.Sedarlah, bahawa sekalian kerjabuat kamu diatas dunia dahulu, akan dihisab sekali lagi dihari Pembalasan. Baik sepatah perkataan yang dikeluarkan, maupun seinci perbuatan yang dilakukan, ianya akan diperiksa, diteliti, satu demi satu dihadapan Tuhan. Dan balasan yang adil serta setimpal akan diberi Tuhan. Hari itu kamu akan menyesal bersangatan, oleh kerana malas dan segan mengerjakan ketaatan. Hari yang tidak ada guna penyesalan. Hari yang tidak memberi manfaat, walaupun kita didunia, jutawan terbilang, walaupun berpangkat dan mempunyai gelaran, Waktu kedahsyatan matahari tegak dikepala hanya sejengkal Waktu itu anak isteri yang kita kasihi akan bertemperian lari membawa untung diri, nafsi nafsi. Yang diperlukan hari itu hanyalah amalan soleh ketika didunia.

Tuesday, October 4, 2011

Rahsia Allah :)





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,



وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,



الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?


وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.



فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,


إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.



فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,



وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.




AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN... DENGAN MUDAH DAN TENANG





Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.


Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-


1. Ambil Wudhuk.


2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x


4. Al- Fatihah - 1x5.


5.3 Qul- 1x


6. Surah Insyirah - 1x


7. Selawat Atas Nabi - 10x


8. Baca Surah Yassin - 1x


9. Baca Surah Insyirah 100x.


10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.




Contoh:Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.


Sumber: Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.Wasallam.See more



source by: MataHati AinulQalbi




Sharing my experience, masa i dulu2 belajar, maklum ler belajar org tua, i juga amalkan surah insyirah.baca jer terus igt secara directly gtu..ilham datang masa nak jawab..insyaallah



Sekarang, saya share dgn anak,Alhamdullilah..semoga kita semua dapat beramal :)

Resipi Ayam pusing "Kenny Rogers'

Weeee....Korang layan dulu biar pusing-pusing matanya...eke2

Fresh from Oven
Perrrgggghhh

Hot and sexy...hik2

Looks Delicious...mmmmm

Its homemade ok...


Jangan Frust2...kalau teringin cakap jer kita buatkan....ok kalau nak buat sendiri...let me share resipi...


Bahan-bahannya


Ayam 1 sekor

Sos lada hitam 3 senduk

Kicap perap Ayam 1 senduk

Rempah ketumbar 5 sudu

Garam halus 2 sudu


Cara-caranya, gaul dan lumur bahan-bahan tadi sehinga sebati dan menyerap dan perap selama 3 jam.(yatie perap 3 jam)


Apa kata survey...best mommy...hik2...iyer la tu...mak dia senyum sampai ke telinga dah....

Actually, this is speacial for my hubby..maklum ler dia g kja balik penat2..mesti la lapar kan

so siapa nak try this menu, silakan2...nampak la happening....waaaaahhhh :)

Murah sungguh Rezeki Allah

Entry kali nak share cerita last week, aku ni kan tak sempat lagi nak open house ka...close house ka..mana taknya...tak dpt nak plan...ialah kalau nak buat semua tu mesti la nak ada housemate..walaupun housemate dah sampai umah....tapi housemate nak pergi sarawak pulak khamis ni...gtu ler dah cari rezeki...seronok...susah nak cakap, siapa yang suami dorang kerja cam gini tahu la...tak lagi nak layan karenah memasing...ke guane?

So aku dah umum sini siapa nak datang umah aku, cakap jer...nak makan apa aku buatkan eh...jangan malu2 la...malu rugi...bukan ke apa yang kita ada kita share sama2
tak kira la ko musuh aku pun..secara kasar...kau rasa nak dtg minta maaf..datang hah...ceh wahhh...

dan ni nak cerita kisah last week, my collegue from kuantan dtg KL, yang kebetulan nak follow up anaknya kat IJN, so dengan baik hatinya dia sudi nak datang umah aku....Terima kasih norli n LOK , i really appreacited!

As u olls know, currently i duk bz ngn training kat bangi ni...so bla ada je tetamu...nak dtg..i pun tanya la dia..nak makan apa? dia kata nak try sgt pavlova....mmmm...malam b4 dia dtg,tu dah buat..so dia punya crispy tu dah hilang....la...maklum org kja...ptg tu sediakan menu mee bandung ala orang kita jer....

yang tepi tu...nampak tangan norli...hik2, yang penting success manage witout maid ok :)
mmm...bila kita buat baik dengan orang..dapat pulak buah tgn dari cik puan kita ni....sungguh bersyukur...


Hopefully hubby akan kupas hari ni dan letak dlm icebox...eke2...biasa la i..mesti nak manja..bila abe ada...dan dan jadi kebiasaan..hubby akan kupas buah macam biasa....


Untuk pengetahuan u olls...ni ayu yang sharing...datang-datang la selalu eh...kalau orang selalu datang rumah kita...dorang ni akan bawak dosa kita keluar dari rumah tau....


dan jgn la kuciwa, utk para tetamu...darjat u olls lagi tgi dari orang yang kita lawat tu...ha, best tak, best tak..siapa nak datang umah kita bagitahu eh....

Monday, October 3, 2011

Saya nak kongsikan kecantikan juga!

Jom guna MEIKO FOUNDATION

Mmmm...makin gebus dia eh....halus mulus gtu....bukan sorang jer cakap dah ramai yang tegur..dahlah makin putih lak tu.....hubby pulak cakap... dah besar panjang mesti ler pandai melawa...yeayy...hubby tepat....

Thanks for my make up artist yang kenalkan dia pun gebus and mulus tau....

mmm..this d best foundation yang i guna...konfem make up tak cair dan tak berminyak kecuali hormon orang preggy...hik2, yang best kekal lama...gitu

So kalau sesiapa berminat nak beli naturator, boleh email and call i @ 019-950 6900

Naturator ada banyak jenis, so kena match tau dgn our skin..RM40 only!

1) 130 - White skin color (normally) - Chinese skin (Lightest)
2) 140 - White skin color (normally) - Chinese skin (Lighter)
3) 141 - White skin color (normally) - Chinese skin (Light)
4) 150 - Tanned Brown (Sawo matang) skin color (normally) - Malay skin (Light)
5) 151 - Tanned Brown (Sawo matang) skin color (normally) - Malay skin (Lightest)
6) 152 - Dark skin color (normally) - Indian skin (Dark)
7) 153 - Dark skin color (normally) - Indian skin (Darker)
8) 161 - Additional Foundation (Yellow)
9) 171 - Acne skin / scarred (Green)
10) 181- Additional Foundation (White)


NATURACTOR COVER FACE CREAM(FOUNDATION) & LOOSE POWDER
ANDA IMPIKAN MAKEUP YANG TAHAN LAMA?
TIDAK BERMINYAK?
RINGAN DAN WAJAH YANG BERSERI-SERI?
INILAH PRODUK YANG PALING TEPAT.

NATURACTOR COVER CREAM MERUPAKAN FOUNDATION YANG DAPAT MENUTUP SEMUA CELA-CELA DIWAJAH, SELAIN ITU JUGA IA DIPERBUAT DARIPADA BAHAN BERASASKAN TUMBUH-TUMBUHAN ORGANIK DAN TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN KULIT..KELEBIHAN NATURACTOR COVER CREAM

Anti kilauan / tidak berminyak
100% menutupi pegmentasi, parut, cela, jerawat, dan noda hitam

Ringan dan lembut pada kulit seakan-akan anda tidak memakainya>>Melindungi kulit dari sinar uv yang menyebabkan pigmentasi

Senang digunakan dan tidak melekit
Bertahan hingga 12 jam, berbanding bedak biasa hanya 1 jam

Tidak menutup pori-pori>>Sering digunapakai oleh makeup artis professional
Senang sangat nak pakainya...kalau you oll masih tertanya...macamana nak guna...tgok pic ni guna span dan sapu rata jer...


Jom kita tengok camner nak kenal yang tak ori...KIRI TAK ORIKANAN ORIORI PUNYA LEBIH MENUTUP... COVERAGE DIA LEBIH CANTIK TAK MINYAK.. KIRI tak ORI eh....


Jom kita tengok testimonial!


Rope-ropenya my fren yang putih melepak tu pun guna tau...meh kita pinjam dia punya testimonial eh....click sini kebetulan.....mieja permisi ya...


Agains...ni korang layan pic testimonial orang negara yang cipta mende alah ni lak...


mmmm...u oll nak tengok i....tungguuu...ala kalau tak korang layan2 hah pic i sebelum ni eke2....
yang lawak tu....eh t muka macam pakai vitamin...ni jeles ni...hik2


Kita tengok kawan-kawan kita lak..thanks yer for sharing!
Opppss...Nurul pun guna jugak la....Untuk tujuan rujukan. CODE 152 untuk kulit seperti Nurul :)



mmm...mencari make up artist i, boleh visit sini neh....boleh booking jugakkk, she is part time make up artist ok!

So kalau rasa nak try naturator tu...sms pun ok call pun ok @ 0199506900...email pun ok to jamie_atie79@yahoo.com

Kalau dah tak ada jodoh...

Haippp..bila baca blog wanna...eh ko g KLCC..aku pun pergi tau...apa hal kita tak msg eh...

Actually tak plan...kak madinah ni datang umah i...dia hantar anak dia attend kelas utk SPM kat KLCC, bila dia nak g amik tu..dia tya umah awak senang tak nak g KLCC..kita cakap lol senang bangat..nak join la sekali....nak g klinik...bawak adam...cian adam eh adam deman...mesti rindu ngn daddy kut..biasa kalau daddy ada mesti dia layan adam cakap...mommy sibuk ajer eh layan abang dan kakak tak pun duk buat kerja rumah...ka,ka...dengan selamba jer letak kain tgh umah masa wanna datang...hik2...ala kebetulan wanna datang...tu ler wanna i x ada maid..sob2...tapi pagi ni...bila hubby call...kita cakap adam deman teruk...kalau tak kebah lagi...besok daddy dia ler bawak pulak....mmmm....dan semestinya..seorang ayah memang la dia sayang ngn anak dia..lagi la kita share..masa g klinik semalam dr cakap kalau akak mampu, akak guna la maid...kesian..sebab baby bawah 2 tahun ni , we oll tak galakkan dia makan ubat dan bercampur dengan orang ramai....mmmm...secara dalam hati...moga2 cadangan dr tu hubby amik pakai....dang dia tanya..dan penat lagi...eh kalau tak ada maid...eh...dengan anak deman...dengan rumah lagi, dengan hal2 rumah lain...eh....

Saya tak ada la penat...kalau saya buat saya dapat pahala.....cos kalau kita berkira sangat dengan anak-anak nanti bila anak dah besar dia pun berkira dengan kita....terus bukak hadis dengan suami...bukan ke kalau kita bagi dengan anak2 isteri umpama sedekah...nanti Allah akan balas....lagi la isteri dan anak2 selalu mendoakan suami dan ayahnya....ingat tau para2 suami kalau kita bagi2 tapi kita ungkit ke berkira ke...boleh jadi pahala u oll hilang macam tu jer.rugikan..ingat tangan orang memberi lebih baik dari menerima...thats y bila kita tengok org kahwin ni...makin establish...hidup dia makin senang...tanpa disedari you oll selalu sedekah pada isteri dan anak tau.....percaya la...bukan i yang cakap...Al-Quran yang bagitahu...

jom layan gambar lak k...

Lepaking dekat lobby tower 1, sambil menunggu Fyra
Lepas jer amik fyra...we oll p makan kat signage food court level 2, Thanks kak madinah belanja makan untuk anak2 saya....ingat tau...belanja makan umpama sedekah juga....what you give you get back,biasa org tau kata ayat ni..masa dia frust jer...igt kita buat baik dapat baik tau....mommy pekena set ayam penyet...windu hah...ten order pizza milono...sedap bangat..now pun tekakku masih lagi teringin...sabar-sabar...puasa kannnn.....

NI ler budak adam yang deman tu...nak kena layan dia cakap jer...sayang adam eh!!

Asalnya nak bawak g klinik KLCC, due to klinik masih lagi lum operasi sbb baru pindah...adesss..KLCCoh KLCC...makin mengancam uuuu

mmmm..Tengok...ada harinya...

mmmm...Jiwa kacau sungguh...mana taknya org yang kita harap nak balik umah...x balik2..sob-sob..dari hari khamis,jumaat,sabtu,ahad...pagi-pagi ni dapat call..may be malam ni sampai....katanya,,,iye ler....thats y kita x ley berharap...pada manusia...berharap la pada Allah..

Bagi menghilang rasa frust....malam tu terus tak dapat tidur..berterapi la i....mencuba kek karamel..dah tau...susah...sebab kak ita kata dia pun 7 kali buat....nak jadi gtu...kalau rasa tu sedap..tapi...kek tu x gebus...ke atau karamel yang tebal.....action pulak sekali buat 2 biji...


mmm..tengok masa buat memang la cun,,,,,,




masa dah siap masak pun cun gak....tapi macam tak jadi macam kak ita punya...ke sebab telur kita guna tu kecik erk??




Cheee wah....satu lagi...yang ni masa bakar mengantuk terus...di tinggalkan....ka,ka...dah la berlagak cam pandai2 eh...




Tapi rasanya best..bab kata hairu..macam kuih apam aku...jadi bantat t ehhhh...hik2..nok suka rasa...tak per nnt kita cuba lagi..habis tau....




Last2...malam tadi i buat trifle lagi...ni tak la sakit hati....ka,ka...sebab dah terapi bersama-sama kawan..n anak buah..ada yang datang umah ada aku g KLCC...so malam bertenang....bukan 3 lapis siap 4 lapis gtu....hu,hu.....

ada yang mintak nak resipi kek karamel tu kan...actually i amik dari kak ita, boleh visit ....

copy paste yer...


Gula Hangus


2 sudu besar gula pasir


Sediakan loyang 8 inc. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.Ketepikan


Bahan Karemel

1/2 tin susu cair ,70g gula castor,1/2 sudu teh esen vanilla,3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.Kacau telur dan esen perlahan.Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.Ketepikan.Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )


Adunan Kek Bahan 1


70g gula kastor,3 biji telur kuning,135ml air ,45ml minyak masak


Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.


Adunan Kek Bahan 2

140 gm tepung gandum,1 sudu teh baking powder


Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayakMasukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.Ketepikan.


Merinque


6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning


70g gula castor,1 sudu teh krim of tar2


Pastikan semua peralatan dalam keadaan keringPukul putih telur hingga berbuihMasukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuhMasukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.Gaul rata secara kaup balikKemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.


Panaskan oven terlebih dahulu. Panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160CGunakan api bawah sahaja.


Kaedah Steam Bath


Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadiLetakkan pada rak bawah dalam oven.Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.


Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.

dan i rekemen visit terus la kat blog kak ita yang i bagi link tu...bukan apa...cara-caranya siap dengan picture lagi.....

dan i akan cuba lagi dan cuba lagi...hu,hu

Saturday, October 1, 2011

Saya sangat berdebar-debar....

Gediks takk...???ahaks

Hubby will be back...apa pulak berdebar.dan..berdebar...sebab takut bila jumpa...tak mampu nak jadi isteri yang baik....Oh No 100 days dah past....takutnya....hik2...dont go....

Selalu berperasaan kalau boleh tak nak nampak cacat cela....what can i do for you????

"Ya Allah,aku pasti dengan cinta dan kasih sayang yang ada antara aku dengan Mu pasti akan mengalir cinta dan kasih sayang ini kepada suamiku yang amat dicintai.Aku bertekad Ya Allah,bahawa segala perintah dan syariatMu adalah yang tertinggi.janganlah Kau jadikan dia fitnah dan dosa kepadaku dalam perjuangan ini kerana aku menerima kehadirannya atas perintah dan suruhanMu,maka Kau kuatkanlah diri dan hati ini agar istiqamah dalam usaha pencarian taqwa ini, Amin"
 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>