"Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu,kerana dengan
"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"
Friday, September 30, 2011
Hidup ini Sangat mudah...
"Berilah (belanjalah) dan jangan kamu selalu menutupi kepunyaanmu,kerana dengan
Thursday, September 29, 2011
I'm Proud with my dad!
"kak roza pernah rasa terkilan, sorry if i tersilap...tak ada org nak attend majlis penyampaian hadiah waktu sekolahnya...yor...aku pun pernah gak..masa darjah enam..dapat no 1 lagi...hwaa...ayah hantar kat pintu pagar jer....masa tu jer...hu,hu..."
Eventho, Ayah I seorang yang tak mesra alam...Ayah is D best in world...ayah banyak mengajar aku jadi seorang yang paling penyabar...I Guess..hu,hu...ayah kita type cakap bila perlu...ko jangan la terasa....nyahhh
Sharing about the story after my lovely mom passed away about 13 years old....Who care about me....When I got Tsunami...When I want to pursue my study....Ayah la segalanya....Bersabar la dalam sabar....and Fokus, walaupun dia tak pandai nasihat...tapi cara-caranya mendidik aku menjadi aku faham erti hidup....
and the journey look so beautiful...
-kalau ayah tak challenge..ko tengok sepupu ko semua masuk U after SPM, and i...go to INSTEP...may be i tak sambung belajar ke degree..buat after 2nd baby, i manage to complete degree...dan hanya Allah tahu niat masa tu nak duk dekat dengan arwah mak...dan memang tak terkilan mak meninggal during sem break...kompen la i jaga mak..
-Kalau ayah pergi dulu..may be we oll adik beradik takkan sempat nak bermesra ngn ayah..yess..ayah masa muda kerja jauh..so sekarang 100% duk umah..abang sam please...thinking :)...as u know, my dad ada suara emas....
And what i go thru...pernah rasa macam orang bercinta...after ayah tak ada teman..bercakap sampai satu jam gtu kat phone...
-During my early marriage, Ayah advise..jangan kawin muda...but i want tooo...i realized..ayah nak cakap...buat lah persiapan yang betul..kita kahwin kerana Allah.....what i have go thru...meme sesuai la..i ni fast learner kan,kan...hik2
-Ayah meme Best!
-Ayah memang Best!
-Ayah handsome woooo....ayah wanna pun akui...so hubby....i want you look good....tetiba jer...ha,ha...I cant describe about my dad..
" Ya Robbi, Ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku diwaktu aku masih kecil "
Update before nak g Pump and pump during lunch hour....i puasa hari ni....kawan2 ckp rugi ooo...makan sedap...yer ler tu....
Special Request, New recipe choclate Pavlova

Kain bajuku...
Suka ke kalau tengok macam ni...tapi housemate dah pesan...x payah la cuci baju lagi...ahad saya balik...mak aiii...Takkan la nak tunggu ni baru 2 hari..nanti mampu ke bila time lipat.....nak jemur kain pun tak ada tempat...
Hari ni hari nak memuji...actually bukan memuji hambanya tetapi ingin memuji Allah atas ciptaannya sungguh indah...dan ianya membuat saya begitu menghargai....dang dang la kalau housemate tiada disisi...I feel..saya sangat cukup bertuah :)
For me, my housemate sangat teliti dalam membasuh pakaian...kadang2 i pun tak macam dia...setiap baju diasing..tuala dicuci dengan set tuala..baju anak dicuci dengan baju anak...
dan boleh puji...la..sehingga dijemur kat ampaian..kalau tshirt pasti dihanger....
Walaubagaimanapun...kita tidaklah selalu bertuah....contoh...jika housemate membasuh stokin...dia kadang2 tercampur stokin putih dan hitam...at d end tetiba jer stokin hitam jadi merah, akibat dek hemtam pelutur putihku..mula la aku uhhhhh....sabau ajer mak...ini bukannya stokin, kadang2 terkena pada kasut sekolah anak yang berwarna hitam..ka,ka,ka...mmm siapa mau jawab tu...
Bila aku relate dengan my life...i pun sama jugak macam u olls...hidup pun penuh dugaan...tapi sememenyo...i sangat bersikap positif...mencari dan mencari yang terbaik...
(2 minggu ni menerima kunjungan negatif...sampai ada yang main-main..ko memang best boleh jadi pakar kaunselor...)
Yang pasti kembali pada Allah....check it out!
Wednesday, September 28, 2011
Subhanallah...Asma Al Husna
"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)
Tuesday, September 27, 2011
Kerja dan kerja...
Apa khabar semua?mmm macam baik jer hari ni kan…tetiba beri salam (macam nak tulis surat…ka,ka,ka)
Semoga rakan-rakan yang disayangi berada dalam lindungan Allah, especially rakan-rakan silent reader…Terima kasih yer…Saya menyedari kehadiran anda…une, ko datang kan…ha,ha..sorry
tak ada resipi kuih..eke2..
Tak lupa juga yang selalu berada disisi i…mesti la selalu singgah bagi komen, u olls nadi I tau….untuk saya teruskan menulis dan menulis…mesti you olls rindu kalau I satu hari tak update…alamak syok sendiri….eke2
Allah mendengar bisikan hati saya…dan dia yang tentukan saya disini…rasa nak nangis..terharu sebab ALLAH sayangkan saya…
Saya berdoa semoga Allah menghantar kami ke Putrajaya....Kalau diizinkannya..Kita berdoa kan... I love PUTRAJAYA... :)
Thats Y blogging..hilang ngantuk...kan E learning I dah buat..sekarang dorang dok buat E learning la tu...Pinjam ayat wana jap..OGKY...cheee wahhh

Hari ni first time i tulis kat notepad..before i write kat blog..bila menulis blog jer terus teruja..."Cannot tell the feeling" MEME puas..hik,hik..bila i merajuk ngan hubby pun i tulis tau...satu rumah SMS...ha,ha...lawakkan..tapi tu la d best..dia nak baca ke tak nak ke..janji puas...ka,ka...kan bila cakap mulut jadi lain...kan,kan....
Ok, I need to stop...mengantuk dah hilang....
Opss...Aku rasa macam attend course sambil tengok sessi Buletin TV3...mana taknya..ada 2 pengacara yang ceria...tguu nnt upload pic k...
Hari ini sangat Indah.....
Sunday, September 25, 2011
Tanya sama pokok apa sebab goyang....



Lama tak layan lagu...
Look at the stars,
Look how they shine for you,
And everything you do,
Yeah, they were all yellow.
I came along,
I wrote a song for you,
And all the things you do,
And it was called "Yellow".
So then I took my turn,
Oh what a thing to have done,
And it was all "Yellow."
Your skin,
Oh yeah your skin and bones,
Turn into something beautiful,
You know, you know I love you so,
You know I love you so.
I swam across,
I jumped across for you,
Oh what a thing to do.
Cos you were all "Yellow",
I drew a line,
I drew a line for you,
Oh what a thing to do,
And it was all "Yellow."
Your skin,
Oh yeah your skin and bones,
Turn into something beautiful,
And you know,
For you I'd bleed myself dry,
For you I'd bleed myself dry.
It's true,
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look how they shine for,
Look how they shine for you,
Look how they shine for you,
Look how they shine.
Look at the stars,
Look how they shine for you,
And all the things that you do.
Belum tentu lagiiiii
Saturday, September 24, 2011
Saya budak sekolah agama!
Rasa sangat disayangi...


Ya ALLAH….jadikanlah persahabatan kami ini berguna dan diredhaiMU ya ALLAH…
Ya ALLAH…jadikanlah persahabatan diantara kami ini adalah keranaMU ya ALLAH…
Ya ALLAh…jadikanlah persahabatan kami ini seperti mana nya persahabatan di antara Rasulullah dan saidina Abu Bakr….
AMIN~amin~ya RABB~
Cerita disebalik Cerita
Hargailah dirimu....



Thursday, September 22, 2011
Syafaat Rasullulah SAW
2. Di Hari Kiamat, mak kita tak jumpa, ayah kita tak jumpa, suami kita tak jumpa, anak dan isteri pun kita tak jumpa. Kalau jumpa pun masa kita kena hisab di Padang Mahsyar. Bila suami dakwa isteri dia, bila isteri dakwa suami dia, masa itulah baru akan jumpa. Anak-anak nak dakwa mak bapak, lalu anak-anak kita ditanya "kenapa tak sembahyang ketika di dunia?" lalu anak-anak jawab "nak sembahyang macammana, dah bapa tak ajar! bapak tak suruh sembahyang pun!". Ditanya pula kepada isteri, "kenapa kamu tidak menutup aurat?" kemudian isteri menjawab "nak tutup buat apa, suami tak suruh tutup aurat pun!".
3. Di Hari Kiamat, seperti kita lemas di laut. Cuba kita naik kapal, naik sampan, bot atau feri, bila pecah dilambung ombak, kita jatuh dalam laut. Apa yang kita buat? Ada papan kita pegang, ada tong kita berpaut, ada manusia kita akan panjat atas manusia tu supaya kita tak lemas dan selamat, kalau ada sehelai rambut pun kita akan pegang kalau rambut tu mampu menyelamatkan kita. Itulah bandingan kalau lemas di lautan. Lemas di Padang Mahsyar ni, semua orang dia nak kait, dia tak nak masuk Neraka tu dia akan kait semua orang. Bila ditanya "kenapa kamu tak sembahyang?" dia jawab "bapa saya tak ajar saya, bagaimana saya nak sembahyang!". Dia kait bapa dia padahal di dunia bapa dia dah pun suruh dia sembahyang. bila ditanya "kenapa tak tutup aurat?" dia jawab "suami saya tak suruh tutup aurat!" sedangkan masa kat dunia bila suami suruh tutup aurat dia kata "muda lagi!". Tapi di Hari Kiamat dia dakwa suami dia, sehinggalah di Padang Mahsyar bukan sahaja suami kena dakwa, isteri kena dakwa, mak bapak kena dakwa tetapi termasuk yang kena dakwa ialah Nabi-nabi pun kena dakwa.
4. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW menceritakan Nabi Nuh A.S kena dakwa, bila Allah soal umat Nabi Nuh, "kenapa tak beriman kepada Allah? Bukankah telah dihantar kepada kamu Nuh?" lalu mereka menjawab "Nabi Nuh tidak pun menyuruh kami beriman kepada Allah!" lalu Allah memanggil Nabi Nuh lalu Allah berfirman "Wahai Nuh! Umat kamu mendakwa bahawa kamu tidak menyuruh mereka beriman kepada Allah" dan nabi Nuh menjawab "Sudah saya dakwah kepada mereka supaya beriman kepada Allah, tetapi merekalah yang menolak saya", kemudian Allah bertanya kepada Nabi Nuh "Mana saksi kamu?" padahal sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, tetapi Allah SWT itu Maha Adil, tetap Dia bertanya kepada Nabi Nuh "Mana saksi kamu?", lalu kata Nabi Nuh "saksi saya ialah umat Muhammad SAW". Kita sebagai umat Nabi Muhammad tak pernah tengok pun Nabi Nuh, tapi kenapa kita menjadi saksi? Maka Allah SWT bertanya kepada umat Nabi Muhammad SAW, "Benarkah kamu bersaksi bahawa Nabi Nuh telah berdakwah?", kata umat Nabi Muhammad, "ya! tetapi ditolak oleh umat Nabi Nuh", lalu Allah bertanya kepada umat Nabi Muhammad, "Apa bukti kamu?", lalu umat Nabi Muhammad menjawab, "buktinya telah disebut oleh Allah SWT dalam Al-Quran bahawa umat Nabi Nuh menolak Nabi Nuh A.S".
5. Firman Allah SWT : "Sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada kaumnya, (dengan berfirman kepadanya): "Berikanlah peringatan dan amaran kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang tidak terperi sakitnya; dia pun (menyeru mereka dengan) berkata: "Wahai kaumku! Sesungguhnya aku ini diutus kepada kamu, sebagai pemberi ingatan dan amaran yang nyata; Iaitu sembahlah kamu akan Allah dan bertaqwalah kepadaNya, serta taatlah kamu kepadaku; Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman); (Setelah puas menyeru mereka), Nabi Nuh berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam (supaya mereka beriman); Maka seruanku itu tidak memberikan mereka (sesuatu faedah pun) selain daripada menambahi mereka melarikan diri (dari kebenaran)". (Surah Nuh, ayat 1-6)
7. Di Hari Kiamat, Nabi Muhammad SAW adalah orang paling pertama yang masuk Syurga, tetapi kerana sifat sayang Baginda kepada umatnya sehinggakan Baginda menunggu umatnya di pintu Syurga dan berdoa kepada Allah supaya melindungi umatnya, sehinggakan apabila ada umat Nabi Muhammad yang sama berat timbangan pahala dan dosanya di Neraca Allah, lalu Nabi Muhammad mengambil serbannya dan diletakkan serban Baginda di atas timbangan sebelah kanan iaitu bahagian timbangan pahala orang itu lalu Neraca Allah condong sebelah kanan (pahala) dan Malaikat berkata kepada orang itu "masuklah kamu ke dalam Syurga", kemudian Malaikat mengadu kepada Allah, lalu Allah SWT menjawab "Itulah umat Nabi Muhammad, biarlah dia (Muhammad) nak bagi syafaat kepada umatnya". MasyaAllah, betapa sayangnya Nabi Muhammad SAW kepada kita, maka sebab itulah bila bertembung antara Nabi dan suami maka wajiblah sayang kepada Nabi Muhammad melebihi semua manusia-manusia yang lain. Suami kat dunia ini boleh tinggalkan kita, suami tak tunggu bila isteri lambat, isteri pun kat dunia boleh tinggalkan suami, tapi Nabi Muhammad SAW tunggu kita di Hari Kiamat.
8. Syafaat itu adalah pertolongan dari Allah. Nabi Muhammad SAW mempunyai lima jenis syafaat yang diizinkan oleh Allah SWT iaitu :
i. Melepaskan manusia daripada kesusahan di Padang Mahsyar iaitu dengan memberi manusia minum air daripada Telaga Kausar (Telaga Nabi) di Padang Mahsyar. Keadaan panas dan dahaga di Padang Mahsyar sangat dahsyat, sesiapa yang dapat syafaat daripada Nabi Muhammad SAW untuk minum air daripada Telaga Kausar tidak akan dahaga sampai bila-bila. Lalu para Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah, bagaimana kami boleh dapat minum air dari Telaga Nabi?" lalu Rasulullah SAW menjawab "bila kamu di dunia, kamu bagi minum dan bagi makan pada orang". Jadi, biasakan bagi minum, biasakan bagi makan kepada orang, maka peluang nak dapat minum air dari Telaga Kausar adalah cerah untuk kita.
ii. Memasukkan sesuatu kaum ke dalam Syurga tanpa hisab. Siapakah orang yang dimasukkan ke dalam Syurga tanpa hisab? Orang yang masuk ke Syurga tanpa hisab ialah manusia-manusia yang bertaqwa kepada Allah dan tidak syirik kepada Allah.
iii. Menghilangkan hisab dan azab manusia. Orang ini patut kena azab, patut kena hisab, tetapi Nabi Muhammad mintak tolong kepada Allah, "Ya Allah, tolonglah jangan hisab orang ini".
iv. Mengeluarkan orang yang dimasukkan ke dalam Neraka daripada segala orang yang derhaka dan berdosa lalu dimasukkan ke dalam Syurga. Dari satu hadis Rasulullah, ketika Rasulullah SAW duduk di dalam Syurga, datang Malaikat Jibril, kata Jibril kepada Nabi, "Wahai Muhammad, kamu seronok duduk di dalam Syurga, kamu tak dengarkah apa-apa wahai Muhammad?" kemudian Nabi Muhammad bertanya "dengar apa?" maka Rasulullah pun diam, lalu Baginda mendengar orang menjerit, kata Rasulullah kepada Jibril, "suara siapakah itu Jibril?" lalu Jibril pun menjawab "Itulah suara umat kamu yang sedang disiksa di dalam Neraka". Lalu Rasulullah pun bersujud kepada Allah dan bermohon "Ya Allah, masukkanlah orang-orang yang aku dengar suara mereka menjerit itu ke dalam Syurga, Ya Allah". (Syafaat ini dipersetujui oleh para Jumhur Ulama)
v. Meninggikan darjat manusia di dalam Syurga iaitu menaikkan darjat seseorang manusia yang masuk ke dalam Syurga ke tingkatan Syurga yang lebih tinggi. Syurga juga memiliki tingkatan. Kalau rumah pun ada tingkatan seperti rumah low cost, rumah medium cost dan rumah mewah, begitu juga tingkatan Syurga.
9. Kata Anas bin Malik, "Rasulullah SAW tak pernah marah kalau aku buat salah dalam urusan dunia, Nabi tak marah kalau setakat aku lambat angkat barang, tapi kalau aku buat salah dalam urusan berkaitan agama dan akhirat, barulah Nabi sangat tegas".
10. Amalan-amalan supaya Allah SWT mengampun dan menghapuskan dosa-dosa kita ialah :
i. Beristighfar selepas solat dan melakukan Solat Sunat Taubat. Rasulullah SAW memohon ampun dan beristighfar kepada Allah SWT tidak pernah kurang 70 kali sehari walaupun Rasulullah tidak pernah ada dosa. Sebab itulah Rasulullah SAW berpesan kepada kita supaya perbanyakkan beristighfar setiap kali selepas solat. Sesiapa yang sentiasa beristighfar dan berzikir selepas solat, Allah akan ampun dosanya.
ii. Menyambungkan silatulrahim
iii. Memberi makan kepada anak-anak yatim
iv. Menjamu orang makan. Rasulullah SAW bersabda, "siapa yang beri makan kepada orang yang berbuka puasa, pahalanya sama seperti orang yang berpuasa". Walaupun kita tak berpuasa sunat, tetapi jika kita beri makan kepada orang yang berbuka puasa sunat, pahala yang kita dapat sama seperti orang yang berpuasa sunat itu.
Terapi Oh Terapi...weee triple laaa


Last but not least before kita sejukkan supaya tak la berapi-api...letak la Jelly...ikut suka la perasa apa..i guna jelly strawberry...beli yang serbuk eh...then bancuh sampai sebati jugak....

Tuesday, September 20, 2011
Currently,I'm reading......
Tak puas rasanya.....tak sangka hobi waktu kanak-kanak masih lagi mengiringi kehidupan seorang ibu...seorang isteri...seorang pekerja...seorang suri...Resipi aiskrim homemade yang fluffy...



1 mug Susu Penuh Krim
1 mug Coffe-mate
3 sudu Perisa Strawberi
1 sudu Gula
CARA MEMBUAT
1) Blendkan bahan-bahan tersebut sehingga berbuih.
2) Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian.
3) Masukkan ke dalam peti sejuk (bahagian sejuk beku).
4) Setelah campuran sedikit beku, keluarkan dan blendkan sekali lagi.
5) Masukkan semula ke dalam peti sejuk dan biarkan membeku.
6) Setelah beku, aiskrim boleh dimakan seperti biasa atau dihias mengikut cita rasa.
Rezeki Hari ni....


Open house Bertalu-talu



Friday, September 16, 2011
Doa dan amalan untuk bangun awal
Actually this in sharing from my kids to me....(about malaikat qaihaq.)
Tidur adalah keadaan di mana roh kita keluar dari badan, dan ada ketikanya orang yang meninggal (bila roh itu tidak kembali ke badannya) semasa di dalam tidurnya. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersedia untuk menghadapinya. Oleh itu, kita mestilah memulakannya dengan beristighfar:
a. Istighfar 3X
b. Mengucap
c. Al Fatihah
d. Zikir Fatimah - Allah hu Akhbar, Alhamdullilah, dan Subhanallah
e. Bacalah doa tidur, yang maksudnya, segala puji Allah yang menghidupkan dan mematikan daku.Untuk mengelakkan tidur dari gangguan, disambung pula dengan:
d. Ayat Kursi
e. Al Ikhlas
f. Al Falaq
g. An Nas
Dibaca dan ditiupkan kepada dua-dua tapak tangan, disapu keseluruh badan. Buat 3X.
h. Bagus kalau disambung dengan Bismillah 21X.
Jika ingin bangun tidur pada waktunya (eg jika tiada jam loceng), bacalah
Ya qaihaq alaihissalam, kejutkan aku pukul ______
(Malaikat qaihaq adalah malaikat yang menjaga kita waktu tidur)
Rasulullah SAW menjelaskan bahawa jika kita membaca surah Al-Ikhlas 3 kali samalah fadhilat dengan membaca keseluruhan isi Al-Quran. Bila kita berselawat ke atas nabi Muhammad SAW dari para nabi yang lain, maka mereka nanti akan membela keadaan kita di hari kiamat. Bila kita beristighfar dan memohon ampun untuk orang mukmin maka mereka juga akan redha terhadap kita kelak. Dan dengan membaca Allah hu Akhbar, Alhamdullilah, dan Subhanallah, samalah pahalanya seperti kita mengerjakan umrah.
Adam Visit Khadijah!

Suka benor aku kalau dapat kawan ngn ayu ni...dari dulu lagi...kalau jumpa mesti aku belajar ilmu baru.....seronok sungguh. bila dengar kisah dia g umrah...haishhh...ni ler rasa tak sabar lagi nak pergi....
Resipi Nasi Ayam Piccah nun di Sabah...
kmdn untuk beras....basuh beras.....kemudian mung goreng beras tu......cara goreng.....panaskan kuali...masukkan planta.....takmo yg lain planta jer yer....kemudia tumiskan bawang putih n halia shingga kuningan.....naik bau......masukkan beras n grengkan.....siap greng.....masukkan beras lam periuk nasi.....letakkan air sup tadi tuk masakkan nasi.....bawang putih n halia tu banyak jugak la...tgok brp nasi mung nak buat......
sambungan....ayam siap digreng....
kicapnya tu mung panaskan...blh wat sambal kicap
pastu tuk lada....lada besar merah.....gula garam secukup rasa...dan perahan limau......
air tuk masak nasi kurang dari air kita masak nasi biasa
mmmm...separuh sudah nasinya...ish2..menci la Picture from BB...dah jd sewel dah bila download kat blogspot!menci,menci.....astaqfirullulahalazim....tak per la yerk kekawan....
Wednesday, September 14, 2011
Wahai Pemerhati sunyi...
Dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai isteri atau suami pasti ada kesepian dan kelelahan. Tugas rutin yang dijalankan hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan sehinggalah bertahun-tahun adakalanya menimbulkan kejemuan dan kesepian. Putaran kehidupan, pasti meletihkan. Ditambah pula kadangkala oleh sikap pasangan yang tidak memahami jiwa dan perasaan. Ketika itu segalanya hambar dan tawar.
Jika itu yang sedang terjadi pada diri kita kini, jangan dibiarkan berlarutan. Bertindaklah untuk mengubah keadaan bermula dengan mengubah jiwa, pemikiran dan perasaan sendiri. Kita tidak mampu mengubah apa yang di luar diri tetapi kita boleh mengubah diri. Pertama, perlu kuatkan jiwa. Bagaimana? Apalagi kalau bukan dengan solat dan zikir. Siti Fatimah yang mengadu keletihan dalam menguruskan rumahtangga, mendapat kekuatan dengan berzikir subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar yang diberikan oleh ayahandanya Rasulullah saw.
Pemikiran Siti Fatimah dilapangkan dengan didikan untuk mencintai akhirat melebihi dunia. Lalu dengan ’tauhidic mindset’ itulah terasa olehnya betapa kecilnya penderitaan dunia berbanding penderitaan akhirat. Justeru, dia rela menerima kesusahan dunia yang sedikit dan sementara demi mengenangkan nikmat akhirat yang lebih baik dan selama-lamanya. Emosinya jadi tenteram ketika kesepian, oleh rasa hatinya yang sentiasa merasai ada Allah yang sentiasa memerhatikannya. Begitulah perasaan orang yang hampir dengan Allah. Imam Ghazali pernah menulikan, “ketika kau kesepian jangan kau katakan aku sunyi… tetapi katakan pada diri, di sisiku sentiasa ada Pemerhati!”
Dunia ini tidak lepas daripada rasa jemu, sunyi dan lesu. Nikmat yang diburu, akan rasa jemu apabila sudah dalam genggaman. Manis, seronok dan indah hanya sementara. Tidak kira yang nikmat yang bernama anak, suami atau isteri. Tanpa cinta yang mendalam dan menyala-nyala kepada Allah, segala bentuk cinta yang lain (cinta mahkluk) akan beransur malap dan gelap. Begitulah fitrah hati. Cinta Allah itu tapak segala cinta yang lain. Bila cinta Allah goyah, cinta yang lain akan turut rebah.
Tanpa kembali kepada cinta Allah, kita akan menjadi pemburu cinta yang dungu dan lesu. Cinta yang di depan mata dipersia, cinta fatamorgana yang tidak nyata diburu bagai nak gila. Akibat jemu, sepi dan lesu, ada yang mula bertindak membuka lembaran cinta yang baru. Mereka ketagih untuk merasai semula keharuman dan kehangatan cinta yang pernah dialami masa muda-muda dahulu. Orang lama ini bermimpi untuk menjadi orang baru yang hidup penuh keceriaan, bertenaga dan bermotivasi dengan menjana cinta yang baru.
Lalu wujudlah apa yang dinamakan ‘teman tapi mesra’. Suami orang dan isteri orang berhubung dengan mesra. Ini hakikatnya satu lagi ‘produk’ hubungan mungkar tajaan syaitan untuk menipu manusia. Kononnya, keduanya tetap menjaga perkahwinan masing-masing, tetapi mereka akan bersahabat dengan bertemu, bermesra, berbual dan saling meluah rasa tanpa pengetahuan pasangan mereka. Teman tapi mesra ini hakikatnya adalah perbuatan yang telah menghampiri zina. Istilah itu hanya dicipta untuk mengurangkan rasa berdosa kerana bermesra dengan isteri atau suami orang.
Tepuk dada, tanya rasa hati kita yang paling dalam, sukakah kita jika isteri meluahkan rasa hatinya kepada orang lain? Bagaimana rasa siisteri, apabila diketahuinya ada perempuan lain yang dimesrai dan diambil berat persaannya oleh suaminya sendiri? Tentu ada hati yang terluka. Pasti ada rasa yang tidak rela. Sedangkan segala rahsia harus dikongsi bersama. Mengapa dia perlukan ‘teman tapi mesra’? Apakah kerana aku sudah jadi ‘suami tapi tidak mesra’ atau ‘isteri tanpa cinta?”
Anehnya, isteri atau suami yang lupa diri ini begitu bersopan, lemah lembut, bergaya dan menjaga penampilan diri di hadapan teman mesranya. Kata-katanya sungguh sopan, tingkah lakunya sungguh baik. Bila bersama temannya dialah lelaki paling romnatis atau wanita yang paling beradab. Padahal dengan suami atau isteri di rumah, tutur katanya kasar, sapanya selamba dan tingkah lakunya serba pasif dan air mukanya yang masam dan bungkam. Sungguh pelik, dia telah menzalimi dirinya sendiri dengan memberi hak kepada yang tidak berhak manakala merampas hak daripada yang berhak. Hak suami atau isteri telah dirampas lalu diberikan kepada teman tapi mesranya itu!
Itu kisah suami atau isteri yang berkerja di luar, samada di pejabta kerajaan atau di badan-badan swasta. Mereka punya alasan, ruang dan peluang untuk selingkuh di luar. Bagaimana pula dengan isteri yang berada di rumah? Ya, dalam dunia tanpa sempadan dan era ICT ini segalanya berada di hujung jari. Dosa dan pahala boleh diraih melalui satu ‘clik’ sahaja pada papan kekunci atau tetikus komputer. Celik IT tetapi buta hati telah menyebabkan lebuh raya siber menjadi medan menjana cinta kayu tiga yang penuh dosa dan laga’ (sia-sia) ini.
Kaldai cinta. Itulah gelaran yang layak diberikan kepada seorang yang bercinta secara membabi-buta. Tanpa tujuan yang jelas dan pengenalan yang tepat, kaldai cinta ini memberi cinta sepenuh dan seluruhnya. Dan akibatnya, segala miliknya tergadai. Maruah, akhlak dan semua orang yang menyayanginya rela dikorban. Bayangkan, berkenalan dan bercinta hanya melalui laman sosial dalam internet, samada lewat facebook, twiter atau YM, namun akhirnya menumbuhkan bibit cinta di alam maya dan komitmen yang nyata dalam alam realiti.
Bayangkan bagaimana teganya seorang isteri yang sudah punya beberapa orang anak dan seorang suami rela mengabaikan tanggung jawabnya kerana cintanya yang mendalam kepada seorang lelaki seberang laut yang kononnya sangat memahami, prihatin dan menyayanginya sepenuh hati. Manakala seorang gadis pula rela meninggalkan ibu-bapa yang menyayanginya kerana mengikut kata kekasih hatinya yang bermata biru atau yang berkulit hitam. Atau ada pula suami yang sanggup berjaga malam, berteleku di hadapan komputer riba hanya untuk berbual-bual dengan ‘kekasih’ maya.
Mula-mulanya hanya berkenalan, kemudian berbual-bual dan akhirnya mula meluahkan masalah hidup masing-masing. Anda mungkin tidak percaya tetapi kenyataanya perkara yang seumpama ini memang sering berlaku. Alasan ‘kaldai cinta’ ini ringkas dan mudah sahaja – “saya kesepian, “suami tidak pandai melayan perasaan”, “isteri tidak pandai berhias.” Begitulah yang kerap kita dengar. Hairan juga, mereka ini bukan baru sehari dua duduk sebumbung, sudah bertahaun-tahun, sudah beranak pinak, tetapi seolah-olah baru saat itu ternampak segala keaiban dan kecacatan pasangan.
Ironinya, pada diri kekasih mayanya semua nampak sempurna. Hanya kerana dibelai dengan kata-kata indah, dihadiahkan gambar sejambak bunga, diberikan potret gambar (yang tidak dapat dipastikan adakah itu gambar sebenarnya), siisteri yang kesepian itupun cair. Lalu berbalas-balaslah kata cinta dan ayat-ayat ‘ I love you”, “I trust you” dan sebagainya. Waktu dinihari yang sepatutnya siisteri bangun solat tahajud mendoakan anak-anak dan suami telah digunakan secara curi-curi untuk berbual dengan kekasih hati.
Orang di sebelah sana, penuh rencana licik dan strategik. Perlahan-lahan, tahap demi tahap dia menjanjikan habuan. Bermula dengan hadiah, ingin datang melawat, ada wang hadiah yang akan dimasukkan dalam akaun bank kekasih, sehinggalah jemputan datang ke negaranya untuk memulakan hidup baru atau sekadar bercuti dalam jangkamasa tertentu. Mendengar segala janji manis itu apalagi… kaldai cinta inipun melonjak kegembiraan, tidak sedar perangkap sedang menganga untuk menelannya.
Sungguh tragis, apabila kaldai cinta itu akhirnya bertukar menjadi kaldai dadah. Mereka ditipu oleh kekasih mayanya untuk membawa dadah sama masuk ke dalam negara atau keluar negara. Daripada kesepian di rumah sendiri akhirnya mereka menjadi lebih kesepian apabila menjadi penghuni penjara. Ada pula yang maruahnya tergadai, bila mereka dinodai dan gambar-gambar yang mengaibkan itu akhirnya dijadikan bahan ugutan untuk mereka menurut kehendak sendikit dadah bertaraf antarabangsa ini. Cinta yang didamba tidak ditemui, kecelakaan dan bahana baru pula yang dtang menimpa.
Jangan menyelesaikan masalah dengan satu masalah. Kesepian, kelesuan dan kejemuan tidak akan dapat diatasi oleh perbuatan dosa dan amalan yang mungkar. Sebaliknya penuhi masa dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Jika kita beriman dan memegang teguh Islam, kita akan merasai bahawa tugasan dan tanggungjawab sentiasa melebihi masa yang ada. Begitu yang pernah ditegaskan oleh tokoh tersohor Hasan Al Banna. Jadi, mukmin yang hakiki sentiasa sibuk dan dapat mengatasi dua ‘musuh’ yang sering menyebabkan manusia alpa yakni kesihatan dan kelapangan masa.
Sepatutnya, masa yang terluang digunakan untuk bermacam-macam kegiatan yang bermanfaat. Ramai isteri yang meluangkan masa untuk mempelajari serta mendalami lagi kefasihan membaca Al Quran. Ada yang guat dengan aktiviti-aktiviti pengajian. Manakala sebahagiannya pula sibuk dengan program-program kebajikan. Isteri yang solehah dan suami yang soleh soleh sedang sibuk menyediakan bekalan untuk menempuh jalan pulang, tapi dia pula sibuk mengumpul beban dosa seolah-olah tidak mahu pulang!
Alangkah sia-sianya hidup jika masa banyak dibazirkan melayani dan melayari laman sosial secara marathon ditambah pula aktiviti mungkar memadu cinta dengan lelaki bukan mahram? Alangkah bodohnya isteri atau suami yang bangun di tengah malam, mencuri-curi berbual dengan kekasih mayanya sedangkan ada isteri solehah dan suami yang soleh sedang bermunajat kepada Allah memohon keselamatan seluruh ahli keluarganya dari malapetaka dunia dan akhirat? Sah, dialah kaldai cinta yang tertipu, bercinta tanpa guna akal yang waras, hati yang bersih dan perasaan yang stabil. Di mana wajah kita hendak dihadapkan di hadapan Allah di akhirat nanti ketika kita menderhakai suami dan menentang Allah serta RasulNya hanya kerana cinta murahan, khayalan dan tidak berpijak di bumi nyata?
Kemanisan beragama hanya akan dinikmati oleh mereka yang menegakkannya dalam kehidupan. Menegakkan hukum Allah di dalam rumah tangga akan memberikan ketenangan, kebahagiaan dan kesejahteraan. Manakala melanggarnya akan mendatangkan kesusahan, penderitaan dan kekacauan jiwa. Teman tapi mesra dan memiliki kekasih maya adalah dua penyakit jiwa yang sedang melanda rumah tangga umat Islam kini.
Puncanya? Mudah sahaja… jiwa kosong, tujuan hidup tidak jelas. Bagi mereka semua tidak kena. Suami pendiam dikatakan tidak romantik. Isteri peramah dikatakan penyebok. Bukan silap apa yang dipandang tetapi silapnya pada hati yang serong lalu pandangan jadi melencong. Benarlah kata bijak pandai, tidak ada angin yang menyebelahi mana-mana kapal yang tidak ada pelabuhan untuk dituju. Maka begitulah nasib kaldai cinta ini… hidupnya serba tidak kena, serba keliru dan celaru kerana tidak ada pelabuhan cinta sejati dan hakiki untuk dituju!





