"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"
Tuesday, August 23, 2011
Yeay...Yeay...Mood Raya!
Monday, August 22, 2011
Resipi Berry Pavlova
Semoga Lailatul Qadar milikku...
Sumber : Berita Harian
Copypaste from mamanajmi :)
Friday, August 19, 2011
Yes, Esok Nak berbuka dengan kawan lama!
Tuesday, August 16, 2011
Andai kuTahu....
Tafsir Al-Fatihah
A. TEKS AYAT
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (1) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (2) الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (3) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ (4) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (5) اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7) [الفاتحة : 1 - 7]
B. TERJEMAH AYAT
- Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
- Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam;
- Maha Pemurah lagi Maha Penyayang;
- Yang menguasai Hari Pembalasan.
- Hanya Engkaulah yang Kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
- Tunjukkanlah kami jalan yang lurus;
- (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Friday, August 12, 2011
Kek Sarang Semut eh Kek Gula Hangus

110 gram gula pasir (saya guna 1 cawan gula)
120 ml air (saya guna 1 cawan air panas)
30 gram mentega (saya guna mentega hotel supply tu, guna la 4 ketul yang comel2 tu)
3 biji telur gred "A" (saya guna 4 biji telur gred A)
80 gram susu pekat manis (1/2 tin susu pekat, yang ada kat rumah F&N)
90 gram tepung gandum*(saya guna tepung naik sendiri)
1 1/4 camca teh soda bikarbonat*(*gaul rata dan ayak) (saya letak jugak dan gaul sekali +vanilla flavour skit)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 170C or 180C, Masak gula pasir hingga menjadi gula hangus, guna api sederhana. Perlahan2 tuangkan air tadi..berhati2 sebab gula akan memercik. Kacau rata dan masukkan mentega, biar mentega larut. Sejukkan.
- Putar telur hingga berbuih. masukkan susu pekat manis dan putar hingga sebati. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit. Putar rata, tuang gula hangus tadi dan gaul rata. Perap adunan tadi 2-3 jam.. Jika nak tunggu boleh bakar terus lagipun oven dah dipanaskan...
- Bakar selama 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Uji kek dengan mencucuk lidi sate,tadi belasah garfu jer... bila angkat keluar bersih tak melekat keknya pada lidi, tanda kek telah masak. Keluarkan dari acuan dan biar sejuk sebelum dipotong...
Pening Makcik....
AYoikkk...kalau korang dapat message cam ni...ada a few lagi sampai mintak tolong sebab semua dah disekat....korang apa rasa...makcik takut...takut la macam dalam berita ke, drama ke ..takut kena dera...Jadikan Al-Quran & Sunnah Panduan kehidupan...Insyaallah...
[2]Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
[3]Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU INI TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
-Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPALAH SUSAH SANGAT UJIAN INI?
[286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
-Surah Al-Baqarah ayat 286
AKU RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
[139]
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.- Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANAKAH AKU HARUS MENGHADAPINYA?
[200]
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
-Surah Al-Imran ayat 200
[45]
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
[111]
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU PERLU BERHARAP?
[129]
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
-Surah At-Taubah ayat 129
ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
[87]
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".
-Surah Yusuf ayat 87
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Kalau orang cakap setan dia marah......
Ahli maksiat bermakna orang yang gemar melakukan perbuatan yang dibenci dan dimurkai oleh Allah swt. Golongan ini dilabelkan sebagai sekutu syaitan dan hidup dalam gemerlap syaitan.
Apabila manusia dibangkitkan dari alam kubur di padang Mahsyar yang sangat luas,masing masing dalam keadaan tanpa pakaian walau seurat benang. Apakah mereka tidak merasa malu dalam keadaan sedemikian,bersesak sesak lelaki dan perempuan?
Siti Saudah,isteri Rasulullah saw bertanya kepada baginda,"Ya Rasulullah,tidakkah manusia merasa malu apabila mereka dihimpunkan di bumi Mahsyar dalam keadaan telanjang tanpa pakaian?" Rasulullah saw menjawab,
"Justeru dalam keadaan terlalu gawat menghadapi hari Mahsyar itu,manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing."
Lalu Rasulullah saw membacakan firman Allah di dalam Surah Al-'Abasa ayat 37 yang bermaksud,
"Setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang cukup menyibukkannya."
Imam Al-Ghazali ketika mengulas mengenai suasana hari kebangkitan itu menyatakan,"Alangkah dahsyatnya apabila kita berdepan dengan hari yang seluruh aurat kita terdedah. Walaupun terdedah namun manusia tidak mengambil peduli lagi kerana ketika itu manusia dibangkitkan dengan berbagai cara. Ada yang berjalan dengan perutnya dan ada pula yang berdiri dengan mukanya terbalik ke bawah dan kakinya di atas."
Abu Hurairah r.a. berkata bahawa beliau telah mendengar suatu hari Rasulullah saw berucap di hadapan para sahabat dengan sabdanya yang bermaksud,
"Manusia di akhirat kelak akan dikumpul dalam tiga bentuk. Sekumpulan manusia,sebaik sahaja dibangkitkan di bumi Mahsyar,sudah tersedia kenderaan untuk mereka. Sekumpulan lagi dibangkitkan dengan berjalan kaki. Sementara satu kumpulan lagi dengan mukanya tertonggeng ke tanah."
Seorang sahabat bertanya kepada Nabi saw,"Bagaimanakah caranya manusia berjalan dengan menonggeng mukanya ke tanah?
Maka Nabi saw menjawab,"Allah swt yang berkuasa mencipta hamba-Nya berjalan dengan kaki dan Allah jua yang berkuasa menciptakan hamba-Nya berjalan dengan mukanya ke tanah."
Mereka yang mendapat naungan itu di antaranya ialah golongan Al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat dengan Allah swt. Sifat sifat golongan ini tidak lain ialah mereka yang semasa hidup di dunia sentiasa mendampingi Allah swt. Mereka sentiasa patuh dan taat suruhan Allah,dengan melakukan apa jua perintah-Nya yang disampaikan oleh para Rasul di zaman mereka,serta meninggalkan setiap perkara yang dibenci oleh Allah,dari maksiat yang keji dan mungkar,sama ada dalam soal aqidah dan juga syariah.
DIDERA KEPANASAN.
Seterusnya,Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa ada golongan yang dijemput oleh Allah swt untuk bernaung di bawah 'Arasy Allah. Sebaliknya,ada pula golongan manusia yang terus didera terdedah dengan kepanasan matahari di atas ubun-ubun.
Mereka yang didera dengan kepanasan itu hancur luluh oleh panahan matahari yang amat dahsyat dan dileburkan oleh kepanasan hati mereka sendiri yang mengutuk dirinya kerana menghadapi hari malang disebabkan maksiat mereka semasa hidup di dunia dahulu.
Dalam kepanasan yang amat dahsyat itu,manusia berhimpitan dan bertolakan,dan dalam suasana demikian,Allah swt mendedahkan segala buruk mereka yang telah dicatat dalam satu rekod kejahatan,dihimpun dalam sistem rakaman Allah yang tidak tercicir walau sedikitpun.
Maka alangkah tebalnya muka mereka kerana menanggung malu yang tidak terhingga,melihat pameran dosa-dosa dan kezaliman mereka di dunia. Peluh dan air mata mengalir sehingga membanjiri menelenggami manusia,ada yang sampai ke paras lutut,paras pinggang,paras hidung dan ada juga yang lemas di dalam lautan tersebut.
Demikianlah azab yang menanti mereka yang ingkar pada perintah Allah swt. Belum lagi azab di neraka yang tidak terbayang pedihnya. Benarlah janji Allah swt yang Maha Benar dan Maha Adil.
Sama samalah kita renungkan,semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang disebutkan di atas. Hanya sekutu syaitan yang Allah swt telah janjikan azab sedemikian,mudah mudahan kita tergolong dalam golongan yang bersekutu dengan para Rasul,sahabat sahabat,anbia dan penegak syiar Islam,amin ya Rabbal Alamin.
Thursday, August 11, 2011
Rahsia Pantang Mommy Adam


Amalan pemakanan:
1.)Totally, I skip Ayam tak kira la panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung, selepas 30 hari baru la amik
2.) I makan ikan isi putih, boleh buat grill, steam, sup, tom yam putih , goreng minyak skit ..ala macam guna kuali non stick tu..... jangan amik ikan berbisa pulak..ikan rekemen ikan selar, ikan dori, ikan talapia, ikan tenggiri...
3.) Saya makan daging juga dgn cara sup daging dan masak lada hitam
4.) Udang dan sotong saya amik jugak sekali sepanjang pantang 40 hari untuk imune badan supaya tidak elergic.
5.) Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari.. bukan sayur yang menjalar.carrot.....saya juga amik sayur spesis berubi macam kentang dengan cara bakar...sebab ganti nasi.
Kebiasaannya amalan makan diatas setiap menu lauk tu sekali sehari saya makan untuk tengahari, masa makan jangan lupa pulak berbekung
Menu breakfast saya adalah cereal campur jus orange atau susu dan buah-buahan, kalau tak ada amik air milo dan roti berserat, tak pun biskut jacob atau jagung dengan susu atau Jus
Malam menu saya adalah Biskut atau sup sayur.mmm..ada berani..he,he..jangan bimbang susu badan banyak....sebab setiap hari saya makan kurma
Additional makanan tambahan, selepas 2 minggu baru bersalin saya amik product nonay roguy,
Additional lagi...saya pakai bekung moden selepas 1 hari bersalin, sampai 7 hari..then move to korset May first, after 20 hari..baru la i tukar-tukar dengan premium beatiful...
Walaupun anda bersalin ceasar..saya juga amik tukang urut, pengalaman dulu anak pertama dan ke2..saya amik 3 hari..kali ni 10 hari....dalam urut ada juga bertungku..tapu bahagian perut memang tak sentuh....actually, tak ada masalah pun kalau tak urut rahim..sebab rahim kita akan mengecut kembali dalam masa 30 hari..kalau tak percaya sila pergi scan..kalau orang ceasar mmg ada appointment after sebulan...
Sebab ada nak sekak la..risau takut silap urut rahim jadi terbalik..pernah ada kes tau...
Saya juga mandi air serung sampai 30 hari, semasa dijaga bidan, totally ada air yang pelbagai daun...bila dia tak ada..i guna uncang produk TYT...
Selepas ajer 44 hari i amik mandi bunga dan urut...syokkkkk...kalau ada sesiapa berminat dengan tukang urut ni boleh saya bagi no phone..kepada sesiapa yang berada disekitar KL dan lembah klang jer...bukan apa kata tukang urut i, dulu pernah iklan ada jugak lelaki nak urut batin....hik2..
sekejap jer 40 hari...maklum ler dah lepas...so you oll sila berpantang...jangan lupa..i pun ada pantang 44 hari lagi untuk 100 hari...bukan main teruja i..dengan makanan bulan puasa ni..macam-macam...itu ler dugaan bagi orang nak pantang...pantang tengok..eke2
Happy Fasting to You Olls...
Tuesday, August 9, 2011
Children Learn What They Live
If children live with criticism, they learn to condemn.
If children live with hostility, they learn to fight.
If children live with fear, they learn to be apprehensive.
If children live with pity, they learn to feel sorry for themselves.
If children live with ridicule, they learn to feel shy.
If children live with jealousy, they learn to feel envy.
If children live with shame, they learn to feel guilty.
If children live with encouragement, they learn confidence.
If children live with tolerance, they learn patience.
If children live with praise, they learn appreciation.
If children live with acceptance, they learn to love.
If children live with approval, they learn to like themselves.
If children live with recognition, they learn it is good to have a goal.
If children live with sharing, they learn generosity.
If children live with honesty, they learn truthfulness.
If children live with fairness, they learn justice.
If children live with kindness and consideration, they learn respect.
If children live with security, they learn to have faith in themselves and in those about them.
If children live with friendliness, they learn the world is a nice place in which to live.
by Dorothy Law Nolte (1924 - 2005)
Cinta kita pada siapa?
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.
Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.
Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.
Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.
Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.
Thursday, August 4, 2011
Kalau beristeri 4, jagalah yang pertama...
Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.
Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.
Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.
Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.
Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."
Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.
Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.
Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku? " Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."
Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa.
Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."
Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;
ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.
ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.
ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai kuburlah mereka akan menemani kita.
DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering
mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.
Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan sampai kita menyesal kemudian hari!


