"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Friday, July 29, 2011

Saja nak cerita....Update

Chaiyok2....cian pun ada...Adam deman selsema...ni mesti kes mak suka jalan...no,no..orang suka sangat cium peluk adam.....

Dah la besok semua orang berangan-angan nak bawak adam swimming...dengan memakai swimming jaws tu...alahai chomel...

alamak tetiba jer blogku dah jadi blog cerita pasal anak...tu la penangan kalau sesiapa ada anak kecil..setiap apa buat mesti ingat baby, masuk shopping mall..mesti survey or beli barang baby kannnnn...macam ana suzana cahaya cinta pun pasal anak2 kan...kak nani rostam pun walaupun tak ada anak kecik..masa jaga anak orang lain yang masih kecil pun suka cerita...indah sungguh dunia kita ...Alhamdullilah..bersyukur..

Dan paling aku suka masa outing dengan cik puan tasya..dia kata dia kalau stress mesti dia dok dengan anak2...outing ngan anak2...memang terapi yang sangat bagus...dapat pahala tuuuu...

Aku kalau stress mesti shoping..eke2..macam banyak duit eh...so Adam dah jadi dunia baruku so terapi dengan Adam adalah yang terbaik....

Lagi bila teringat...dia nangis sebab poo poo...tetiba bila kita nak cuci dia diam...pandainya....dia dia nangis nak feeding then kita bagi feeding...sungguh dia cari ....macam berebut2..sorang dia jer...bukan semua orang lalui..daddy dia tak ley rasa feeling ni...walaupun dia sayang bangat....dia selalu mandikan baby ke...cuci poo poo...kan2 daddy...tetiba tau daddy dia baca sebab dia mainkan kita..orang sebelah jilat jari eh....

Baru2 ni... masa pergi Hospital nak amik injection 1 month for Adam...ada jumpa daddy orang lain...almost dah 42 years old...
Ehem..macam biasa i yang terperasan..anak sulung ke?tak anak no 3...berapa bulan..1 bulan...

I rugi...sekarang anak i baru umur 3 thn..imagine...my wife pun 42..malam2 bila time tukar lampin...u la bangun...time nak susu..u la buat susu...mmm...tak enjoy..better u dont be like me..
cerita officer tu...

sebenar dia dah ada anak besar umur 13 thn..may be rezeki tak menyebelahi dia..so gap tu agak lama..eventho dia kawin @ 25 years old...

Ni rasa tetiba nak anak sorang lgi bila 35...cukup la 4...dapat 2 boy n 2 girl...eceh2...berangan pulak...tak per2 rezeki....bukan semua orang ada rezeki anak...kalau yang bujang pun boleh berangan..kalau MIL i..tak suka i anak ramai...walaupun dia ada 9...hu,hu

Hubby i???hubby i pun confirm dia ada hati lagi nak anak u...sebab masa doktor tanya dia tak nak ikat lagi...haish...kalau i malas dah nak fikir family planning...fikir plan family...hu,hu beranak n ada anak kecik tu best....nak mengandung tu la....dugaan fizikal lagi..mental lagi...so you oll jangan la mengeluh...cerita boleh....semua dapat pahala ok....

Hah...bercerita pulak pasal i yang selalu jer ada rasa...mmm...rasanya nak dapat tempat nak pergi Haj tu memang susah..masa register ngan hubby pun...tahun dapat pergi 2018,lagi la nak pergi group bersama keluarga...semua orang dah dapat surat.... mmm...lambat lagi kan..so i rasa nak pergi umrah...tapi nak pergi dengan siapa mesti kena pergi dengan mahram kan...tanya kakak and abang pun semua kena fikir..tanya hubby ..dia memang tak sedia la...tapi tetiba satu hari diminggu lepas dia kata dia teringin bagitahu dia nak pergi umrah dengan i...alahai...mintak2 tak berubah la kan...manusia fikiran boleh berubah....hati juga...perbuatan juga....sejahat-jahat manusia bukan la jahat macam firaun kan......selalu kita pegang tu..sebab orang yang sabar orang yang menang... :D

Bercerita...pasal abang ngan kakak...biasa2 ajer...selalu tolong mommy jaga adik..memang untung ada nak besar ni..so helpful :) tadi pun abang yang tolong tidurkan adik.....suka and sayang u olls jugak :)

Now sedang menyibukkan diri nak beli pakaian raya anak2...haish daddy..sila tempah baju anak and u juga...please......ok....chaiyok2..

Besok off to Gambang ....



Thursday, July 21, 2011

Monday, July 18, 2011

Tragedi Cinta Isteri

Suami ku yang disayangi,

Surat ini ku tulis dengan hati yang terus menerus berdoa agar kau dan aku berjaya mengatasi apa jua halangan dalam perjalanan kita mendapat keredaan Allah. Hingga kini aku terus yakin jika kita mencari kebaikan, insya-Allah, Allah akan memberikannya.

Terlebih dahulu ingin aku nyatakan bahawa dalam apa jua pergolakan dan ujian yang telah berlaku sepanjang kita berumah tangga, aku tetap menghormati mu. Walaupun ada masanya sikap dan kata-kataku terlanjur dan terkasar, itu bukanlah kerana aku sudah tidak menghormatimu apatah lagi membencimu… tetapi semua itu kerana terlalu sayang. Aku tidak mahu kehilangan dirimu sebagai seorang suami seperti mana anak-anak kita juga tidak mahu kehilangan kasih-sayang seorang ayah.

Maafkan aku. Akulah yang lebih banyak bersalah dan tidak bijak menghadapi ujian rumah tangga ini. Sesungguhnya sejak dari dulu hingga sekarang aku menagih pimpinan dan panduanmu. Pimpinlah aku untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang baik kepada anak-anak kita. Aku tidak mahu berpisah dengan semua kesayangan ku ini. Oleh sebab itu aku merayu agar aku terus disayangi, dilindungi, dipercayai dan dipimpin untuk menjadi wanita yang benar-benar menjadi penyeri hidup seorang suami dan anak-anak.

Kebahagiaan kita sekeluarga berada di tangan mu. Dikaulah yang menjadi peneraju dan nakhoda rumah tangga ini. Aku tahu tugas dan amanah ini sangat berat. Ia menagih keikhlasan, keimanan dan kejujuran yang tinggi daripada mu. Aku sedar apa yang akan ditanyakan Allah di Hari Akhirat kelak kepada seorang suami sebagai pemimpin jauh lebih berat dan sukar dijawab berbanding pertanyaan Allah kepada seorang isteri. Aku tahu tangung jawab mu sangat berat. Jadi aku sentiasa sedia dan setia berada di sisi mu untuk sama-sama mengharungi kepayahan ini.

Marilah sama-sama kita insafi bahawa hakikatnya umur kita kian bertambah, upaya dan tenaga kita semakin kurang, tetapi perjalanan kita masih jauh dan beban kita semakin memberat. Amanah yang ada pun belum selesai kita tunaikan, apatah lagi untuk menambah beban yang baru. Aku bimbang… kita berdua akan kecundang.

Oleh sebab itulah aku sering mengingatkan diriku dan dirimu, marilah kita kembali menilai peranan dan tanggung jawab kita masing-masing. Aku sebagai seorang isteri dan kau sebagai seorang suami… Marilah kita sama-sama bermuhasabah, apakah kiita telah melaksanakan amanah yang kita janjikan di hadapan Allah ketika kita mula bernikah dahulu?

Pernikahan disamakan dengan mendirikan masjid. Begitu sucinya ikatan perkahwinan dalam Islam. Ia bukan dibuat hanya kerana untuk melepaskan hawa nafsu semata-mata. Jika itulah sahaja niat kita berkahwin, maka apakah yang membezakan manusia dengan haiwan? Tetapi sebaliknya, Islam meletakkan hubungan sah antara suami dan isteri sebagai suatu yang sangat tinggi dan suci.

Ia bukan sahaja perkongsian fizikal, tetapi perkongsian fikiran, perasaan dan jiwa untuk sama-sama berbakti kepada Allah. Rumah tangga hakikatnya adalah sebuah masjid… Di dalam masjid orang solat, berzikir, membaca Al Quran, mendengar tazkirah kuliah dan laian-lain ibadah.

Aku rindukan semua itu. Tetapi kerinduan itu tidak akan kesampaian tanpa bimbingan darimu. Aku lemah wahai suami ku. Pimpinlah aku untuk mendapat kasih sayang Allah melalui aliran kasih sayangmu. Engkaulah harapan aku dan anak-anak. Kami hakikatnya telah diserahkan oleh Allah sebagai amanah kepada dirimu untuk disayangi di dunia dan di akhirat. Janganlah disia-siakan amanah ini. Kelak buruk padahnya kepada kami dan kepada mu jua. Relakah engkau melihat kami terkapa-kapa di dunia ini tanpa pimpinan? Dan di akhirat terhumban ke neraka yang penuh seksaan?

Suami ku,

Atas kebimbangan itu kekadang aku jadi cemburu. Bila ku lihat langkah dan sikap mu sedikit terbabas, aku menjadi sangat cemas. Bila ku lihat kau seakan-akan berubah, aku menjadi sangat gelisah. Bukan kerana benci, tetapi kerana sayang. Mengapa tidak? Bukankah di tangan kamu kemudi rumah tangga ini.

Kesilapan dan kesalahan mu sangat buruk akibatnya kepada kita sekeluarga. Jadi, fahamilah hati isteri mu ini wahai suami ku… Curiga ku bukan kerana prasangka. Cemburu ku bukan kerana melulu. Jauh sekali untuk mengawal dan memperbudak-budakan. Tetapi sekadar ingin mengingatkan bahawa kebakaran yang memusnahkan selalunya berpunca hanya daripada percikan api!

Di antara kita adalah Allah. DIAlah zat yang Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Adil. Manusia tidak akan dapat mengawal dan memantau manusia lain setiap masa dan ketika. Kini aku pasrah kepada Allah. Aku lelah dan kalah untuk meneliti dan memeriksa di seluruh penjuru. Aku tidak dapat mengawal hati mu dan kau juga tidak dapat mengawal hatiku.

Hati kita berdua, Allahlah yang menjadi pemantaunya. Menyedari hakikat ini, aku kini hanya fokus untuk memperbaiki diri. Aku ingin memperbaiki hubunganku dengan Allah dan memperbaiki hubunganku dengan sesama manusia. Aku yakin Allah tidak akan mengecewakanku. Dan aku juga yakin Allah akan terus memberi kebaikan-Nya kepadaku melalui dirimu.

Marilah sama-sama kita perbaiki diri kita atas keyakinan rumah tangga ini perlu terus diselamatkan dan dimeriahkan. Jika benar itu masih menjadi harapan dan keyakinan kita, insya-Allah, pasti Allah akan tunjukkan jalan-jalan-Nya. Dalam hidup ini kita tidak boleh dapat semua perkara dalam satu masa. Bila kita mendapat sesuatu, pasti pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu yang lain. Jadi marilah sama-sama kita pastikan apa yang kita dapat lebih berharga dan lebih baik berbanding apa yang kita terpaksa lepaskan.

Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.

Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini… Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?

Suami ku,

Tipuan dunia dan godaan nafsu ini sangat memberangsangkan. Syaitan sentiasa menghias bibit-bibit dosa-dosa dengan segala keindahan dan kecantikan. Sekali kita terjerumus, payah untuk bebas kembali. Selagi yang diburu tidak tercapai, selagi itulah kita lelah mengejarnya. Tetapi setelah kita mendapat, ada yang lain pula datang menggoda. Apa yang ada jarang disyukuri, apa yang tiada itulah yang kita risaukan. Kita akan lesu kerana asyik memburu.

Mengejar nafsu itu bagai mengejar bayang-bayang. Dilihat ada tetapi apabila digenggam ia hilang… di hujung percarian itu pasti ada lesu dan jemu. Kehendak nafsu tidak ada batas dan tidak pernah puas. Padahal kematian itu boleh datang tiba-tiba. Relakah kita tertipu mengejar fatamorgana hanya kerana dari jauh ia kelihatan umpama air yang tergenang?

Aku mengingatkan diri ku dan diri mu kerana sayang. Aku selalu bertanya pada diri sendiri, relakah aku mengorbankan rumah tangga ini hanya untuk mengejar sesuatu yang tidak pasti? Aku terpaksa melepaskan salah satunya. Dan insya-Allah, buat selamanya aku lebih sanggup melepaskan apa dan sesiapa sahaja, asalkan jangan melepaskan kebahagiaan rumah tangga ku. Itulah yang ada di hatiku. Dan itulah jua yang aku harapkan, doakan ada dalam hati mu.

Jika dalam surat ini ada kesedihan… ia bukan kekecewaan tetapi itu hanya harapan. Jika dalam surat ini ada teguran… itu bukan kebencian tetapi itu hanya peringatan, buat ku dan buat mu jua. Namun, ku akui dalam surat ini terlalu banyak doa dan harapan. Doa ku hanya pada Ilahi. Dan harapan ku tetap untuk mu suami. Jika air mata itu berkesan, nescaya akan tulis surat ini dengan air mata. Bukan air mata kecewa tetapi air mata harapan…

Ku harap kau membaca surat ini dengan hati yang terbuka. Bayangkan semula harapan dan cita-cita kita seawal kita memutuskan untuk berkahwin dahulu. Saat indah itu telah berlalu tetapi keindahan itu akan menjelma semula dalam bentuk baru jika kita berusaha untuk merealisasikannya. Dalam perkahwinan yang baik, seorang lelaki dan wanita sentiasa mencari ruang dan peluang untuk memperbaiki dirinya demi orang yang disayanginya.

Dan sekalipun dalam perkahwinan yang paling bermasalah, penawar yang mujarab adalah kebenaran. Menyatakan kebenaran kepada pasangan adalah kaedah terbaik untuk membuktikan cinta adalah lebih utama daripada satu pendustaan!

Mohon berundur dulu. Pasangan yang bahagia bukanlah tidak pernah membuat kesilapan. Tetapi mereka tetap bahagia kerana mereka sentiasa belajar mengakui kesilapan itu dan belajar daripadanya… dan akhirnya melupakannya! Itulah aku kini. Ku akui kesilapan ku dan aku sedang memperbaikinya dan aku ingin melupakannya…

Suami ku, aku masih menaruh harapan. Insya-Allah, kau masih sudi membantu aku untuk itu! Amin.

p/s; Copy paste from gentarasa.com (hasil tulisan Pahrol Mohd Juoi)

Friday, July 15, 2011

Cintailah Allah...itu yang hakiki

Kadangkala aku sendiri leka mencinta manusia, tapi percaya la cintakan Allah itu adalah yang lebih indah, lebih kekal dan lebih bermanfaat dunia akhirat...

Carilah cinta manusia, namun jangan sesekali cintamu kepada manusia biasa melebihi cintamu pada Allah dan Rasulnya...

Pada manusia, cari dan cintailah mereka yang beragama (mempunyai kefahaman agama dan berpegang teguh dengan agama)...ini adalah pesanan Rasulullah sendiri................

Rasulullah SAW bersabda:-
تنكح المرأة لأربع :لما لها ولحسبها ولجما عها ولدينها ،فاظفر بذات الدين تربت يداك
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia."

Sekalipun hadis ini pada zahirnya ditujukan pada kaum lelaki akan tetapi pengajarannya juga melibatkan kaum wanita.


Selain itu, ada hadith lain yang menyatakan tentang keutamaaan menyintai Allah dan RasulNya.

Daripada Anas B. Malik R.A, Rasulullah SAW bersabda:- "Tiga (3) perkara apabila terdapat dalam diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: Sesiapa yang cintanya kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada yang lain; sesiapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah (dan bukan kerana suatu tujuan duniawi); dan ia membenci kekufuran selepas Allah menyelamatkannya (daripada kekufuran), sebagaimana bencinya akan dicampakkan ke dalam api neraka".

(Hadth Sahih Riwayat Muslim)

Tuesday, July 12, 2011

Pantang biar 100 hari

Salam, korang kalau pantang 100 hari ke?

Ayah aku pesan, nak sihat pantang la 100 hari...mmm...seyes...aku sendiri pun tak pernah pantang 100 hari..pantang 100 hari means

>>tak ley makan berminyak
>>tak ley minum ais
>>tak ley berendet ngn TUTTTTT...jangan jeling2...maklum le aku pun merenyang gak....tu la no 1

Al maklum la dah lama kawin mesti boleh control..kalau gatal jugak..mau terberanak satu lagi...

Actually, mak bidan aku cakap, dalam rumahtangga, kalau dah "bersih" tak salah pun...dah yang halal toyibah...lain la kalau tak halal pun sibuk menggatal macam tut...

So konon2 kali ni nak wat ala2 gaduh sebab nak pantang 100 hari....boleh ke?

mmm..berat badan dah 63.5kg..nampak sangat dah makin susah nak turun.....ayoik..tak per lambat turun lambat naik...cepat turun cepat naik....

Kali ni..pantang kat KL...berangan nak amik urut 44 hari...kat sini siap ada mandi bunga....nak2...at least pantang 44 hari pun ok :)





Thursday, July 7, 2011

Hari Ini Hari Bergembira!

Chaiyok...alamak...awal2 buka blog dah nak chaiyok...malam ni nak balik kampung..nak visit ayah...haishhh dah terpanggil...bukan ayah aku ini yang panggil, aku yang nak pergi...baik pergi kan....

Tapi nak share resipi juga kat sini...sementara tu...kesian orang-orang pantai timur..nak makan pavlova kena la datang KL...tu pun kalau time ingat....dan ada la masa....

Katanya, dekat Empire serai ada jual.....susah-susah dengan kak nani rostam tu...ehem2...susah-susah...boleh la mai umah kita.....

Aku pun pekena kek Pavlova ni dengan kak Nani...aku pun orang kampung jugak ni.....

Masa aku kat Hospital Tawakkal..bila nak bersalin... masa anak-anak lepak sekali....sambil tu dorang pun tapau pavlova kat hospital...doktor tanya..makan apa tu...aku cakap pavlova kek...wahhhhh....dr cakap itu australian kek...campur buah2 sedap.....kelas nyah doktor tu...doktor jauh dia jalan...aku setakat tengok TV jer..tak pun jalan-jalan kat blog orang-orang yang rajin masak....

so ni baru cuba try test...dah jadi nyah...tapi buat setakat minum petang jer....
jadi aku namakan Homemade 1 layer yummy pavlova
Ni masa tengah bake.....kembang gitu...tapi bila kita sejukkan kempis la dia...siap merekah2 ala2 crispy gtu....
ni jer la balance...pakcik sebelah rumah cakap sedap......sampai jilat jari...

Actually aku ada gak p jenguk blogger buat...tapi ada tak jadi...jadi...jadi hancussss....bila tunjuk kat hubby dia ketawa...maklum ler bila men dia try test jadi...terus cakap..hah..lain kali kek hari jadi tak payah beli...bila time celebrate mesti orang tanya kek apa ni....kembang sudah men dia.....eke,eke,eke...suka sampai telinga nyahhhhhh...

Banyak pulak cerita...Baiklah...sekarang saya bagi resipi...kalau tak jadi jangan salah kita.....kui...bab kata pakar aka Kak nani dia yang hari2 buat kadang-kadang pun hancus.....

BAHAN-BAHAN

Putih telur Gred A -4 biji
Gula castor - 3/4 cawan
Tepung jagung - 4 sudu
Cuka makan- 1 sudu
Vanilla pure -1 sudu
UHT whipping Cream (brand anchor) & Fruits (utk topping)

CARA-CARA
1) Pukul telur putih sampai kembang & menjadi soft peak form.
2) Terus pukul, dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, di ikuti dengan cuka ,tepung jagung dan vanilla.
3) Bentukkannya secara ikut creativity di dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit, tengok-tengok la.maklum ler baru nak try :D
4) Tuangkan whipping cream diatas pavlova (whipping cream pun kena pukul sampai kembang+gula ising secukup rasa) dan hiaskan dengan buah-buahan (boleh guna grapes, strawberry, kiwi, manggo kalau suka, blueberry, apa2 jer la....).
5) Jangan lupa sejukkan...macam makan aiskrim gitu.....Yummy Pavlova!

Sila-sila.....jangan segan-segan nak try,,,

Pesanan jamie oliver,
* bekas kena bersih
*telur kuning jangan sekali tersesat
*air jangan ada setitik pun
nanti pavlova tak jadi :D

For more details, ley tengok sini>>>

Monday, July 4, 2011

Ungu - Tercipta Untukku

Jom layan Jiwang....

Pantang sudaa lari......

Aishhhh...windu nak update blog......

Hari ni dah 17 hari saya berpantang, first time. berpantang kat KL....mmm..berat hari ini 65kg,
Takut nak makan takut tak dapat berat yang di idamkan...kah,kah...
bayangkan berat satu hari sebelum deliver 83.5kg...grrrr..kuat makan nooi....so dah berapa KG lost..malam ni pulak baru jer beli buku kevin...nak dapat tips pemakanan yang healty....orang perempuan masa ni la la nak jaga elok-elok...
Zassshhhh...layan...sempat lagi tu photoshoot...5 hari sebelum nak bersalin tu...sabau nyaahhhh
Hah...Adam Darwisy yang chomel..sayang Adam!

Tak ley imagine, macamana la budak seberat 4.05kg boleh duk dalam rahim elok2...patut ler...tak larat nak bawak..nak jalan pun tak larat......

Haishhh...patut la bila tengok orang ada baby ni....syahdu ehhhh...tapi kalau tengok baby ni ropanya semuanya chomel..putih berseri...bersih......

Bercerita pasal hari-hari yang dilalui....tak pernah dibuat eh..anak ke3 ni baru buat...2 hari lepas aku follow si hubby p cameron highlands bawak family dia dari sarawak....haish memang cari pasal.....nasib satu malam jer...sabar ajer la...hubby pun ada beberapa hari lagi untuk kembali bertugas....mmm...siapa nak jaga kita lagi...hwaaaa....nak balik kampung laaaa...kih2...

Kebetulan pulak ayah pun warded ni...nak balik...nak balik...hubby pulak cam x nak bagi adam balik lagiiii....adessss...camaner gitu...sayang sangat......eh...maklum ler lama daddy dia tak anak kecik.....tak per...family pun cakap...ayah tak tenat pun..dia nak rehat jer....tengok la...sampai la tu nanti...kan..semoga ayah cepat sembuh!
 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>