"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Thursday, January 27, 2011

F1 Malaysia Grand Prix Tickect 2011 untuk dijual????

Opppsss....kalau ada sesiapa berminat boleh lah beli dengan saya sendiri by email to jamie_atie79@yahoo.com murah je nak jual, saya ada 2 tiket untuk 3 days access bermula 8th-10th April, 2011 , One Citrine (Main Grandstand) ok....
Actually, this is lucky draw compliment during Motorsport Show International last year.....weeee...BEST!!!!
Hari ini, aku dah email dah...and dah dapat reply pun...officer suruh collect start 22nd march nanti till 31th march...mmmm...memang best....ada sesiapa berminat? email jer la kat kita kalau price baik punya...Lelong, Lelong.....murah-murah....he,he....

See you @ Sepang International Circuit :)

Apa Kau Rasa, Ku Rasa...

(Tips untuk ibu mengandung)

This is entry for Ibu mengandung ....takut-takut ke?...takut mengandung ehhh....best apa mengandung...dapat pahala besar...semua burung-burung dan haiwan juga malaikat mendoakan ibu mengandung ni....macam juga ibu menyusukan anaknya....

Sebab bila masuk 16 minggu...aku dah dapat rasa geli-geli dalam perut ku ni...apa kes main geli-geli pulak...baby dah gerak-gerak...ke aku rasa lambat gak gerak...ni mesti lemak kat perut tebal..tak tahu-tak tahu...aku je tahu...ha,ha tapi bile scan 3 bulan tu doktar tak boleh nak ambil gambar scam secara cantik selalu buat akrobatik....comel.... :)

Aku rasa sangat cepat semput bila umur 30an pregnant ni...so cepat-cepat kahwin adik2 and kakak kalau ada jodoh, mmm satu lagi...kahwin muda bagus sebab kita juga subur...dan pregnant kali ni membuat aku sekarang macam jalan sikit pun dah mengah...baru nak masuk second trimester (betul ke ni kalau 20 minggu?)

Aku rasa aku membesar dengan cepatnya...macam la baby aku dah sampai 1Kg....mak dia pulak dah naik 6Kg macamana tu....? ni kes mak dia selera besar sebab aku tak la complicated sangat macam tak boleh makan ke? aku cuma loya tekak jer....Loya selepas makan pun jadi nak muntah...bau orang busuk pun tak boleh..aku sendiri kalau rasa berpeluh aku nak muntah...so untuk aku sememangnya akan selalu membersihkan diri...mewangikan diri...dan kalau tak ada asam asim...bukannya masam..masin wei...tapi boleh la hilang payau...tak pun aku kena pergi beli buah, macam-macam buah sekali beli 10 hengget ko...KLCC kannnngggg...dan buah yang paling nikmat untuk aku mengandung kali ini adalah buah mangga muda...Ya Allah...boleh makan macam tu jer....tengok sikit gambarnya...malam ni aku letak eh...malam pun teringin mak oiiii...
ok dah letak....

Aku juga rasa...Urat-urat biru belakang lutut dah terkeluar...aku rasa ni kita panggil vena verikos...walaupun tidak kritikal tapi nak duduk antara 2 sujud sakit nya...so untuk mengurangkannya bila malam waktu tidur aku letak kaki atas bantal...sampai suami aku dah komplen...ishhh...orang lain 1 biji bantal dia 4 biji bantal semua nak....dia tak mengandung...orang lelaki mana tahu....tahu ...tahu buat mengandung...opss...dan satu lagi aku guna stokin..aku biasa pakai waktu malam jugak...stokin ni 1 set aku beli kat guardian rm150, panjangnya dari peha sampai tumit so stokin ni terbukak la...kat kaki....

Aku pun rasa sakit pinggang....aku rasa macam cepat sangat sakit pnggang, mengandung kali ni biasanya 7, 8 bulan baru la sakit...solutionnya...aku cuma letak minyak angin kat belakang atas tulang pelvis sikit....syco jer tu..... supaya rasa kebas-kebas gitu...so aku boleh tidur dengan baik...now aku plan nak pergi cari bantal bentuk U (mmm... tak ingat namanya apa...)tapi ianya bagus juga untuk breastfeeding nanti.....dah jumpa kat baby shop Hospital Tawakkal..tapi aku yang aku tengok tu macam baby punya harganya rm79.90....so aku kena pergi moms butik....kata para-para ibu mengandung harganya +-rm200...first time aku tengok bantal U (tak ingat namanya apa? ni dalam majalah mamapapa...so kira teruja jugak bila tengok macam je nak kata..." wowww..sangat comfortable...." ewah-ewah mommy ni....

Ohh...aku rasa juga...awal mengandung aku menjadi malas yang sangat.....tak suka la bau busuk....dari dapur...kan bila masak bau kan...dan aku rasa pantang tengok katil aku rasa nak tiduuuurrr jer.....

Apa lagi erk aku rasa,.....aku rasa aku mengandung anak lelaki sebab cirinya macam Abang Danish.....selera makan...sama...makan secara banyak..suka mengiring....ha,ha...gelak besar....tengok la body Abang Danish...abang aku kata pakai short pant macam anak tauke balak...pakai spek mata macam proffesor....he,he...sekarang bila scan baby macam nak sorok-sorok ajer....pemalu kut...tapi kan perangai aku sangat la sabar and cool gitu...itu perangai kakak tu....hahhhh...tak tau la nak rasa-rasa tang ni...aku doakan baby yang sihat waalfiat jer....dan yang pasti..rezeki baby ni sangat lah murah sebab early preggy hari tu, aku dapat offer saham petronas +-rm30k...aby dapat increment 80% dan aku tak tau dapat berapa ni increment...yang best semalam dalam lift ada orang bagi limau satu kotak......memang best... :)
...syukran...dan sangat berharap rezeki baby ni juga memberi seribu satu kerahmatan untuk keluarga kami....

mmmm....Aku rasa perangai anakku ni semua sama...manja-manja semua tapi boleh berdikari...sebab bila mengandung aku ada suka cium minyak angin daaaa.....rasa puas tau....buruk betul kan....ketiga-tiga preggy macam ni...dan aku sangat suka orang urut and belai aku...

Dan kini, kandungan aku berumur 20 minggu....ada ok ke kak F....?he,he...baca sajer jer meh la komen....Doakan semua selamat yer......kak F...ni la baby kita....

Wednesday, January 26, 2011

Tazkirah Minggu Ini

9 GOLONGAN ORG YG SEMBAHYANG

Golongan 1
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.Imam Syafi kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.Masya-Allah.. tak nak masuk golongan nih.. paling menyedihkan...

Golongan 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.(Subhannallah, Nauzubbilah mohon dijauhkan...)

Golongan 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.(takut jer kita tergolong sini...)

Golongan 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.

Golongan 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya,tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.

Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai Sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.
(Ya Allah ...Ya Tuhanku bina hati ini supaya tidak tersasar kepada nafsu dunia...)

Golongan 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangy ang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin. (Ya Allah ...Ya Tuhanku,Tempatkan aku dikalangan orang-orang yang soleh)

Golongan 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )(Ya Allah ...Ya Tuhanku,Tempatkan aku dikalangan orang-orang yang soleh)

Golongan 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi daris eluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.astaghfirullah.. rase kerdil..(Ya Allah ...Ya Tuhanku,Tempatkan aku dikalangan orang-orang yang soleh)

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim.Jadi dimanakah tahap sembahyang kita? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi. Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam....HIDUP ini amat bermakna jika segalanya kerana ALLAH

Resipi LALA masak paprik best in the TOWN

Semalam hari melawat hospital....first time la ditemani hubby khaby...maklum la selalu dia tak ada...entah dia teman pun nak amik hati jer...agaknya la...he,he..suka

First kena pergi GH, sebab refer to cikgu danish kalau nak claim insurans kena g gomen...pergi je le...lama ooooi...dari pukul 9.30 until 12.30, then baru aku boleh follow up....kat hospital Tawakkal...

Semalam kandungan gula and darah tak bagus...dr siap offer MC sampai jumaat...adesss...dr pun agak2 la....bukan tak ley jalan...actually malam sebelum tu tak boleh nak tidooooo...tu la pasal kut...so ladies in preggy take care of ur health ok...
(aku pesan kat aku jugak tu...no heart feeling ok...)

Semasa aku kat hospital sempat la berkenalan dengan mak-mak orang...banyak la sembang....sampai la kakak ni boleh story kisah dia...but anyway...dont like to share about her lagi...takut la jadi emo...tetiba aku rasa...kesian la pompuan ni...aku pun kesian gak diriku...tapi aku harus bersyukur kerana Allah masih menyayangi aku....


Ok kita return balik selepas rawatan kat Tawakkal aku pun balik la....dah samapi rumah...solat dulu and tidur.....ZZZZZzzzZZZ
Bangun dari tidur..Si aby tya...baik pulak...risau aku maner tau...tetiba macam terlist dalam entry before...awak nak maka sambal mangga ke? nak sambil senyum simpul and malu kucing konon...nak,nak...


so kul 5 we olls pun main masak sama-sama..ketung ketang.....dia cam biasa ada mood makan singgang ikan lagi...aku la jugak kena buatkan...sekali terpandang pulak LALA...ada mood lak nak masak untuk anak-anak...actually motif entry ni nak share resipi LALA...tapi dia punya intro...alamak....minta maaf...

Jom main masak-masak...kita masa LALA...easy & simple

Resipinya:-

1) LALA 1kg

2) 4 Ulas Bawang Merah Besar sederhana + 6 biji Bawang Putih

3) 1 Sudu Cili Boh

4) 1 Sodek Sos Tomato (saya guna brand maggi)

5) 1 Sodek Sos Tiram. (saya guna brand maggi)

6) 6 helai daun limau purut

7)Garam & Gula secukup rasa (sila rasa yer...kalau suka boleh letak perisa ajinomoto)


Seperti biasa kita tumis dulu...apabila tumis dah mengancam, baru la kita letak LALA, last but not least kita masuk daun limau purut...Tadaaa...dah siap pun...

sajer nak show menu kita kita masak semalam...


kalau rajin macam ni la tapi ni rajin sikit ajer...hu,hu....kalau malas...jom makan kedai....bulan ni beras cepat habis...En suami tak outstation.....and now i'm counting to go out of office...yiiieeepiiieee....

Have A Great Day Everybody...

Jom Kenali lelaki " Playboy" aka suami menyundal...opsss

Mari, mari...adik kakak....makcik-makcik...and my beautiful ladies in the world....

Hah...ini entry paling hot yang akak ada ok (sila baca dengan nada sengal2 gtu...atau nada kak engku...)

Dulu cita-cita nak jadi pengacara melodi...opss...tak ley cari makan pulak fara fauzana nanti...
tak pe la...jadi cahaya hidup dah cukup...syukur,syukur la...

Kita pendekkan cerita...TUT...You oll kalau nak tahu....lelaki ini mempunyai ciri-ciri

1) Sweet talker...(makcik tau ke sweet talker tu apa? ok let's me explain...kalau dia bercakap dengan kita si dia selalu memberi harapan, ala...konon-konon nak suruh kita take care la...dan kita bila hari-hari si dia dok cakap you r d only one...cair la wei...hah tak percaya...aku pun cair...he,he)

2) Caring (lor makcik ni pun tak tahu...ni dia ambil berat dengan kita...ayat power gojest ...panggil kita dengan sayang dah makan..baby dah solat....tolong tambahkan...boleh makcik...ala...makcik kan dah biasa)

3) no 1 and 2 tu kalau kita tak kahwin lagi dengan dia...kita tak tahu yang dia ni dah kahwin ke belum...

4) Kalau dia tu dah suami kita terang-terang...wah dia tetiba la layan kita dengan penuh perasaan....kalau kita kata kita nak kentut...tetiba jer dia kata eh wangi la kentut you...(eh tipu la tu)...aku pun nak ketawa besar ni....ok be serius ok...

kalau dia ada handphone, tetiba dia berubah tak nak letak telefon dia merata-rata takut terkantoi...tetiba je dia silent mode supaya line clear....tiba-tiba suka bercakap kat luar rumah tak pun kat toilet...eiiii....ini betul-betul....sila berhati-hati...

5) Kalau dah berhati-hati...anda pasti akan menyedari dia ada handphone satu lagi....jangan lupa skodeng...he,he...bab kata kawan-kawan tolong pergi serbu pejabat dia secara sekarang mesti dia tinggal kat opis tu...percaya la...kalau dah playboy...

6) and kalau anda seorang gadis pasti ada warning untuk calling...contoh ayat-ayatnya...nanti kalau sayang nak call, sayang call on weekdays k...tetiba abang outstation bila weekend...outstation bayar bil air ke bangggggg (sensored la pulak)....weekend tu tunggu abang call...so aku seorang gadis yang setia walaupun rasa rindu....konon-konon tak nak la annoying....

7) And jika anda gadis setia itu...tetiba anda rasa nak story mory dengan dia ...mmm...adalah yang berita gembira ke...cerita sedih ke...tetiba si dia tak angkat call...mmm line tak clear la tu....wife ada kat sebelah abang ni....

8) yang ni untuk mak ok...yang ni tahap laki dia memang tahap cipan la..tetiba je nak tidur kat luar...katanya kalau tidur kat bini panazzzzz....dah mabuk dah ni....tp jangan putus asa...ada tips jugak ni...

9) mmmm...biasa kalau kerja balik awal...ni ada jer nak nak melencong tetiba ada overtime...tiba ada meeting....

10) oh ni masih lagi untuk awek...kalau la bila hari bekerja...pukul 8.30pg baru la dpt sms...cuba fikirkan...line clear lagi...

ada lagi ke?ada....ada manyak2 lagi...tapi akak ada kerja la pulak....kalau rajin nanti kita update ok.... i luv you u olls...

Saturday, January 22, 2011

Today is Saturday!

Hari ni hari yang sihat...hari yang penuh semangat....hari yang rajin...hari yang cekap...mmmm...hari yang nak kemas umah sebenarnya....

Malam tadi dok layan blog sampai pukul 3 baru tidur...konon la nak tukar background design tapi selalu la problem (mmmm padahal failed...lama dah tinggal)....so guna jer la yang ready from blogger...

Actually, I just nak share what i have go through on saturday morning...pagi relaks-relaks....macam biasa encik suami mengerahkan anak-anak supaya bersiap pergi sekolah...(today sekolah ganti...aman kejap...untuk diriku yang bercadang untuk mengemas rumah...kalau diaorang selalu kena kerah jadi bibik tak profesional)

Encik suami menyidai kain...bila anak dah siap ..Encik suami menghantar dorang...aku bila encik suami tak ada ....mmmm.......macam nak lena jer balik....and memang buat-buat lena...hu,hu...

Bila balik Encik suami, aku layan sembang dengannya sambil dia tengok tennis online and baca baca news paper....dang dang habis...macam rasa nak pergi pasar rasanya kata Encik Suami...sebenarnya aku memang malas dowhhhh...takut bila jalan ...tak jadi kerja....tapi bila dia nak pergi pasar aku order bawang , timun, ayam, ikan, sayur....macam-macam la....then aku tanya...dia ingat tak?....dia jawab apa kata kalau awak ikut sekali...saya nak kemas rumah la...(macam la selerak sangat...)...nak tak nak ikut la sekali....

Habis jugak la RM250 untuk bahan mentah....biasanya aku memang tak keluar duit tapi hari ni macam la murah hati just bawak RM50...habis jugak....aku cakap dengan suami...eiiii...rasa mahalnya beli ikan skit jer 5 ekor ikan and 1kg lala.......dah RM48
(1 ikan bawal berangan nak masak percik, tak pun sweet sour,1 ekor ikan tongkol aka aya dah guna dah separuh buat singgang...berangan nak buat nasi lemak ikan aya...KL susah nak dapat,3 ekor ikan bawal putih, En suami teringin nak makan sup ikan, tak nak la dia rasa kempunan...maklum la bapak budak dan 1 kg LALA...anak-anak suka...no idea lagi...nampak macam goreng paprik jer tu)

dan kesudahan sembang mahal... terus Encik suami kata minyak naik semua la naik...tak adanya kerajaan nak pantau.....oh yer...semua terkena tempias akibat minyak...

oh yer, oh yer jugak, lupa nak share pagi tadi breakfast keropok lekor Bukit Tok Beng dengan air kopi jer...minta maaf Encik Suami juga sediakan...sweet kan...padahal Encik Suami dalam hati ala...bukan selalu sekali jer i buatkan..ha,ha...on behalf...betul jer....kalau dia prepare breakfast...terus nak masuk bilik...he,he).....now musim keropok Bukit Tok Beng lak Famous...full stop!

Balik pasar , Encik Suami mengambil tugas membersih ikan-ikan, udang dan sotong.......dan aku berkemas la.....nak patah gak lak pinggang ni...biasa anak-anak buat,,,thanks god for giving me a good KIDS like Danish and Batrisyia...walaupun awal cerita rasa aman kalau diorang tak ada...he,he....MAK gitu la..

Pukul 10 start, menyapu, mengelap...sapu minyak kat perabot kayu...Vacuum...bersih kipas aku mintak tolong cousinku yang tinggal sekali maklum la dia tinggi...amik peluang....hu,hu...so bila dia settle...sementara...aku sapu minyak ...siap la 2 biji kipas kat rumah ni....

Bila time aku vacuum...mmm sekali ternampak sawan-sawan lak kat syiling kapur..mmm....tak syok- tak syok...pergi cari pembersih...sapu lagi...dan semestinya kena vacuum balik....dah nak siap sampai kat luar..aku intai Encik suami kat dapur...mmm...dah siap dah menu yang aku request...siap ada deko gitu...dia buatkan sambal mangga...dan terung bakar...jom cuci mata kejap....TADAAAAA....Sambal mangga dengan salad tamur eh...betul ke salad tamur?
"Sedap bangat...air tangan suami weiii...he,he...masa dia nak buat ni dia tanya cili kecik ni pedas tak..pedas...berapa biji mangga En suami nak guna 2 biji...so guna 4 biji jer...just nice la...anak dara boleh la cicah jugak...."
"Yang macam goreng pisang tu...pisang tanpa tepung...ha,ha... Encik suami buat Terung Bakar...tak tau terung tu yang best or Encik suami buat sedap....manis lemak sebab encik suami sapukan minyak zaitun...sotong bakar tu dia buat ala2 tepayaki tu...yang putih kat sotong tu adalah telur sotong yang membuak-buak terkeluar...sayang nak potong takut hancur...telurnya...kuah singgang masa ni dalam periuk lagi..."

Opppss...Sotong Bakar tu Encik suami buatkan untuk anak-anak dia untuk makan tengahari nanti...then aku pulak bila siap kemas kena la masak kuah singgang yang En Suami nak...dan masak nasi jugak....apa lagi cekebung la aku pergi mandi dulu dah tadi berdebu (macam nak terjun sungai pulak eh)...bertukar pulak tugas suami dangan aku kan...begitu la...Sang suami tak minat kemas...si isteri kena tolong kemaskan...dan bila si isteri sangat la tak suka part bersih ikan ni...si suami la take charge....almost 10 years semuanya berlaku...itupun kalau Encik Suami ada kat rumah...ringan sikit kerja-kerja aku erk...sesangat...tak tau la kalau aku tak bersyukur lagi...begini la rumah tangga kami...

Apabila Encik Suami pergi amik anak...dia pergi solat kat masjid near to my kids school...aku pun dah siap masak tunggu dorang balik untuk hidangkan makan tengahari...

Now, aku sedang mengupdate blog..Encik Suami dah layan mimpi-mimpi indah...ZZZZZzzzzzZZzzzz...kroh2 dooohhh...he,he...

Aku...aku nak pergi solat zohor jap eh...See you all later...Pye, pye...petang nanti, selepas asar nak pergi IKANO pulak...belikan Aquarium and ikan untuk anak-anak pulak...nanti story mory lagi k....
Thanks friend for reading...You make my day :)

Susu Kambing pulak dah...

Aha...alamak tak bestnya....mesti korang rasa....eiii ....hamis la...

Actually aku pun macam tu...one day...bila aku p buat rawatan facial...aku jumpa seorang hamba Allah yang bergelar...tua dah...tapi dia punya kulit....MasyaAllah....ya habibi ya malauna la....gebu siot...putih giler babas...

So aku yang laser ni terus ajer terbabas...cantik kulit akak...akak pakai apa?or akak amik vitamin C (opsss...sorry akak, mulut I ni tak ada insurans Langsung...)

Akak minum susu Kambing...dan guna sabun susu kambing...Ha awak pregnant kan...nanti bila dah 4 bulan...awak amalkan minum susu Kambing....Terkedu kejap....ishhh...tak leh nak bayangkan siot....macamane la nak telan......susu biasa pun payah....

Aku pun google lagi...apa kebaikan susu kambing....wow....hebatnya...kedua tertinggi kalsiumnya selepas susu ibu...maklum la...kita dok dengaq...susu lembu bagus....anak aku pun minum susu lembu....hwaaaa....kesian....

Then...bila aku refresh balik...2 anakku tu kuar ajer terus la kekuningan...macam la aku suka makan maggi...or junkfood...sebagainya...adik beradik terus suh cari susu kambing suh campur dengan susu badan...amik satu sudu jer....kesian....

so no wonder la...kan Susu kambing baguzzzzsssss...due to anak danish pun dah memontelkan sdiri...doktor pun advise...awak minum susu kambing yer....so? dapat kurangkan kolestrol jugak...memang terbukti...daging kambing pun bila kita google ...bagus jugak ok...sebab mudah hadam compare to daging lembu...

So sesiapa yang ingin membuat ujikaji...macam aku la...boleh la try minum Frutti Nubian milk goat...you olls can view here http://www.nubiangoatmilk.com/

susu ni pun anak-anak aku gak yang rekemen...best mommy...gitu le...kalau mommy alway sharing apa mommy nak.....even kalau pergi kat coldstorage...U olls memang akan jumpa Peti sejuk Nubians (ala-la size peti sejuk vitagen tu)...sila ler buka kalau frutti punya ada la...sebab kitaorang selalu pergi...selalu la habis...tinggal yang botol jer...senyum kambing jer la tengok....tak mampu nak minum u olls...

tapi kena la sejuk....kalau tak sejuk...tak ley minum wei...bau hamis...however frutti...aku rasa entah-entah frutti ni syco agaknya la...tapi sangat best...

Jangan lupa try....especially for those who you care....

Friday, January 21, 2011

Panduan membuat karangan dalam Bahasa Inggeris

Assalamualaikum murid-murid.....

Malam ni cikgu macam rajin nak bagi tips membuat karangan dalam Bahasa Inggeris...murid-murid sudah bersedia...teruskan membaca ok...

Ehem...ada ciri-ciri cikgu yang syok sendiri tak...he,he

Actually, Aku just nak share google translate...bukan ajer boleh buat karangan dalam english...pelbagai bahasa ko....adesss...tak ley pulak nak paste screen pulak...tapi tak per murid-murid klik ajer yang cikgu highlite tu yer....

dan selepas zaman-zaman dictionary , belek-belek...now everything in your finger tips...kat mana kalau tak google translate Kat sini la aku selalu check vocab aku, sebelum nak hantar email...maklum ler dah kerja company multinational...konon la...habis orang aku suh check dulu......

mmmm....dulu pun cita-cita cikgu besar tau untuk belajar bahasa inggeris....ada niat tau nak kahwin dengan mat salleh...apakan daya dapat anak pak salleh pun ok...walaupun grammar terabur jugak....

Alamak, apahal pulak kaitan kawin ngan belajar bahasa inggeris...kecoh hah cikgu ni...

Back to google translate, let me show the example okey, :P, Kita share tajuk hangat ok....cikgu pun amik dekat Harian Metro...
"Dibuang suami seperti sampah"

From Malay to English

KUALA LUMPUR: Akibat terlalu ghairah mengejar harta dan lelaki berpangkat pada usia muda, seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akhirnya berdepan bahana dibuang suaminya seperti sampah.

Lebih memilukan, suaminya, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat besar di ibu kota mula mengabaikannya ketika dia sarat hamil anak pertama.


Siswi yang dikenali sebagai Suzie, 20-an, amat terkejut dengan sikap suaminya yang tidak mahu mengakuinya isteri yang sah, malah bersikap seperti mereka tidak pernah kenal selepas menjejaki lelaki bergelar Datuk berusia 50-an itu di pejabatnya.

Mendedahkan kepincangan itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, siswi terbabit pelajar tahun tiga sebuah universiti awam berasal dari sebuah kampung di pantai timur. “Apabila berjinak-jinak dalam persatuan mahasiswa dan bertemu ramai pihak di pelbagai syarikat bagi tujuan persatuan, dia teruja untuk mendekati golongan berpangkat sehingga terpaut dengan seorang CEO menyebabkan hubungan mereka makin rapat.

English


KUALA LUMPUR: Due to too eager pursuit of wealth and rank of the young man, a student of a public institution of higher learning (IPTA) finally confronted her husband, the volume discarded as waste.

More poignant, her husband, a Chief Executive Officer (CEO) of a major company in the capital began to ignore her last trimester, when the first child.


Girl called Suzie, 20's, was shocked by the attitude of her husband who did not want to admit the lawful wife, but act like they never knew after the men's track called Datuk age 50-an was in office.

Expose the shortcomings, the syariah lawyer, Datuk Zaidi Zain said the students involved students in three public universities come from a village on the east coast. "When berjinak-tame in the association of students and meet many people in various companies for the purpose of the association, he was thrilled to reach the rank of a CEO so linked with their relationship more closely.

separuh dah hah...terror tak terror tak...So guna la google translate...Cikgu tak ada conflict of interest pun...uncle google pun tak heran pun kat cikgu....

So my reader...Enjoy the session ok...bla la cikgu ....(sampai hati U olls tau...)

10 Years Wedding Anniversary



Alhamdullilah...Terima Kasih Allah...kerana masih memberi kasih sayang antara kami berdua....juga memberi nikmat rezeki anak-anak yang sihat..aku sangat bersyukur....atas kurniaanmu...

Gedu gedang...tut tut 10 tahun dah...masih tak percaya jodohku masih lagi dengan aby...maklum la perkenalan kami bermula di alam INSTEP...tak jangka betul dah la sekelas...pada mulanya tak suka...beranak pinak ko...ketaq(mengigil) tangan bila baca surat...dah la dalam toilet (baca surat ok)...hwaaa...

Just wonder...bagaimana Allah masih memberi kesabaran antara kami berdua menghadapi karenah masing-masing...kalau flashback ....mengucap panjang...ASTAQFIRULLAHALAZIM!!!

Aku dengan karenah tersendiri...Suamiku dengan cara dia...tapi aku pasti antara kami berdua sudah pasti ada AURA sehingga kami masih lagi berdua...

Tahun 2011 adalah tahun yang sangat indah....mmmm...bodek la tu...aku dapat hadiah kereta suzuki swift from my aby.....aku cuma nak suzuki ALTO (selalu berangan..).dah orang nak bagi...amik jer ler....dapat duit lagi untuk pilih barang kemas.....hwaaa....bukan kupinta...tapi bila aku story dengan ayahku...kena la gosok-gosok...baik-baik....ayahku pulak yang sokong....aku garang ke dengan lakiku....selama ni..aku rasa lakiku lagi garang....hu,hu

10 tahun.......ya Allah aku amat bersyukur kehadratmu...malu ler ambo kawin mudo (22 tahun tu)....actually aku ada plan nak buat satu entry "Malam skodeng" picture tak sempat nak save lagi, bila en suami tak ada kat rumah...line clear (bagi menghormati aby kalau dia tak outstation...aku sememangnya bidadari kayangannya...berkepit aja...tak per tak ada orang puji...angkat bakul sendiri)nanti kalau main internet apa pulak katanya.....apa pun kahwin kalau bahagia cenggini memang best.....Aku doakan semoga jodohku dengan dia sehingga akhir hayatku....(dah kalau aku mati dia nak kahwin len...ikut suka la...bukan aku boleh jaga dia lagi..aku pun nak cari perlindungan lain gak...berterus terang ok).... kwang-kwang....jangan dia kahwin sekarang dengan ada aku ni aku pening weiiiii....)nanti kuruskan aku...he,he

Aku sendiri tak tau nak beli apa untuk aby......aku hadiahkan baby jer boleh....he,he...tak tau nak buat apa sempena 24 jan 2011 nanti..terfikir nak baking kek coklat...favorite tu.....apapun....

untuk suamiku...Harap halalkan segala makan dan minum...kalau ada ada terguris hati dengan isterimu ni...ampunilah segalanya...aku cuma manusia biasa....yang bisa melakukan kesilapan..

Monday, January 17, 2011

Panduan untuk ke Saigon, Ho Chi Minh-Vietnam


Actually ini adalah hasil aku dok browse kat internet, may be you olls boleh refer jugak...
Trip untuk kali ini adalah kali kedua, sebelum ni aku just follow my friend...single mingle gitu...kali ni...single mingle jugak tapi with my lovely hubby...terus jer nak berangan...konon-konon nak honeymon sekali boleh...mesti la boleh dah nama suami...tapi kan..trip ada orang ketiga la...tadaaa..budak kecik dalam perut weeee....


Yang ni penting nihhhh...lapar kalau tak ada...dulu masa 1st time pergi boleh dikatakan all day trip asyik pergi makan kat Halal Saigon...best jugak...harga pun best....ngeh2...

so next trip ni...berangan nak try semua kedai..kalau aby nak pergi...tok laks aku ni...bombay aka mamaks ni dia kureng.....

Halal Food/Restaurant

D’nyonya -Tauke Malaysian...ada restoran kat malaysia 2, Australia 1
Halal Saigon -Tauke orang Malaysia-Dr juga pemilik Bombay
VN Halal- dekat dengan Benthan Market
Panshah
Bombay
4 season-Best jugak....


yang best aku jumpa jugak yang ada delivery...class gtu....kalau malas kita call jer la kan...

cth:-
1 set ayam masak kicap + nasi putih + sayur = USD3
1 nasik goreng seafood or Mee Goreng Seafood = USD 3
1 nasik putih ngan Seafood Tom Yam soup= USD3
1 nasik goreng ngan ayam goreng =USD3
1 nasik putih, ikan sembal ngan sayur USD3
1 nasik putih ngan kari ayam or kari ikan USD4
Tel: +849 03399248 - telephone Mohd. Aly +841218747096

not bad...kan... tak pernah cuba tapi brother Zul yang pergi sekali tu cuba...ok gak katanya...

SAPHIRA , macam ustazah gak jual macam-macam . Kalau nak kerumahnya dimana dia kata ada kilang sendiri le , as per forum....

ni alamatnya :111/21 HUYNH VAN BANH ST., WARD 17, PHU NHUAN DIST .,
HCMC RUMAH NO : ( 08) 384 49729H/p : 0121 7841165

Promo kedai Samsuddin lak....kira murahlah dari makan kat VN halal tu...
ni alamat dan no phone dia....call jer...bila nak order cakap melayu jer...
Delivery Hotline Tel: 84.8.6271-7494Fax: 84.8.3920-7905Mobile: 0908-150-110 or 0903 399 430Add: 445 Le Hong Phong st,Ward.2, Dist. 10, Ho Chi Minh City, Viet Nam.

Ustazah Basiroh, ramai orang melayu amik barang kat sini....

kalau tempat shopping....semestinya...

SHOPPING

Ben thant market

Hong Kong Market


Russian Market (sebelah kedai buku Fahasa)

Butik Minh

Saigon Square

tapi aku cam risau jer...tak dapat nak jalan banyak takut kedai tutup awal...sebab dorang chinese new year sakan....tadi pun aku chatting dengan amoi saigon dia kata dia nak balik kampung dah 29 Jan ni..kedai pun tutup...so kalau sempat jumpa 28 Jan la...
tapi tak sebenarnya...drg tutp kedai 2 hari sebelum chinese new year...dan buka selepas 1 mgu...kalau pergi waktu ni sangat happening...sebelum chinese new year la...
berangan nak beli beg

orang kata boleh beli original deuter dari kedai berikut "u best collection"
shop51 bui vien st., dist.1

tak sure la hubby nak tak...aku tengok beg laptop dia dah la free dari company exxon punya...luncai banar dah...aku tak mampu nak bagi hadiah yang mahal-mahal...biasanya kalau aku beli hadiah mesti yang ada diskaun....kwang-kwang...birthday aby pun dah dekat....

ala dekat benthan pun ada...cuma satu kedai jer yang jual...

Nak cari jugak beg Brand Crumpler (Beg untuk camera DSLR aby...harganya rm50...estimated...) walaupun dia bukan fanatik...tapi tak pe dah dapat DSLR free siapa nak bagi eh.....Kipling tak sure...orang kata boleh beli...bagi la kat anak...cousin aku cakap.....

oh kalau flight...pilihan aku airasia.com...murah beb...kali ni aku cuma dapat -+rm 500 pergi balik bersama suami...aka 2 orang la return...
Kalau Encik suami kerja dengan MAS ok la...ada jugak diskaun...kwang2...sebab ada kakak yang pernah aku jumpa kat saigon...kerja kat kuantan jugak tinggal dekat rumah makcik aku tu....mmmm....details...pergi balik hari tuuuuuu.....kayap-kayap...he,he

Others you all boleh search kat sini...
Mas,airasia.com, firefly.com, tigerairways, fly12go.com

Perlu ke tour guide erk.....its depend kalau suami aku nak aku pun ON sebab makan minum, jalan and tempat tinggal di tanggung oleh suami....aku macam biasa kalau nak shopping sendiri mau fikir...

Tour guide
Pak Yaya (Nguyen Thanh Gia Tel: +841223782053 or 01223782053
email: [url=mailto:yayya61963@yahoo.com]yayya61963@yahoo.com[/url])

Others kalau nak join tour leh book kat hotel or sinh travel or [url=http://www.deltaadventuretours.com]www.deltaadventuretours.com[/url]
Ms Ha HP: +84 905801329

ni email addnye : sgnkimcafe@deltaadventuretours.com
Ha (Ms.)
HP: (84)905801329
----------------------------------
Delta Adventure Tours
Add: 267 De Tham St. District 1 HCMC
Tel: (84) 39.202.112 - 39.202.107
Email: sgnkimcafe@deltaadventuretours.com
Website: http://www.deltaadventuretours.com/

Pak Aziz- +84903159610

Lain-lain...kita pergi berendet la...takkan berendet kat hotel jer....maklum la honeymoon balik-balik kat hotel jugak....kwang-kwang....opss sensored!!!

Jalan – jalan

Chu Chi tunnel
Mekong River (dalam RM30 hengget la....)
Notre Dame cathedral rasanya pejabat pos ni...hari tu aku lalu jer....
nak pergi Hard Rock Cafe (T’shirt)...

Tapi aku tak rekemen ko amik tourist guide...koorang pergi jer dekat Sinh Cafe pr Sinh Tourist...lebih murah...

Aku just prefer hotel murah jer...sebab nak tidur jer kan...tapi tak sure maner satu...kira walk in jer ler...hopefully ada la kosong....yang ni semua dekat dengan Banthant Market kut...dulu first time pergi dok hotel mahal...hu,hu...

Antara list of hotel Rate yang berharga USD25...kalau convert lebih kurang RM80/=

Hoang Phuang Hotel
Tan Hai Long
Tan Hoe Ngoc
Thanh long Tan (thanlongtanhotel.com)


untuk teksi ...kawan-kawan pesan...dekat forum pun aku ada baca...pilihlah in the list...supaya tidak tertipu....

Vinasun
Mailinh
(airport ke hotel VN120/USD 5 or USD10 tu kira accepted la....)

Adios....kalau ada good info....share-share ler...he,he

Saya Kaunselor Berjaya

T_T...Minta Maaf saya bukan berkerja sebagai Kaunselor ok...he,he...

Saya cuma bagi nasihat free jer.Suami selalu kata kalau awak cakap memang macam ustazah...orang atau saya boleh panggil kakak ni selalu story dia punya feeling dengan saya...perempuan bila nak marah dengan suami..pasti nak mintak cerai...agak-agak kalau la cerai tu ditangan isteri...aku rasa dah 88kali suamiku kena cerai jugak...(serius tak tipu....try la kawin...he,he)

Back to Kakak ni...20 tahun kahwin takkan menjamin kita akan bersama selamanya jika kita tidak mengalah...tidak kompromi...dan tidak sabar.....

Setiap rumahtangga pasti ada Tsunami...kalau tak ada rescue orang ketiga yang bukan dari golongan batu api...pasti rumahtangga kita akan kembali lancar subur...he,he...

Untuk diriku yang masih baru meniti kehidupan...kaunselor yang berjaya membantu aku dalam kehidupan rumahtangga adalah ayahku sendiri...
memang best...sebab macam tak caya lak...dulu aku nak kahwin dengan orang jauh...dia tak bagi maklum la suamiku orang oversea....take time babey...he,he

Nothing to say again....

"Untuk kakak yang disayangi....amalkanlah doa-doa yang aku kirimkan...semoga dapat menjadi panduan kehidupan demi masa hadapan....malu ok (walaupun akak bukan artis...he,he)....tua-tua naik pejabat kadi.(saje nak sakitkan hati...tapi akak kenal saya ok)..bab kata pepatah...jika hari ini akak rasa akak dah berada di neraka...sebenarnya bila akak kuar...akak melangkah ke neraka jahanam...percaya la....(sila baca, ala-ala nyanyian siti nurhaliza :P)
I luv U Kakak...(untuk makluman, ini bukan lah kakak kandungku...maner la tau...ada pulak yang manipulate...)

Saturday, January 15, 2011

Saya dah beli......Delonghi Oven baru RM950 only /42L

....saya suka la..tapi tak guna lagi....nak sharing jugak....ni oven lama...nak kata lama tidak la...lama bangat tapi..disebabkan dah repair tak jadi jugak.(masalah utama, api atas besar..kalau masak muffin sangat la x cantik, apa lak muffin...apa2 yang aku nak masak la....)..thats y la nak cari yang baru...macam la aku businesswoman yang jual kuih-kuih raya or kek kat rumah eh...lagi pun boleh kira or kek yang pernah aku buat....tapi aku memang suka guna oven...bukan je baking tapi...grill juga...

tapi macam baru kan...adakah sebab jarang guna...he,he...atau aku seorang pembersih...selepas guna aku lap elok-elok...tapi frush oooo...kalau masak sedap tapi cengini jadinya...

Frustkan...api atas la cepat sangat terbakar...terus salah heater oven...

Back to my story...oven baru ok...
Tapi tak per tak salah kalau ada duit boleh jer beli....maner oven barunya...cerita jer lebih eh
ni la dia...brand apa? tak glem pun....Delonghi..korang pernah dengar ke aku pun tak pernah dengar...aku pun search la kat internet...first aku akan tengok harga sebab aku cuma budject RM1k....so bila aku pergi kedai dia promotion Rm999...aku balik fikir dulu....

Ok sangat la kan...search internet dekat lelong.com pun harga RM1299...last aku pun cakap la dengan En Suami ...saya nak beli la oven tu...pergi kedai kat ampang ni balik...kedai dia banyak jual barangan Ariston (Made in Italy, kalau tak silap la...)....nego2 dapat la RM950...apa lagi lagi sapu la....lagi la dah banyak sangat survey nanti tak jadi beli pulak.....so percubaan pertama untuk baking....aku akan buat muffin jer....nanti kalau aku rajin update aku sharing la...biasa cerita aku jadi basi...sebab aku suka jer share kat FB....sebab senang....tak per...aku punya blog ok...Pye-pye

(p/s; bila aku baca entry ni tetiba bosan....actually aku memang tak ada idea...tapi nak jugak menghapdet...sorry yer nyah oiii)

My List to be shopping...

Actually...nak buat sticky post untuk entry ni...tapi tak berjaya ler...

1) Air panas dan sejuk coway, ini saja nak suruh lagi rajin masak air and simpan air kat peti..minta maaf kita nak perli kita jer tu...nak suh lagi efisyen, he,he...(mmm...dah dapat)


2) Oven baru replace sebab api atas dia kuat semacam dah selepas repair pun x jadi jugak... (dah dapat jugak...)

3) Blender baru dah sepuluh tahun dah...hadiah kahwin tu...cari yang moden sikit cam boleh boleh buat multiuser gitu

4)Kerusi urut...sajer jer letak mana la tahu kalau ada orang nak hadiahkan...ngeh2...ponat tak ada bibik

5)Angan-angan jer...bila deko rumah sewa, kalau boleh nak move perabut sofa diorang ni...nak beli kerusi jati cam sofa beb..bolehla berternet dengan family... :P

kalau ada terpikir lagi...kita listkan lagi..and kalau la ada orang sayang dengan kita rasa nak bagi hadiah tu...konon buat surprise...saya suka...

7)Nak beli laptop baru...tak pun android ke? konon nak ikut perkembangan terkini ler tu...tapi dalam masa yang sama nak beli desktop untuk anak2..ke nak laptop erk...jom kita fikir dulu k...

8)...yang ni dasyat...aku nak beli kereta la....

Panduan Membeli Belah Di Pulau Langkawi

Dah lama nak update and story mory shopping at Langkawi Island ni...due to internet access...nak edit picture macam jadi basi pulak..tapi tak per...dah kata panduan...mesti la ikut pengalaman...macam aku orang langkawi hehhh...

Kepada peminat Corningwere yang sememangnya bercadang shopping kat Langkawi...teruskanlah niat anda tu ok...memang berbaloi-baloi...sebab tengok la sendiri harganya....Bestkan bestkan...tapi apakan daya...aku dah beli sebelum ni kat tanah besar kuala terengganu dengan harga rm400...melalui persatuan tentera kawan kakakku...tiga tahun dulu...tolong kawan kakak....he,he
Promosi ini kedai Langkawi saga berhadapan Haji ismail Group...Dorang nak clearance stock...last year 2010...kalau tak harga tak ada diskaun 15% lagi... cuma dorang ni semua akan bagi free gift pyrex...semua kedai la harga sama...nampak sangat semua kedai aku pergi yer...kedai mahsuri ke apa...semua harga sama....kalau compare harga untuk barangan were2 ni...55% best dari malaysia....kalau ada kengkawan nak jual Rm400...kira acceptable la...maklum la nak datang sini...tambang lagi...tempat tinggal lgi...makan lagi...kalau shopping mall macam parkson...mmmm tak ada la harapan...now dah cecah rm 500 ke atas ok....

hah.....dah 4 kali sampai ke langkawi...boleh katakan ni la first time shopping were2 ni.....

Aku beli set corningwere 4 set x 2 berharga rm576...so 1 set rm288...ini set petak ok...kalau set 4 bulat tu murah la dalam +-rm20...opppssss...nak tolong promote lagi sesiapa nak pergi langkawi beli la....70% murah dari malaya....bestttt....

Aku juga beli vision yang ada tangkai tu..set 5 include kuali....alamak rege ku lupa...tapi bawah rm300 la...aku dah try masak dah....memang best....nak tengok....tadaaaa...Testing "100% passed" atas api....he,he...nak skodeng aku masak apa? boleh-boleh...Lol...goreng ikan jer...macam la kuali biasa tak ada erk...dah ni blog gue...ikut suka gue le nak tayang apapun....
Ni apa lak...ohhh tumis sayur jer.....nak resipi..En suami kata...best apa....licin....nak resipi...N3 lain ok....

So kalau dah ada perancangan nak pergi langkawi...sedia duit manyak-manyak ok....

Friday, January 14, 2011

Sekolah di Malaysia Tidak Selamat

Wooooosssshhh...Tajuk...ngeri ko.....

This is N3 geram ok...Geram sebab baru start sekolah anakku dah kena cuti sebab kena tolak aka buli or classroad bulism...mmm boleh pakai ke perkataan tu...tak per dah nama N3 geram ok...

Actually, kalau la korang yang hantar anak korang dalam keadaan sihat tiba-tiba balik sekolah dia telefon mengadu sakit...korang tergezuk tak.....terkejut la wei...padahal masa tu korang tengah lunch...walaupun ketika aku tengah makan...licin ok sebab aku teringain makan nasi goreng kerabu dengan ayam goreng :p

Serius...aku bengang la dengan budak kurang ajar...mau aku nak pergi patahkan tangan dia jugak...tapi nasib la aku boleh fikir waras...siapa la aku nak belasah dia ok...
Anggapla itu ujian kehidupan dalam membesarkan anak-anak.

Dalam pada tu ada la aku letak status FB yang ...
"anak lelaki saya hari ni sakit tangan akibat ditolak disekolah..katanya Dah 2 kali budak Thn 5 tu langgarnya dengan sengaja..terus dia rasa nak tukar Sek..bg saya..manjanya la anak aku ni..kat umah bukan main tp kalau tgn anakku peliuk ok lagi..kalau la betul patah..perlu ke aku memainkan peranan..mmm"
Perlu la wei aku kan mak anakku...tapi memang ****...edisi geram lagi....budak ni tak datang sekolah keesokkannya apa ke hell...korang fikir la sendiri.....

Geramkan...grrrr...(muka aku cool jer :P)

tapi aku ada la bengang dengan komen guru macam ni kata status tu....

"sebagai guru saya nasihatkan para ibu bapa yg ada masalah anak di buli minta anak sendiri tampil berjumpa guru.Latih anak menjadi berani melaporkan pada guru disiplin.ibu bapa tak boleh serang budak yang membuli tu di sekolah kerana salah di sisi (aku dah tolong edit d..i sisi) peraturan sekolah.Kadangkala murid yang suka membuli ini terdiri dari ibu bapa yg bercerai,suka mendera dan mereka kurang kasih sayang kerana ibu bapa yg sibuk.jangan menambah tekanan mereka kerana mereka akan jadi lebih agresif dan berdendam.Selalu nya mereka akan di bawa ke kaunseling terlebih dahulu.Biar sekolah yang selesaikan.Jangan buat tindakan sendiri.Guna saluran sekolah."

Tak ada maknanya dengan siapa dia tinggal dah 6 tahun pergi sekolah takkan la tak belajar tatasusila..tak guna la cikgu....opss terus menyalahkan guru yang mengajarnya selama 6 tahun....mmm...kalau dah berada dalam kelas yang last dan cikgu disiplin cakap baru saya minggu lepas kena rotan.....Korang fikirla sendiri....

Mujurlah kami pasangan suami isteri tidak mau la ambil tindakan yang boleh mengakibatkan budak ini boleh digantung sekolah...tapi aku masih lagi nak mencari peluang untuk berjumpa dengan murid tahun 5 ni...bersama guru-gura panel yang terlibat...supaya suatu hari nanti dia boleh menjadi seorang sahabat untuk anakku dan pelajar lain...rugi dik oii...jadi orang jahat....tapi satu lagi nak jugak jumpa mak ayah dia....saje nak luah perasaan...cant imagine yang setengah pelajar jadi mangsa buli sampai meninggal dunia...

Wednesday, January 12, 2011

Solat Itu Ubat Ketenangan

Dalam al-Quran ada lebih 25 tempat ayat yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat manakala perkataan solat itu sendiri lebih 70 kali disebut, menunjukkan betapa pentingnya ibadat berkenaan.“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu berasa tenteram maka dirikanlah solat.

Sesungguhnya solat itu satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (An-Nisa’: 103)Kesedaran umat Islam semakin meningkat kerana boleh dikatakan semua tahu bersolat, sama ada secara berjemaah atau bersendirian.Tinggal lagi, kadang-kadang solat yang dilakukan tidak khusyuk, malah terlewat waktu dan tertinggal disebabkan alpa dengan urusan masing-masing dan kurang prihatin terhadap tuntutan agama.Mungkin disebabkan jahil mengenai hikmah dan keistimewaan solat membuatkan sesetengah pihak memandang ringan tuntutan pelaksanaan ibadat itu, kurang tertarik terhadapnya.

Imam Besar Masjid Negara, Datuk Syaikh Ismail Muhammad, berkata solat sangat dituntut dalam Islam, kerana menjadi tiang agama dan ia membezakan di antara Muslim dan kafir.Malah, ibadat itu amalan pertama disoal di alam kubur dan sekiranya individu itu dapat menjawab dengan baik persoalan solat, dipermudahkan lagi persoalan lain.Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)Syeikh Ismail menegaskan, banyak keistimewaan mereka yang memelihara solat, umpamanya terasa seperti berada dekat dengan Allah dan disayangi-Nya, malah dipermudahkan segala dihajati walaupun tidak dikabulkan segera.“Orang yang mengerjakan solat bukan saja diberikan ganjaran baik, malah mendapat keberkatan dalam kehidupan, berasa lapang dan jika ada isteri, tidak memberikan masalah, malah anak-anak berkelakuan baik.“Tetapi bagi yang tidak solat hati tidak tenteram, diri berasa seperti berhutang, kerana tidak melaksanakan tuntutan Allah,” katanya.

Aspek keberkatan ini sesuai dengan penegasan Allah di dalam surah al-Mukminun, ayat 1-2, bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”Katanya, Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ia sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati.Solat sebenarnya ibadat paling agung yang dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah, sebagaimana dijelaskan dalam surah Thaaha, ayat 14, bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”Ibadat itu juga dapat menghapuskan dosa, sebagaimana difahami dalam satu hadis bermaksud: “Dari Abi Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)Syaikh Ismail berkata, solat dilakukan dengan khusyuk juga mencegah orang yang melakukannya daripada kemungkaran.“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45)Katanya, untuk mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlu mengelak daripada hasutan syaitan dan memberikan tumpuan penuh ketika melaksanakan ibadat berkenaan.“Memanglah, apabila solat pasti syaitan datang menggoda kita, tetapi kita jangan layan.

Sebab itu, antara kebaikan bagi mendatangkan khusyuk ialah kita mengetahui maksud bacaan kita dalam solat,” katanya.Beliau menjelaskan, sekiranya perkara buruk masih juga berlaku, menunjukkan solat yang dilakukan individu terbabit tidak dapat mendidik dirinya kerana lazimnya mereka mengerjakan solat dengan baik malu melakukan perkara buruk.“Jika masih berlaku benda buruk yang tidak sepatutnya, individu terbabit kenalah bermuhasabah semula, cuba perbaiki lagi solat, biar ia sebati dengan diri, barulah iman meresap balik dan paling penting kena ada istiqamah,” katanya.Katanya, solat fardu tidak boleh ditinggalkan, sebaliknya wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri dan jika tidak berkuasa dengan cara duduk, berbaring serta isyarat dan hati.“Mereka yang tidak solat, tetapi masih mempunyai kemewahan, harta berlimpah ruah, malah cakap juga besar itu dipanggil istidraj, iaitu dihulurkan juga rezeki oleh Allah tetapi sampai satu masa jika dikehendaki Allah ditarik rezekinya,” katanya.Ayat 132, surah Thaaha, bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”

Thursday, January 6, 2011

Hey, Happy Birthday January


Ramainya, kengkawan punya birthday january ni....siapa erk?
1)kak Ju aka Julaili ..senior sek rendah ...kira geng jugak la ni...and along aka Mazlinda..boleh dikatakan kawan sekerja yg rapat la masa kat CUF gebeng...dorang ni same age...
2)Ayu aka Hanisa...ni geng2 bijak masa sek rendah...tapi dia baik ngn semua org...
3)Marina...geng puak-puak nakal masa sek menengah...still keep in touch...moga kau cepat dapat kerja eh...
4)Aton aka Pn Jumaaton...selamat dah jadi surirumah...
5) Eh, imah jugak kan...aka Maizatul Rahimah..mmmm...nak jadi surirumah sepenuh masa gak ke? bestnya...
6) Pyan hassan..aka Sufian Hassan..ni budak paling kecik dalam kelas aku..selalu gelor dalam kelas lu...sekarang dah jadi boss woo...boss besar ok..
7)Hairu Haryati...ohh dia budak semko...orang kampung tapi aku kenal kat Facebook...mekasih add aku k...
8)Eh yatie aka Noriati jiran anda pulak...jiran aku and rakan sepermainan zaman kecilku ni...bakal bersalin end of january...may Allah bless u always k...
9)Anak buah aku Afdal, aku panggil abang...kja dah dia...malas hah kawan g makan Johnnys tak ajak...(betul ke eja johnnys tu)
10)mmm...siapa lagi...huishh..pok lang aka sahlan...ni boyfren gossip...ni...suka aku cerita ngn dia ni...kalau ceriter bab personal...yang tak elok tu terus dia bagi hadis kat aku...he,he...
11)Aku dok wish ngan orang lain...abang and kakak aku aku lupa....selamat hari lahir abang sam and kak zura...u Olls memang best...muaaahhh
12)Happy birthday Siti Nur Haliza....
13) Buat rakan-rakan sekerja...Selamat Hari Tua Cik Rozy n Shida
opss...siapa lagi erk...nanti aku tambah aku pun tau dari facebook reminder...jangan marah hah...maner la tau nanti korang kata aku ni mimpi apa...selama x pernah pun wish...ngeh2...maklum le azam baru antaranya nak rajin update blog...
Special ni dedicated kat you all...Aku doakan korang berjaya dalam apa bidang yang koorang buat ok...mau didunia dan akhirat...

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Datang 2011

Oppps...selamat tinggal 2010....Alhamdullilah...rasa macam berkat jer kehidupan tahun lepas...rasa cam tak ada duit...bila kiro, kiro dan kiro...banyak rupanya income tahun lepas.....

Hopefully tahun baru ni lagi la bagus...

First day masuk office, pening kapla rasanya....now pun dah rasa nak balik.....tak tau la kena tetiba pening ke sebab lapar erk....ni mesti sebab cuti lama la ni kan....

Actually banyak nak update, tapi nak la update ngn picture...baru syok tengok erk....

Selamat memulakan alam persekolahan untuk anak-anakku..dah la sekolah agama tak settle lagi...poning mak...

Apapun selamat bertugas kawan-kawan blogger sekalian...macam ramai kawannya yang baca...konon la...;P
 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>