"Apabila Allah izinkan berlaku, pasti ada didikan yang Allah hendak sampaikan.Maha suci Allah daripada membuat sesuatu dengan sia-sia"

Wednesday, December 22, 2010

Saya selalu dalam dilema

Mmmm....bukan senang nak dapat pahala....tu yang kadang-kadang hot, kadang-kadang semua orang tak kena jer.macam kita jer yang bagus..conclusion senyap jer la...
inikan pula nak jadi ala-ala superwoman...

As a wifey and mommy..ade saje benda kene pikir..kadang-kadang rase cam bencinya....tapi hati ibu sangatlah penyayang..tapi itu la hakikatnya..ade org kata seorang isteri & ibu nie..walau ke mana dia pegi..persoalan rumahtangga dan anak-anak akan sentiasa di fikiran.....especially kalau aku mesti la bab makan dorang la....tapi untuk seorang ayah berat juga tanggungjawab kan,kan,kan....bukan senang la...nak cari duit punya pasal....sanggup tinggalkan rumah.....anak-anak dan isteri....kan nanti bininya nak tu...kan anaknya nak ni....hihihihi...poyo jer....

Tapi yang paling penting...anak-anak amanah ALLAH...ayah dan mak la ke corakkan dorang ni...hui...yang ni part serius oooo....

Opppsss...daddy kan nak bayar ni...kan nak bayar tu...poning wooo...daddy sebenarnya.lupa la pulak..konon-konon buat memahami...padahal aku stress gak kalau asyik kena tinggal handle semua bende....luahan perasaan nampak...


...so now let me list down what are the things in my mind rite now...

1)Agak-agak anak-anak tengah buat ape kat rumah...aku rasa mesti dorang tidur lagi...maklum ler dua orang jer... tengok TV malam tadi dah sampai 2 pagi...ahah...mesti layan tidur la ni...

2)Petang ni balik nak bagi dorang makan ape erk...masak/beli? semalam janji nak ajak g KFC wangsa walk...ke nak tapau jer...tapi boleh la dorang jalan-jalan kan...tak la dorang sunyi...

3)Tak sabar dah mommy ni nak pergi bercuti...out of office...lambatnya masa berlalu....

4)mmmm...kain tak lipat lagi....nasib lah pagi ni breakfast dan lunch dah ready untuk diorang aka anak-anak la kat umah......

5)Dah la bibik tak ada dah ni...anak-anak tinggal berdua jer...nasib ada pakcik sepupu dia kerja syif...boleh la tengokkan jugak kadang-kadang tak tengok...he,he...

6)Berangan-angan nak pergi belajar buat aiskrim...daddynya bila bagitahu dah seronok dah...hah bila-bila....hah belajar-belajar jangan tak belajar....selepas dah pergi kelas buat pop cake aka coklat yang membaluti kek...

7)Mmm...ubat tak amik lagi hari...kalsium+folic asid and insulin...

8)Malam ni nak cuci baju....lepas tu packing baju untuk balik kampung ganu....

9)Nak hantar cuci kereta...anak pompuan kata tak payah hantar sebab dia nak tolong cuci...issshhh...boleh percaya ke? kata nak minta izin kuar main badminton petang sambil dia menceritakan kehebatan dia jer la yang pandai main siap boleh smash....yooo oooo je eh...

10)Hah apa lagi erk....nak siapkan kerja kat opis sebelum bercuti.....ke nak handover ke adik-adik intern...mesti you all bengang jer baca part ni....

11) Duk fikir naper berat badan cepat naik ni.....bab kata hubby orang len mengandung naik perut jer...awak semua naik.... :p

Macamaner pun...
Ya Allah, aku mohon padamu supaya kau lindungi anak-anakku sepanjang kami berdua mencari rezeki yang halal.... Amin

Haihhhh...camaner org pompuan tak senang nak kene migrain..darah tinggi...kencing manis la...nasib la doktor kata komplikasi pregnant jer.iskk..iskk..

kalau tengok ke perkara yang nak lakukan...tak tidur malam bila balik kerja...padahal semua tu satu ilusi yang mommy pernah terfikir...ngeh-ngeh

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR

Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.. Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan, ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:

“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216
Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:

”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

Friday, December 17, 2010

Nasi Ayam for Breakfast?

Oh no....this menu actually, request from my doter...since she very luv Nasi Ayam....untuk tidak menghampakan diorang...finally berjaya jugak ...tadaaa...air sunquick lagi....Nasi dalam periuk eh...so tak diambil gambarnya... :P cam biasa jer...tak happening pun picture pinggang murah jer......janji anak-anak makan kata sodapppp...he,he

Dah la mommy dia yang selalu kerja (selalu ke kerja???) and tinggal dia selalu sampaikan bila hari isnin dah bertanya...mommy, berapa hari lagi nak hari sabtu.....ada 4 hari lagi sayang....oh no...ingat mak jer selalu counting...kids pun sama jer...

And nak la sharing jugak menu Nasi Ayam yang sempoi ni...sempoi tak sempoi...Its will be take around 45 minutes jugak :)

Terus rasa nak sharing cara buat la...maklum mommy dia bukan pandai sangat masak...

Saya akan rebus seekor ayam, masukkan air sehingga tenggelam...maklum ler air tu jugak nak guna utk sup, utk sambal kicap , sambal lada dan juga of course nasinya :)

Bila dah mendidih, sila asingkan air ayam yang direbus untuk masak nasi, saya masukkan garam secukup rasa, halia and kiub knoor.Kalau nak warna ala-ala planta...masukkan planta, kalau tak amik serbuk kunyit pun jadi,tak pun pewarna kuning ada ke eh orang letak...

Ok, Done for nasi, Kita ambil ayam yang direbus tu, masukan madu,kicap perap ayam (saya guna kicap Lim Kum Lee...dan sos tiram (guna sos tiram maggi pun ok) (betul ke tak ni..nanti saya check balik)perap la sementara tunggu nasi nak masak tu...saya amik sup satu gelas utk buat sambal, saya campak-campak jer ni...cili besar 2,3 batang, 1 biji tomato, cili kecil 5 batang, garam dan gula secukup rasa, blender jer...selesai letak dalam mangkuk, perah la buah limau kasturi...mmmm bila cerita ni...cair pulak air liur ni...

Settle dah sambal, kita potong pulak ulamnya, salad,tomato dan timun...simple jer...

Hah, 1/2 jam berlalu kita goreng ayam..api jangan kuat sangat nanti jadi hitam lak...sebab dah la kita dah campur kicap and madu tadi...

Sedang goreng-goreng tu...kita ambil la lebihan perap tu...utk buat sambal kicap...kita masuk dalam kuali dan rebus, masukkan air sup satu cawan, masukkan juga garam and gula secukup rasa...kalau nampak cair tak kicap (cap kipas udang pun ok)...dan tepung ubi....

Bahan-bahan tu refer la yang kita highlite tu...cheaawah...cam chef pulak...chef yang terperasan....chef cakap banyak...he,he

Oppsss lupa...sup dia tak la nak kosong gitu jer....kesian...

Tumiskan bawang putih dan kiub knorr secara asing kat kuali len hah...sementara tu didih lah sup tadi...masuk bebola ayam....nampak la lavish cam kat kedai-kedai chicken rice gtu....Bila dah agak kekuningan and keemasan campak la dalam sup yang mendidih tadi....ok senang kan...bila hidang tu letak la daun sup or daun bawang or bawang goreng..... :) ok cun...dah siap hidang...meh kita makan.....

Back my doter yang nak makan sangat tu..hisshhh anak dara ni...kebetulan semalam ada medical check up...selepas balik dari medical check kul 12.30 tengahari, baru la dia bangun...so...Nasi ayam ni sebenarnya ready for lunch dorang la... :)

Ceriter Ceritu....

Kali ni entry nak story pasal frenzy life....sejak-sejak pindah Kl....bermula 1/10/2009...Its so hard to get fren...fren nak makan, dren nak gossip. (eh tersasul pulak, fren)...fren nak story mory....fren nak gelak...fren nak sedih..fren nak shopping...apa2 jer la fren....mesti kita akan cari fren kuantan jugak.....tak pun fren di melaka..oppps lupa fren kerteh..tak pun my family.....I Love you all ok..

Bab kata orang "apa yang kita suka tidak semestinya baik untuk kita; apa yang kita tidak suka tidak semestinya buruk untuk kita"...oppsss suka sangat ke dapat mai Kl sebab promotion....lepas tinggal kawan-kawan...oooohhh...its all about life.....life is beautiful ok :)

Alhamdullilah.....selepas dapat menangkis kesibukan bekerja di kotaraya...cheaawah...

Finally i got my life back...tadaaaa...Alhamdulillah..i got my old fren...she is Tasya....

dan saya sangat tak sabar untuk pergi kelas bersamanya...

I got to go back my blog jugak...bestttt....

dan setiap hari kami akan lunch sama....bercerita kisah yang sama tentang kerenah anak-anak...dan bercerita...aisshhhh...camaner la nak cari duit...

semalam, she have ask me...t camner katering....oooo...dah hantar quotation...tapi rasa malas pulak nak follow up sebab date request banyak project...skali ms. tasya ni kata....aku faham ko....sebab aku pun macam tu....chomel jer aku rasa...sebab...amboi-amboi dan mentang-mentang ko ada kerja baik dan cukup duit....ko sombong yer....so yatie....amik la insprasi blogger yang berjaya dan bersemangat k :) juga...rakan belajar yang resign dan bersemangat hati harimau ke....ngeh2...jangan marah...jom p class sama esok k....Ms tasya

Hah...hidup jer otak yatie semua nak cuba....jangan separuh jalan dah....ok

mmmmm....tetiba jadi down nak menulis...sebab dengar kisah sedih....thru phone....untuk akak kalau baca blog yatie...tetiba jer masuk tajuk len eh...but it still about fren....actually yatie juga sangat sayang akak...yatie tak dapat nak komen apa...apa yang yatie dapat katakan...akak ajer yang laluinya....buat la yang terbaek...ikut org muda spelling TERBAEK!terbaek...he,he...c u soon...

I love blogging...jumpa lagi....

Wednesday, December 15, 2010

Toshiba Satellite P300 Series Laptops

Hari ni...just nak share semalam after office hour pergi ICT mall, maner lagi kalau tak Low Yatt...kat sana kalau nak survey asalnya boleh jadi terus beli...bukan apa regenya sangatlah competitive antara kedai-kedai... tapi kena carefull...sini jugak banyak gadject piratte noi...jejaka pakistani pun ramai....he,he..

So kebetulan juga nak pergi amik PS3 danish yang x dapat repair..., dan survey jugak nak beli android for me and pc untuk anak-anakku...

Servey punya servey dapatla best price untuk android RM1549...tapi semuanya buatkan aku berfikir...terus berfikir....sebab kata salesman toshiba end of december akan keluar model baru pulak....adeeehhhh...cepat noi le....

Sekali En J tanya awak nak beli laptop ke atau desktop...ntah...pening...banyak yang murah tapi tak camner dalamnya....sementara aku duk kat toshiba dealer...aku pun tanya-tanya la...ok gak...since hubby bagi rm2k kat aku...mesti la budject aku kurang dari rm2k...biasa...lebih tu boleh gak buat belanja...tanya again...aku cam minat pulak yang ni..
So terbeli la jugak...dengan harga RM1599....ok la kan...aku nampak lasak sebab casing laptop bukan jenis smooth...so potential nak calar memang tak ada...maklum anak-anak gua ni GANAZZZ.......gitu le....mak ayah sekarang semua sayang anak-anak...nak nak apa bagi...maklum zaman kita dulu susah....hopefully, anak-anakku dapatlah menghargainya....

Hah....ini la android yang menjadi pujaan hati... tapi tak beli pungggg....tengok.....jer....
Tak per, kalau android ni dah kata milik yatie satu hari nanti...insyaallah ada la tu....

Tuesday, December 14, 2010

The Body Shop Christmas Gifts! Oh Joy!

Amboi-amboi rajinnya je nak update...ho.ho...mood sudah mai la....aha...for those yang peminat bodyshop boleh ler tengok-tengok k...i just got email 5 minutes...sharing is caring...
kalau sesiapa yang nak tgok lagi besar boleh click sini k "BODYSHOP"

Filter Air Coway

Yeay, yeay...finally i got my list no 1....baca betul-betul


1) Air panas dan sejuk coway, ini saja nak suruh lagi rajin masak air and simpan air kat peti..minta maaf kita nak perli kita jer tu...nak suh lagi efisyen, he,he...


best-best betul-betul senangkan hidup...yang tak senang duit ler..walau camaner pun...yati just rental...sebab yatie prefer rental jer sebab nak ambil perkhidmatan monthly service..jom kita layan camaner rupanya...chea wah...

tengok skit gambarnya....suka jer tayang-tayang eh....oh ok...yang bagusnya...sekarang teknologi makin canggih....semuanya bermula dari finger tips....so kalau ada berminat boleh la kita recommend yer...hu,hu...so nak tunggu Item no 2 pulak...pye.pye

My kids and Geng Bas Sekolah

Adehhh...lepas makan makan...mmm lagi la gula naik eh...

bukan apa baru-baru ni layan kids pergi Jusco setiawangsa so melepak la kat black canyon..tak kan nak duk free jer kan..so order la makan...ini gara-gara Geng bas sekolah la ni...kalau mak dia suka lagi hikayat putera shahzan...ngeh-ngeh...

Tunggu sambil tunggu...sambil jugak nonton...ambil gambar...dapat la 2,3 kerat sebenar banyak..tapi picture kita just ceduk dari Facebook jer..




Kids with budak paling autar...he,he...ayah dia smart woo...marah lak mak dia nnt tak ...minta maaf akak...maner la tau...bila blog ni semua org akan baca antara cepat and lambat jer.... konon la...he,he


my girl dengan Nora...mmm sweet Nora....chomel...mak dia pun chomel :) anakku gak yang serabut...langsung tak nak ikat rambut...

itu jer la yang boleh update untuk pic....he,he...len kali jumpa lagi k...Luv you all :)

Friday, December 10, 2010

I'm pregnant again :)

Actually, saya sangatlah teruja dengan berita ini, lagi la..baru-baru pergi bercuti ke cameron highland, and sejuuukkk...apa lagi...he,he...HALAL

Alhamdullilah, dah masuk 10 minggu, kalau due ni 2 julai 2011.

Tapi dalam masa yang sama, i got komplikasi utk pregnancy kali ni...mmm...bila dah era 30++...mmm ada aja...

yang tak best,,,diserang diabetes...kini memerlukan insulin however gula dalam darah mencapai 9...and tak suka lagi ada hypertension jugak...tapi ukurannya 130/90...bawah tu agak...dr advise mkn ubat...first time makan...diserang migrain...so bila call dr kena stop...next appointment kena tukar ubat katanya....

alahan...mmm...tak payah cakap...uwek,uwek...yang pasti semua dugaan ni allah bagi untuk sihatkan baby kita...

seperti biasa yang pertama dan kedua...pasti akan bermula cuti sakit yang mengganggu kerja...hopefully my boss memahami.....minta maaf yer my team...saya sangat rindu suara baby...so saya tak boleh kuat...ini adalah biasa apabila pregnant yang untuk kehadiran baby yang sihat seperi danish and Betty...kalau tak mesti tak tahan....

apapun saya tak boleh sangat excited...saya masih memerlukan 4 bulan lagi...doakan kesihatan saya yer...
 
http://www.blogger.com/html?blogID=2027570807175056515






/9c71b47e.gia>